adalah dalam 20 minit aku tunggu..pastu dia call.cakap dia dah sampai kat tempat tu..aku pusing la cari.dan jumpa tuan badannye..
Saturday, April 6, 2013
Kucing percuma – memberi dan menerima
adalah dalam 20 minit aku tunggu..pastu dia call.cakap dia dah sampai kat tempat tu..aku pusing la cari.dan jumpa tuan badannye..
Monday, March 25, 2013
Kucing percuma di Selangor dan Kuala Lumpur (pt.2)
ni nama dia Stokin.sebab tgan dan kaki dia je wrna putih.macam pakai stokin. Umur dua bulan..bulu sederhana panjang – aktif main (biasalah,budak2) dan dah mula makan kibbles.
ni nama dia putih..paling besar dan nakal antra 3 ekor tu.. errmmm. bulu tebal (ala2 persian) – tapi rupa biasa je..sangat aktif jugak.
ni nama dia kusut.sebab dia suka mengeow tanpa kira waktu dan ketika.. paling kecik dan selalu kena buli dengan putih.suka bila orang gosok perut boncet dia.
semua meow ni dah diberi ubat cacing dan bebas dari sebarang penyakit. Tiada kutu jugak. Rasanya elok kalau ada yang sanggup nak ambik sepasang sebab nanti takde la dorang meroyan. So.sape yang nak boleh contact aku:
UPDATE: semua meow sudah di ambil orang. terima kasih pada yang sudi ambil dan maaf pada yang takde rezeki . :)
Saturday, March 16, 2013
Cara semak keputusan SPM 2012
Sunday, March 10, 2013
Taksub dengan negeri

Monday, March 4, 2013
Cukupkah masa kita?
Masa-masa yang ada, kita habiskan ke mana?
Pernah tak kita bertanya pada diri...
Masa-masa yang ada ini, diciptakan untuk apa?
Pernahkah kita mengira...
Masa-masa yang ada ini, akan bertahan sampai bila?
Sedar tak kita semua, bernilainya masa itu bukanlah pada tempoh lamanya...
Tetapi ia dinilai pada isi serta hala tujunya...
Bila kita mati, sedikit pun tidak dapat menemani kita tika itu...
Tak terasa rugikah kita.. jika tujuannya hanya untuk dunia semata.
Yang mencipta masa itu adalah Allah yang Maha Bijaksana.
Tidak Dia ciptakan sesuatu itu untuk disia-siakan. Jauh sekali untuk di salah gunakan.
Sunday, March 3, 2013
Tenang Yang Dicari
Tuesday, February 19, 2013
Cara semakan BR1M - 2013
Borang BR1M 2.0 Online : KLIK SINI
- Jika anda masih belum menghantar sebarang permohonan BR1M 2.0 online ataupun secara manual, CEPAT!! Sebelum tarikh permohonan BR1M 2.0 akan ditutup tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, tarikh tutup masih belum diumumkan sehingga ke hari ini.
Semakan BR1M 2.0 : Statistik Permohonan
- Terdapat 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 yang telah diterima
- Status permohonan setakat ini menunjukkan lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan 720,000 permohonan daripada isi rumah.
- 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara BR1M 2.0 online

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos :
Saturday, February 16, 2013
Angin Kemalasan
Selamat berhujung minggu semua! Very the bizi dengan keje dan life bulan ni. Tapi dalam sibuk kerja dan jaga anak2 bulus kat umah..tak tau dari mana ia datang.. ANGIN KEMALASAN.

Seyes aku takde motivasi langsung nak buat smua keje..aku rasa malas sangat2. Tapi aku gigihkan jugak diri dengan buat2 semua kerja walaupun ada beberapa kerja tu masih dalam ‘list to do’.
Dan dalam kemalasan aku tetiber dapat motivasi dari my love..siapakah?
Errr,..alaaa.malu nak bagitau. *tutup muka pakai tangan
Okhay.stop gedik!
Yang aku masih ingat dia cakap ..dia kata “belum terlambat untuk kamu berpatah balik..jujur pada diri sendiri dan orang lain. Kalau ada benda yang kamu buat dalam hidup ni adalah benda yang tak patut kamu buat. BERHENTI dari membuatnya. Hidup ni terlalu singkat untuk terus berada di laluan yang salah..semakin lama anda berada di laluan yang salah.semakin sedikit masa yang anda ada untuk berada di laluan yang betul”
Aku macam “waahhhh..betul tu!” **tetiber bersemangat balik.
Btw.ayat dia cakap kat aku tu takde la skema macam tu..adalah bahasa pasar sikit..tapi demi untuk membuatnya nampak dramatik(++getik), so aku tulis la ala2 Google translate. gitewwww
And at the end of the day..aku still rasa mcam tak semangat mana pun..tapi disebabkan sapot datang dari smua arah..so.takde la aku rasa mcam lonely sangat.
Papepun juz chill out dan jangan stress sangat!

