pEnGikOt

Saturday, January 18, 2014

Mukadimah 2014

                                 1555561_10152080615374799_181008563_n

 

Salam tahun baru masihi semua. Walaupun dah lama berlalu..aku nak gak ucap.hahahahha

1st: kepada yang duk whasap pasal produk yang aku jual dalam ni ..dan aku tak reply.sila contact no yang lagi satu tu.. enpon aku rosak uolsss~ Takde bajet nak beli baru.sedihhh kan?

2nd: Banyak azam tahun lepas tak habis tunai..aishhhhhh~ takpe,,tahun ni aku akan cuba tunaikan..leh je bwak ke depan kan azam tu.bukan nak ke mana pun.heheheh

3rd: baru balik dari bercuti.best baq anggggg~ aku cuti bajet2 je..ke Pangkor. Tak mampu la nak ke pulau2 mahal bagai.. Stori nye nanti la aku upload ye. Skang ni baru masuk opis.banyak keje nak buat dan siapkan..hehehehe

Friday, November 22, 2013

Ibu yang sentap~

Bawak anak sampai 3 orang dan ko sibuk main fb – pastu aku sound anak ko bising ko nak buat muka sentap? Kesetanan apakah ini?


Lantak pegi ko nak sentap ke hape..ko hengat PJK aku ni taman permainan ke? 

Orang lain nak buat keje dengan tenang dan hepi..anak ko sibuk memanjat sana sini..jerit terpekik lolong mcam hantu..pastu ko nak bajet aku biarkan? Sori to say ye..ni bukan umah ko. masuk tempat aku..ikut peraturan aku.. 

anak ko kecik dan sah2 tak berapa nak ada akal..ko tu dah jadi mak budak.dah ada akal elok.tak reti ke nak jaga sensitiviti orang lain? 
 




Aku totally leh bertimbang rasa kalau ko sendiri ada inisiatif kan..ini ko duk sibuk men FB dan buat macam anak ko takde dan aku plak nak terjenguk2 anak ko yang melompat dan jerit sana sini. Ko hengat aku ni penjaga taska ke? ehhh puihhh la!

Tolong menyumbang :)

Wehhh.korang.ni kawan aku mintak tolong. Alang2 dah korang masuk blog ni..pe salahnya menyumbang sekali.bukan nak rugi pe pun kan? heheheh

 

SIla register sekali kalau rajin ye.heheheh

Link ini –> http://www.theweeklypay.com/index.php?share=101933
dan link ini –> http://www.theweeklypay.com/index.php?share=102362


p/s- ini bukan scam/spam .. ‘u’

Sunday, November 17, 2013

Melaka dan cerita dia

Baru2 ni aku pegi Melaka. Kursus tahunan. So paham2 la kursus tahunan aku..harus bejalan dan jumpa member lama. Tak banyak nak citer pasal Melaka..pada pndangan aku Melaka adalah salah sebuah bandar yang SANGAT2 BERSIH! Even ko makan kedai lorong belakang bgunan pun..sangat2 lah bersih! RESPEK n hat off to Melaka peoples!




Nyway..kursus tu untuk wilayah tengah n wilayah selatan.soo.ada bdak N9, Johor, Melaka dan Selangor.Dalam ramai2 kawan ni..adalah beberapa orang aku baik dan rapat. Sebab yang lain banyak muka baru. Soo.dah jumpa kawan2 lama ni.macam2 la stori mori keluar..dari life, keje smpai la kisah peribadi. Yang menariknya aku nak kongsi.. kawan aku ni.baru putus tunang. Innalillah (kannn? kena sbut ayat tu kan klau org ditimpa musibah?). Soo.aku pun turut tumpang simpati. Kwan aku ni pempuan. Haruslah dia yang terasa lebih dan feeling habis kan.

Citer dia macam ni.. pmpuan ni kenal jantan ni masa knduri kawen. Kawan2 kenalkan

Wednesday, October 16, 2013

Masalah kebanyakan kedai makan orang Melayu!

1.Tak mau senyum

2.Malas amik order

3.Pelanggan datang 4 orang,bagi menu 1

4.Time bayar, nak kena ulang dua kali apa kita makan, sepatut terus ada resit

5.Time bagi duit, nak bagi baki tak ada duit pecah

6.Tak mau cakap terima kasih

7.Stall/Kedai/Perkakas/Pakaian tak bersih

8.Bila complaint muka jadi bengis

9.Isnin buka, selasa tutup, rabu buka, khamis tutup

10.Asyik asyik cakap "tunggu jap"

Tuesday, October 8, 2013

Kedai Melayu, atau....

Assalam korang. Terima kasih pada yang dah menshoping kan diri di blog ni..
Pada yang tak tau.. sila masuk link ini:
     i) Baju budak
     ii) Baju baby (romper)


Ok.. off topik jap..hari ni bukan aku nak citer pasal shoping ke hape..juz nak luahkan pendapat aku..dan maybe korang leh bagi pendapat jugak kan.. apa orang kata tu..saling bertukar buah pinggang fikiran..haaaa  :p

Nak dipendekkan citer..aku ni pemalas. Soo.disebabkan sifat pemalas menebal dalam diri aku..maka salah satu kegemaran aku selain makan luar..aku jugak cuci keter kat car wash. Dan menjadi masalahnya..aku selalu ‘dilema’ nak pegi ke car wash yang mana satu.




Sebabnya..kat taman umah aku ni ada 2 car wash. Satu melayu dan satu bangla. Aku selalu pegi dekat car wash bangla. Aku bukan pe..aku seyes nak pegi kat car wash melayu tu..tapi ada satu masalah lain plak..baca ni:

Car wash MELAYU: dorang memang cuci tip top dan ramah..aku pun boleh la nak sembang dan beramah mesra.sebab bdak2 ni kdai nya belakang tmpat aku keje… bila dorang habis cuci kete.. aku pun terus bayar.. harga standard dalam 8-9 ringit la kan..


Tapi yang jadi tak sedapnya

Monday, September 23, 2013

Kucing Percuma Di Malaysia (Selangor)

Assalam semua. Selamat hari Isnin. Hari ni cuaca agak mendung dan akan dijangka kan hujan pada lewat petang nanti. Tapi aku bukan nak jadi pengkaji cuaca..aku nak iklankan meow aku kat sini. 

Aku ada sekor anak meow umur dalam 2 bulan dan seekor ibu meow. Dan untuk pengetahuan korang..

Thursday, August 22, 2013

Elysium & Mortal Instruments (personal review)

Salam malam jumaat semua. Hari ni macam biasa lah aku cuti.. sooo.memandangkan ada bnyak citer baru keluar kat wayang..jadi aku pun rajinkan diri ke wayang tengok citer2 tu.. 2 citer je uolssss sempat tengok…sebab malam ni I keje part time.

Citer 1st aku tengok..citer Elysium. Citer dia pasal tahun 2154..masa tu bumi dah nazak..banyak hancur dan pencemaran sana sini. Tapi bagi yang kaya gilerr, dorang bina satu tempat tinggal kat angkasa nama Elysium(tahu dah la kan mana citer dpat nama). Kat Elysium tu segala mcam kmudahan ada..siap ada mesin tu..ko baring je kat mesin tu..nanti dia scan body ko dan mana2 yang sakit ke patah ke reput..mesin tu akan

Sunday, August 18, 2013

Dari kurus ke berisi. (Raya Edition)

Selamat Hari Raya semua! mintak maap la dari hjung rmbut ke hjung kuku kaki kalau ada salah silap selama ni ye..kita reset balik..jadi 0 0 ye (kosong kosong owhhh owhhh – tetiber hadek najwa latip masuk).

Nyway..ni nak heboh kan dulu siap2.. bulan 12 ni one and only big sis nak get married! Yezza! KAWEN uolsss! HADO? – jemput semua datang ye.. 8 Disember nanti :)


Soo..ak sebagai future pengepit + pengapit dia..kena jaga dan pasang badan dari skang.. ye la.dulu bulan posa turun 3 kg.. aku ni dah la berat 45kg je.. asyik turun je..tingal tulang kot lama2.. Sooo.dengan ada rzeki yang lebih..aku mula membeli susu weight gain..

Brand GNC je nok.. sebenarnya aku nak beli Appeton.tapi bila tgok

Saturday, July 20, 2013

Penerangan yang jelas bagi mereka yang menyebut "Allah SWT nak uji, Allah SWT nak tahu" !!

Assalam semua. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Lama dah aku tak hapdet blog ni.. mesti ramai yang rindu kan? *slipar dan botol mnuman beterbangan*

OK..meh sini aku ubat rindu korang..memandangkan skang ni kita masih berada di dalam bulan yang mulia dan penuh berkat..jadi sepanjang bulan ini aku akan kongsi beberapa ilmu dan semua ilmu ni aku ambil dari kitab2 muktabar dan ada jugak hasil perkongsian aku dengan kawan2 aku dari pondok di JB. Berikut adalah salah satu coretan kawan ngaji aku dulu di JB. Dan semua penerangan dia bedasarkan kitab muktabar..mari kita sama2 belajar….

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Sekian lama faqir melihat status sahabat-sahabat mahupun yang bukan, menulis mengenai "UJIAN" Allah SWT , "Allah SWT nak lihat", dan yang seumpama dengannya. Bukan ingin bersangka buruk, tetapi kita tidak dapat menafikan realiti masa kini di mana Ilmu Tauhid itu semakin diabaikan. Perjumpaan faqir dengan seorang pemimpin tertinggi persatuan Islam dua tahun yang lepas bagi membincangkan masalah Akidah ini juga menguatkan lagi kebimbangan faqir terhadapat gejala kejahilan dalam Ilmu Tauhid, kerana beliau sendiri tidak menguasai Ilmu Tauhid setelah diuji beberapa soalan mudah, maka apatah lagi orang biasa. Dan kita sedia maklum, bahawa status yang ditulis <!—more—> di laman sosial ini akan dilihat oleh berbagai-bagai golongan manusia, sama ada yang alim, jahil mahupun jahil murakkab. Maka, perlulah diperjelaskan makna-makna seperti "UJI" dan "NAK LIHAT" yang disandarkan kepada Allah SWT ini supaya tidak mengheret kepada kefahaman yang boleh membawa kepada Kufur dan Murtad.

Tersebut di dalam Kitab 'Aqidatun Najin Fi 'Ilmi Usuliddin bagi Asy-Syaikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani Rahimahullah, m/s 47, baris 11 dari atas, lebh kurang ruminya :

"Maka telah sempurna dua puluh sifat yang Mustahil atas Tuhan kita Jalla Wa 'Azza. Maka inilah bahagi yang kedua yang WAJIB atas tiap-tiap Mukallaf mengetahui dia, atas jalan Tafshiliy (terperinci) supaya kita nafikan sekaliannya itu daripada Tuhan kita. Kerana sekalian itu tiada layak bagi Tuhan kita. (Dan) barangsiapa iktikadkan salah suatu darip-ada yang MUSTAHIL itu, tsabit (menetapkan) bagi Tuhan kita. Maka, iaitu jadi KAFIR, melainkan orang yang diuzurkan dia oleh syarak kerana baharu masuk Islam."

Tersebut di dalam Kitab Risalah Tauhid, bagi Asy-Syaikh Haji Abdul Ghani Yahya, m/s 31-32, baris 4 dari bawah :

"Wajib atas tiap-tiap Mukallaf mengetahui Sifat-Sifat yang mustahil pada Tuhan, yang jadi lawan daripada Sifat 20 yang Wajib baginya, dengan dinyatakan satu persatunya.

Manakala telah ditetapkan satu persatu Sifat yang Wajib bagi Allah Ta'ala 20 Sifat, maka tetaplah MUSTAHIL lawannya yang kekurangan itu, kerana yang dituntut pada ilmu ini mensabitkan (menetapkan) segala 'Aqaid (Aqidah) atas Jalan Tafshil (terperinci) pada segala Sifat. Dari itu, terlalu besar SALAH mereka yang tiada mengetahui hal (Aqidah dan Tauhid) ini, lebih daripada tiada mengetahui hukum-hukum Fiqh. Kerana, JAHIL akan barang yang wajib bagi Allah Ta'ala dan yang MUSTAHIL atas-Nya, dihukumkan KAFIR. Tetapi, JAHIL akan hukum-hukum Fiqh, hanya MAKSIAT JUA."

Baik, marilah kita melihat apakah yang disebutkan oleh Para Alim Ulamak Rahimahulllah berkenaan permasalahan ini.

Tersebut di dalam Kitab Tafsir Al-Quran Al-'Azim (Tafsir Ibnu Katsir), bagi Imam Abu Al-Fida' Al-Hafizh Ibni Kathir Rahimahullah, Juzuk 1, m/s 239, baris 8 dari atas, Cetakan Maktabah Mustafa Ahmad, Mekkah Al-Mukarramah :

"Dan Firman Allah SWT : "Dan tidaklah Kami jadikan Qiblat engkau yang dahulu itu, melainkan supaya KAMI DAPAT TAHU orang-orang yang mengikut Rasul."(Surah Al-Baqarah: 143)

Tafsir -Berfirman Allah Ta'ala : "Hanya sesungguhnya !! Kami syarakkan atau perintahkan kepada engkau (Hai Muhammad) akan kerja menghadap Qiblat pada awalnya ke arah Baitul Maqdis. Kemudian kami palingkan(tukarkan) akan engkau daripadanya ke arah Kaabah pula, supaya NAMPAK ZAHIRLAH hal keadaan orang-orang yang mengikut akan engkau dan mentaati akan engkau, dan menghadap Qiblat Kaabah bersama engkau sekira-kira ke mana sahaja engkau menghadap."Tamat petikan.

Maka, bukanlah maksud dari Firman Allah SWT ini Allah SWT nak mengetahui, kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui, tetapi hendak menzahirkan siapa yang mentaati Rasul dan siapa yang tidak sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnu Kathir Rahimahullah.

Dan tersebut di dalam Kitab Tuhfatul Murid Hasyiah 'Ala Matni Jauharah At-Tauhid, bagi Al-Allamah Al-Imam Ibrahim bin Muhammad Al-Baijuri Rahimahullah, m/s 42, baris 3 dari atas , Cetakan Dar Ihya' Kutubil 'Arabiyyah, Indonesiyya. :

"Dan barang yang ada kedatangan kenyataan-kenyataan yang seolah-olah membawa pengertian adanya "kerja mencari-cari Ilmu" pada Ilmu Allah Ta'ala, seperti Firman Allah Ta'ala :

"Kemudian, Kami bangunkan mereka (Ashabul Kahfi) supaya kami dapat tahu."

Iaitu ditakwilkan atau ditafsirkan bahawa kehendak ayat itu (Dan bermula Allah Ta'ala jualah yang mengetahui sebenar-benar akan maknanya) : "Kerana hendak menzahirkan kepada manusia".

Iaitu berta'alluq  (berhubung kait) dengan ilmu kita, makhluq. Atau ditakwilkan maknanya "nu'lima" iaitu dengan dibaris hadapan Nun dan dibariskan bawah bagi Lam. [ nu'lima - memberi tahu..pent].Tamat.

Dan tersebut di dalam kitab Ash-Shiratul Mustaqim  bagi Al-Muhaddith Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma'ruf Bil Habasyi Rahimahullah, m/s 56 baris 6 dari atas, Cetakan Darul Masyarik :

Dan, adapun Firman Allah Ta'ala , Surah Muhammad, ayat 31:

"Dan pastilah kami menguji akan kamu hingga KAMI DAPAT KETAHUI akan orang-orang yang berjihad di jalan Allah daripada kalangan kamu dan akan orang-orang yang sabar berjuang di jalan Allah."

Maka TIADALAH makna demikian ayat ini :

"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu hendak mengetahui akan siapakah orang-orang yang berjihad."

yang mana ada asalnya Allah Ta'ala tidak mengetahui tentang mereka melainkan dengan diuji dan dicoba. Bermula ini makna, Mustahil atas Allah Ta'ala.

Bahkan makna ayat ini :

"Hingga Kami bezakan." Iaitu "hingga Kami zahirkan" kepada para hamba akan siapakah orang-orang yang berjuang di jalan Allah daripada kalangan kamu, dan orang-orang yang sabar daripada selain mereka itu."

Dan, kafirlah orang yang berkata :

"Sesungguhnya Allah Ta'ala mengusahakan ilmu yang baharu dan terkini."

Tamat.

Rasanya, cukuplah sekadar 3 kitab yang diberikan kerana orang yang Inad (degil) itu, walau 1001 kitab diberikan, tetap tidak mahu ia berubah. Faqir yakin bukan semua yang menulis status mengenai masalah ini mengetahui tafsiran dan penjelasan yang betul mengenainya, maka berhati-hatilah saudaraku, kerana sikap wara' (berhati-hati) itu adalah jalan yang paling selamat dalam menempuh kehidupan dunia ini.

Tamat.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)