pEnGikOt

Tuesday, December 29, 2009

SAJE JE

Salam. Just nak tulis,ak bahagia dan kebahagiaan itu hak milik setiap insan.


PEACE!

Saturday, December 26, 2009

-Aku Lagi-

Salam semua apa habar? Harap korang sihat dan berbahagia bersama insan tersayang! I had a lot thing want to wrote about in this post but unfortunately i cant write down all of that coz demi menjaga hati semua pihak. Alhamdulillah untill now ak still boleh hidup atas rezeki kurniaan Allah SWT.

Macam2 dah aku lalui sepanjang ak dduk di tempat orang ni. Pahit manis semuanya ak telan dan ak ambil ia sebagai satu pengalaman yang paling beharga. Biasala kan mana ada orang lahir2 je terus boleh berjalan, mestila slow2 dulu. Macam ni la ak kat sini. Ak still masih belajar dan menyesuaikan diri kat sini. Angin KL+ Selangor masih kuat dalam diri ak lagi.Dan as usual, bila da duk jauh dengan famili, rindu mesti ada kan. Pastu mula la pk macam2 alsan nak balik. hahaha.... But, watve pun ak akan balik jugak, just not now. And once again kredit to Zaid coz xjemu menyuruh ak update blog ni. Bukan ak malas atau tak nak, masalahnya dalam sehari ak ada kat umah 8 jam je, yang lebihnya ak duk luar untuk bekerja dan pelbagai lagi urusan. Kalau surfing internet pun memang xsempat nak update blog coz kejap2 je ak surfing.

Dan sempena masa yang masih ada untuk ak menulis dan mengupdate blog ni, ak nak cerita sikit satu masalah yang rasanya banyak jugak di antara kita pernah mengalaminya. Tajuk ceritanya "TANDAS AWAM". Ak bernasib baik sebab tandas awam yang berdekatan dengan workplace ak sangat la bersih dan di jaga dengan baik skali! Kredit to bangla cuci toilet tu...yeyyyy!!!! Yang masalahnya, adalah tandas kat situ ada 5 bilik dan 2 mangkuk comel. Biasala kan bila dah ramai nak guna pada waktu yang hampir sama, maka tandas itu akan penuh dan terpaksa beratur untuk menggunakannya. Dah kata beratur maka siapa sampai dulu dengan AUTOMATIKNYA dia la yang patut masuk@ guna dulu. Tetapi ini tidak terjadi ye tuan2 dan puan2.... Yang datang lambat pulak terpaksa nak menunggu lama sebab si sesetengah makhluk tuhan ni xfaham peraturan ini! Eyyy!!! ak memang panas! Da la ak trpaksa mengepit sebab tahan kencing pastu yang ada sesetengah badigol + magkuk tandas ni leh je guna dulu bila ada orang keluar! Nak je ak celup kepala dia dalam mangkuk tandas tu! Haramjadah betul! Ok habis cerita tu!

Part 2 plak!~~ pada sesiapa yang "KERAP" menggunakan tandas awam dan terbaca blog ak ni, di sini ak ingin MENGINGATKAN + MENEGASKAN bahawa selepas anda menggunakan dan selesai dngan segala urusan anda di dalam jamban harap anda dapat 'mem' FLUSH kannya ye! Xada siapa nak tengok apa yang ada dalam isi perut anda itu!

Ahaa..ya! Ak ada jumpa kwan kolej dulu kat sni. Dia keje kat stesen minyak je coz ntah nape dia xnak cari keje lain. Ak pun quiet often lepak kat tempat dia pas habis balik keje atau malam2 bila xde keje. Ye la dah keje dengan orang ni macam2 ragam la jumpa kan. Kebetulan ada one day ak lepak dengan dia, ada la satu kereta agak mewah masuk ke laluan NGV. Owhhh...pakai NGV rupanya....kereta mahal, tapi pakai NGV kata hati kecil ak! Pastu yang kwan ak ni pun memulakan la tugasnya sebgai pump attendant. Ak tengok orang dalam kereta tu duduk je kat dalam tu, xde langsung nak turun bukak bumper kereta dia ke(nak isi NGV melalui saluran di bawah bumper depan) atau senyum ke. Ak pun agak terasa la kan, macam best sangat ko bwak kereta mewah sampai xnak turun atau paling tidak pun senyum la sikit. Ciss...macam best sangat kan!

Owhhh..ya forgot! One thing lagi! From now, FYI im not longer pakai pembersih muka lagi! Haaa..tadaaaaa!!!! Terkejut x?? hehehe^^... Now ak just pakai krim muka homemade from my father (thanks Mr. Zainal!). Bukan apa, di sebalik dapat menjimatkan duit, ak juga dapat mejimatkan masa.... Ye la, da habis mandi terus keluar bilik air, xpayah nak cuci muka lagi. Air pun dapat jimat kan.... Waahhh...bijak nya ak. tahun depan leh ak jadik Gabenor BNM kan... suke suke!!!!

K la ye bapak2 ibu2...setakat ni je la blog ak ea. Ada masa ak update lagi sebab ni pun lenguh jari nak taip. Peace!

Monday, December 14, 2009

- Ini Aku!-

Salam semua... Aduhaiii...da lama xupdate blog ni...leh wat umah hantu da tmpat ni.... Biasa la kan da sibuk dengan kerja di "tempat baru"....

Alhamdulillah so far tempat baru ni agak ok dan praise unto God dats everything is going well. But yang 'xok' sangat ialah staff dia.... Diorang macam mna ntah nak terangkan,and kalau ada perfect words nak describe diorang, the words is "GILA". Not everyone la, but setengah daripadanya! OMG! mna la ak xsbut gler sbb ada one of staff kat sni suka sangat melayan perasaan sendiri and suka membenci orang tanpa sebab. Ak pun xtau apa masalah dia kan sbb ak baru masuk 1 hari pastu ak amik cuti sebab EXIDENT and bila ak masuk balik kerja selepas 4 harinya dia leh tuduh ak tipu cuti! Da la sakit exident xbaik lgi, pastu masuk keje kena tuduh tipu cuti plak! Ak pun xtau apa masalah dia dengan ak! Maybe dia jelez kot sebab ak baru masuk keje 1 hari da dapat cuti 4 hari! Helloooo!!!! Ak punya cuti tahunan ada lagi 8 hari tau! Sukati ak la nak amik cuti brpe lama pun!


Wateve la. Kang makin dilayan makin pening ak. BTW duk kat sni syok gak sebab ramai orang dia yang comel+baik.... sejuk mata memandang kan.... And yang xbest nya jalan dia la sebab banyak sesak dan orang dia plak bawak macam ni litar sepang. And dont worry guys! Ak totally had fun here and biasala kan, mana2 tempat kerja mesti ada masalah, and i take it as a challenge to me to improve myself and learning! And much thanks to Zaid coz xjemu call ak and tanya perkembangan ak di sini! Nah kredit sikit utk hg! hehehe....


Rumah ak pun ok and just nak tnggu lagi few days nak masuk peti ais+ washing machine! Sounds great huh?! hehehe...sape2 nak pindah masuk umah ak? Offered ni offered ni! huhu^^
Dan yang paling best skali WiFi disini is almost everywhere! Ni ak update blog ak guna WiFi la...laju kot! Ni yang suka ni, da la free,pastu laju plak! And biasala kan benda free, kadang dia 'ter' disconnect sendiri.


Ok la korang, not much time la snce keje sini, asyik ada je aktiviti. Ye la da duk bermasyarakat(bermasyarakat la sangat!). Sampai sini je l;a blog ak ea, ada masa ak update lagi and thanks to everyone yang slalu support and kisah pasal ak! mmuah mmuah!!!!!!

Friday, November 27, 2009

.:Secebis Buah Fikiran:.

Salam Aidiladha semua...Harap you all semua sihat dan bahagia bersama keluarga dan sahabat handai yang tersayang. Bersyukur kepada Allah yang menciptakan segala apa yang ada dia atas muka bumi ini kerana dengan izin-Nya kita masih lagi bernafas dan menghirup udara segar di malam raya ini....

Dengan semua yang kita ada dan punya jangan la kita lupa pada yang kurang bernasib baik ye.... KORBAN.... Apa yang da kita korbankan demi AGAMA& NEGARA kita? Jangan persoalkan apa yang da kita terima atau tidak terima, tapi tanya la apa yang kita da beri?.... Jika kita mampu 'mengorbankan' ratusan/ribuan ringgit untuk pakaian, aksesori dan dan kebendaan yang lain, mana pula bahagian korban untuk agama?

Kanak2 dan orang miskin tetap ada sedangkan kebanyakan dari kita yang "terlebih" rezeki sibuk bermewah dengan segala macam nikmat dunia....Blackberry phone (RM 1200), Sunglasses Rayban (RM 700)Levis Jeans(RM 200), Giordano T-Shirt(RM 89.90), Mercedes c200 (300,000). Apakah dengan semua jenis kekayaan dan harta ini menjadi penyelamat kita di akhirat atau alam barzakh nanti? Adakah ia akan menjadi titik pengukur amal kita apabla kita mengadap Tuhan nanti? YA! Jika ia dibawa ke jalan yang betul....InsyaAllah....

Apa pun apa yang kita lakukan hari ini menentukan siapa kita di masa hadapan.... Si Tukang tulis ini bukan nak berkutbah, cuma muhasabah diri dan ini adalah secebis buah fikiran dari insan yang serba kekurangan ini a.k.a Bukhari Zainal. Fikir2 kan la dan selamat beramal..... Sekian.....



p/s: smart giler ah tengok Mercedes Brabus jiran ak td! Yuhhhhuuuuu!!!!!

Thursday, November 26, 2009

-Tentang Perasaan-

Salam semua…wahhh..da berhabuk ak pnya blog ni…. Alamak, macam ni la kan kerja…mana ada masa nak update blog sebab aku minggu ni memang busy banyak(bukan perasan sibuk)….. So far everything is ok Cuma hati dan perasaan je xok lagi sebab ye la…. Apa yang da aku usahakan selama ini telah berakhir….memang sedih tapi nak buat macam mana kan,dah ini takdir tuhan….Apa2 pun aku bersyukur kerana semuanya berakhir dengan baik dan cepat……

Perasaan ni?? Entah….macam2 ada dalam hati ni….
*gembira*
*sedih*
*Terkilan*
*Keciwa*
*Seronok*
*Bimbang*

Rasanya banyak yang ak perlu lepaskan untuk ke tempat baru nanti…. Maaf,ak hanya insan biasa xdapat nak puaskan hati smua pihak dan andai ada pihak yang terluka akibat tindakan ak ni dalam blog ni aku memohon sejuta kemaafan! Tak usah lagi kita persoalkan keterlanjuran di masa yang silam, kita insan biasa memang biasa melakukan kesilapan…. Sebab itu kita perlu belajar dari kesilapan kita kerana ia akan membuat kita lebih berani dan matang di masa hadapan…. Jangan kerana kita xdapat apa yang kita mahu kita memberontak, ada hikmahnya setiap yang berlaku itu…..

BFF ak yang sedih(boleh caya ke?) aku harap korang jangan la sedih lebih2…ak pergi atas tanggungjawab ak sebagai anak dan ak rasa dengan pemergian ak ni akan buat lebih banyak pihak suka dan berpuas hati….

Kepada kawan2 yang sama kolej dengan ak, di sini dengan jujurnya ak beritahu bahawa TIDAK ADA SATU HARI pun yang aku xingat kat korang! SUMPAH weh! Semuanya bagi ak adalah satu kenangan yang manis dan beharga…. Setiap pagi ak bangun ak HARAP sangat yang ak masih kat Perlis and korang semua ada…. Tapi biasalah kan….kenyataan memang pahit dan benda yang paling jauhkan adalah masa silam…..

Kepada kawan2 kerja pulak,walaupun korang xramai,tapi ak tetap nak mintak maaf gak….Zon Tengah adalah yang paling ROCK sekali!!!! Ak bukan xnak sambung kerja dengan zon ni lagi,tapi ak da tawar hati…. Korang memang the best but like I said, ak hanya insan biasa dan xdapat nak puaskan hati semua pihak….lagipun aku hanya nak amik angin baru. Apa salahnya cuba kat tempat orang pulak kan….


K la..sampai sini la blog ak kali ni sebab ak tengah sibuk jugak ni nak tolong mak kat dapur dan mengemas rumah(org gaji da balik Indon!)….. Kepada yang tahu aku ke mana biarla korang je yang tahu, ak xharap ada orang lain tahu sebab xada sebab diorang nak tahu…… ~SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! ~

Thursday, November 19, 2009

~Bebas Pada Kamu~

Salam.... Selamat hari Khamis semua.... hope you all sihat sejahtera dan bahagia bersama insan tercinta(skemanya ayat!).... Pagi ni nampaknya mendung dan nampak awan tengah sarat membawa takungan air dan rasanya lagi beberapa mnit ia akan memuntahkan segala isi kandungan dia dan membasahi bumi tercinta ini(aku ke ni?!)....



Ok STOP!



Ok,sebelum ak merapu+mengata lebih panjang ak nak bagitau bahwa ini bukan la teks ucapan kutbah Jumaat esok atau slah satu propanganda ak untuk ganti PM, ini adala pandangan ak semata2..... Bukan mahu berkutbah, cuma mahu membetulkan diri jua.....Nak dengar kutbah leh p semayang Jumaat esok dan yang pempuan leh suh pakwe/suami/ayah rekod kutbah pak imam kat masjid yang terdekat ea kalau nak dengar kutbah jugak.

Sekarang kita masuk topik utama kita pulak ea.... BEBAS! apa yang anda faham maksud bebas? Berdasarkan apa yang ak faham dan ak buat selama ak hidup 21 tahun(tua ke?!), bebas ialah aku bebas untuk melakukan apa sahaja pada diri ak dan sekeliling selagi ia tidak menyusahkan orang lain dan mlanggar sebarang etika ak sebagai umat islam.... Itu yang ak faham tetapi agak MALANGNYA bebas ini telah disalah tafsir oleh sesetengah anak remaja kita sekarang ini.

Malam tadi ak tengok la rancangan 360 kat Tv3... Entah apa tajuknya xingat sebab masa ak tengok tu ak tengah main sms skali.... Pastu ak nak tukar channel lain, tapi dah mak ak nak tengok ak pun layan je la.... Dipendekkan cerita...habis.... Uikkk?? Apa ko ni Buk??? mukadimah pun xada cerita da habis??!!! NI leh wat gado ni!!!



Laaa...Rileks rileks..meh kita minum2 dulu....lalala^^... Ok la, jangan nak mrapu la Buk! Sambung balik cerita,crew 360 tu pun interview la budak2 yang tengah melepak kat shopping complex tu(area KL)... Pastu dia tanya la tengah wat apa kat mall petang2 gini... Dia pun kata la tengah melepak sebab nak ilangkan tension baru pas amik paper SPM.... La,bdak skola lagi dorang ni(ati kcil ak berkata)..... Dipendekkan cerita(kali ni xabis,ak janji!) bdak2 tu pun kata la dorang nak bebas dan yang di maksudkan dengan bebas dorang adalah boleh kuar malam, lepak dengan kawan2 24 jam, bebas wat apa sahaja, cuba bnda yang baru(wlupun slah), nak ikut kepala sendiri tanpa mak ayah msok cmpor.... Pastu siap ada salah seorang dari budak skola tu cakap "Mak ayah sekarang ni kena paham anak2 muda macam diorang, jgan la asyik nak kongkong, xkan la nak terperap dalam umah 24 jam, xkan nak kuar sikit xboleh, kami bukan bdak kcik lagi yang xreti jaga diri sendiri".... Lorrr..macam tu plok dah?....



Apa maksud dorang nak bebas sebenarnya? nak buat apa sahaja dengan alasan dorang muda remaja????? apa la singkat sangat pikiran dorang ni! Fikir pasal diri sendiri je.... Bagi ak boleh je kalau diorang ni nak bebas, kalau ada apa2 masalah jangan nak panggil mak ayah tolong,,, Suh la kawan2 ko yang slau ko lepak tu tlong....makan pakai jgan nak mintak duit mak ayah, mntak kat kwan2.... korang bukan bdak kecik? mmang ko bkan bdak kcik, tapi kalau kes rogol, rempit, mati bergadoh, mnum arak, seks bebas....siapa yang buat?! ada budak kcik dalam kes semua tu(mmang ada,sbgai mangsa) kebanyakannya budak skola macam korang la! Sebab tu makbapak korang kena jaga korang macam budak kecik spaya da besar jadi 'orang' bukan 'sampah'!



Pastu si crew 360 ni pun pergi la ke salah sebuah rumah perlindungan remaja2 yg bermasalah, dan interview plak salah seorang penghuninya..... budak pempuan(umur xingat).... Terlanjur dengan teman lelaki(jantan haprak!).... Pastu da 'ter'mengandung, dia pun dihantar ke rumah kebajikan tu..... dia pun cerita la segala yang berlaku dari awal hingga akhir(malas nak tlis dlam ni, pnjang sgat)..... keseluruhan story bdak pmpuan tu tadi memang ak rasa kesian jugak la + sedih(serius dow!)..... ye la, mak bapak penat besarkan ko, tup tup da besar jadi macam tu.... Yang mak ak tengah tengok pun bergenang air mata dia(mak ak ratu air mata kalau korang nak tau)..... Jangan la ada keturunan ak jadi macam tu kan...dan keturunan korang jugak.....

So kesimpulannya adala jadi la anak muda yang menyumbang kpada negara...jangan tanya apa yang da negara sumbang kepada kamu, tapi tanya la apa yang da kamu sumbang kepada negara, agama & bangsa..... And kepada anak2 remaja luar sana yang masih lagi mencari erti kehidupan bebas yang sebenar mari kita tanya dulu beberapa soalan sebelum korang boleh keluar bebas. Ini soalan dia:
1) Selepas habis skola korang nak masuk U mana?
2) Apa cita2 korang?
3) Apa perasaan makbapak korang kalau dia tengok korang buat apa di luar sekarang?
4) Kat akhirat nanti korang leh ke tolong mak ayah korang?
5) Bila da kerja nanti leh ke korang bagi mak ayah korang senang?
6) Bila da tua nanti apa benda yang korang nak bangga kat anak cucu korang?
7) KOMPOM ke korang idop sampai tua?

Ok la, itu je soalan yang ak terfikir sekarang..... Baikla kwan2 ku sekalian, da penat menulis ni sampai kerja ak pun masih ada banyak menunggu kat belakang ni, nanti kita berblog lagi ea.... Sekian



p/s: Macam lapar, apa mak ak masak hari ni ea? nyam nyammmm.....

Tuesday, November 17, 2009

.: Ikatan Pertunangan Dan Bebel Aku:.

Salam Semua... Wahhh...dah masuk pertengahan bulan NOVEMBER kot kita.... Cepat betul masa berlalu(atau ak yang lambat).... Kitty Maybe this entry agak boring kot sebab ak akan cerita pasal majlis pertunangan kawan ak yang xberapa nak kwan ni..... Alahaiii..baca je la.....



1st sekali ak nak ucap SELAMAT BERTUNANG (pic sponsored by Saree). Kawan ak yang bernama SUHAILA BINTI ABDUL KARIM(btul kot ejaan ni).....Alhamdulillah...dah berjaya jugak dia bertunang dan da up satu level! Apa2 pun i wish all the best for you Su! Dan di sini(bayangkan ak dpan ko su) ak menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan kerana tidak dapat menghadiri majlis pertunangan mu itu.....sobbb sobbbb...T_T


Dalam belek2 pic gambar Su btunang ni(dapat tgok kat blog dan mukabuku kwan2 yg p sbb ak xp! T_T)...ak pun terfikir lepas ni giliran siapa ya? Act ak bukan xnak pergi atau nak boikot(jauh skali) majlis pertunangan dia yang meriah ni(dgar dr kwan ia meriah)... Masalahnya ak kerja dan pemandu ak yang xbergaji a.k.a Fad xamik ak kat umah....Da la ujan masa tu,xkan la ak nak redah naik moto...xglamer ar p umah orang bertunang basah2(bju dan seluar ak mahal,xssuai untuk naik moto)...lalala^^ Mesti ko tengah bahagia kan Su dan sampai sekarang ak xp lagi jumpa ko sbb ye la dengan kerja yang makin bertambah(bajet busy la) serta kawan2 yang akan di tinggalkan(nak p menjalang dlu sblum pergi).... So ak kena la utamakan apa yang patut di dahulukan(ko pun penting Su,cuma kurang)......




Pastu once again ak pun tengok la emel kakak ak(xyah mntak izin mmang dia bg da) untuk tengok2 apa yang menarik selama sepeninggalan ak yang bajet sibuk ni.... Wowww..banyak emel dari kwan2 dia...heheh.... ak pun bukak la mana yang ak rasa agak menarik dn FYI for those emel yang agak private ak xbukak(jjurnya ak!)

Pastu tengah bukak punya bukak punya baca tiba2 ak ada ternampak emel dia yang tajuk "bahana berkahwin dengan rappers!"... Menarik tajuk dia! ak pun bukak la dan rupa2 nya just ada satu pic je! Cisss..tajuk gempak ingatkan berita dia gempak la jugak, rpa2 nya ada satu pic je..... Hampeh+ ngarot!,... tapi itu la dia kan, manusia ni suka menilai dari luaran dlu(korang pun sama gak!)..... Pastu ak pun bukak la apa yang best sgat pic itu smpai tajuk dia gempak kan.... Tadaaaa!!!!!(tgok pic kat bwah) Walllaweeehhhh!!!! malas ak nak merapu da sbb kat atas ni pun ak da bnyak merapu(sedar pon), so korang tengok la sendiri and nilai sendiri ea... Hehehe....




p/s: Su, xyah la rock sgat ea nnti kad kawin ko, xrela mak nyah nak p kalau ini ropenye kad kawin ko.....huhu^^






p/s 2: sapa2 yang xnampak bagaimana rupanya kad kawin yang ak upload ni hangpa leh save dalam PC/ lappy masing2 dan zoom la mana yang patot ea...Peace!

Saturday, November 14, 2009

-Trend Terbaru Di Japan- euwwww~~

Hepi pagi semua.... hari ni hari Sabtu and as usual masuk opis(kawan ak brtunang, xdapat p) > cek emel > makan biskut > pasang mp3 > wat kerja sampai bengang(tension is paaiiinnnnnn!!!!).....

Pastu masa tengah tengok2 emel kakak ak(dengan kebenaran k), ak ada terjumpa la banyak emel yang agak menarik untuk di muatkan di dalam blog ak...tapi ak upload dulu la mana yang rasa cambest! Nak trend nye pasal sanggup dorang wat camni..ak xtau la apa depa buh kat kepala depa(pnerangan ada, tapi malas nak bca sbab dalam bahasa Jopun)...



Mesti semua tertanya kan apa yang depa wat kat atas ni...nak kata masuk air xmungkin sebab selalu orang masuk air kat bhagian pergelangan tangan(saket woo!!!)....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Ni la dia akibat pegaruh cerita HELL BOY!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.









Punya nak hbaq btapa kurgnya ayq dalam badan dia!(ak leh tlong tmbahkan..tetttttt)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.













hasil selepas di masukkan air..
Ni kalau sesat kat padang pasir KOMPOM leh idop seminggu!














Bapak hellboy dengan anaknya! GO To HEll la you!

















Friday, November 13, 2009

Aduhaiiii~~

Salam semua...hari ni Hari Jumaat so sebelum ak pergi ke masjid untuk bersolat Jumaat(ak ke ni?) saja je nak menulis blog ni kan.... ak HERAN bin PELIK betulla orang tua kat kawasan ak(mgkin sama di kwasan anda) ni.... Bukan la nak kutuk org tua skarang tootttt...tettttt ke apa kan... Masalahnya ak selalu dgar orang2 tua cakap(sbb kwan ak bnyak org tua) yang budak zaman sekarang dengan budak zaman dulu lain...budak zaman skarang KURANG DI AJAR sket berbanding zaman mereka(zaman P.Ramlee kot).... Ak bkanla nak SETUJU atau TIDAK SETUJU dengan kata2 mereka itu sebab ye la kang di lawan kata mereka kita di kata KURANG SOPAN....so ak pun senyap je la...org2 tua tu kata yang budak2 zaman skarang xhormat org tua langsung...bila terserempak jangan kata nak tegur, senyum jauh skali la.... pastu kalau di tegur bila mereka ada buat silap, dorang lawan balik....

Ok itu kata mereka orang2 tua itu, tapi apa kata kita orang2 muda(muda ke)/ bdak2 muda.... Sori beb! Ak xwat survey lagi...huhu T.T...... tapi bedasarkan apa yang dah aku alami sendiri bila berhadapan dgan org2 tua 'zaman sekarang' ni.... aku rasa xboleh la nak salahkan orang muda 100%(macm lagu dangdut)..... sbab kes nye baru je berlaku 10 mnit yg lepas(rsa macm ayat CSI)... ak ada la singgah di sebuah masjid ni slepas ak menapau(bgkus) nasi... saja nak tumpang jamban... Pastu masa ak tgah bejalan ke jamban yang berdekatan, ak ada la terserempak dengan seorang orang tua ni(siak msjid kot)... ak pun dengan muka ceria terus bagi salam and senyum(wlaupun tgah lapar).... Pastu yang ak terkilan(menetes ayer mata kamek) si P.cik sengal bin poyo tu leh dia wat bodo siap bagi jelingan komunis lagi kat aku... ak pun heran la...pehal p.cik ni kan..... Isskkk..ak kata lantak la...ko bukan bapak ak, pastu ak trus p jamban(dgan hati yg bengkak).....

Pastu ak terpk balik certa yg slalu orang2 tua cakap kan... ak rasa one day dorang patut tukar topik la dengan tajuk ''Ă–RANG2 TUA ZAMAN SEKARANG''....



Fikir2 kan la...Majulah Sukan Untuk Negara....

Wednesday, November 11, 2009

.:Kecantikan Seorang Lelaki Dan Kegagahan Seorang Wanita:.

Hari ni ak bukan nak cter psal mekap2 atau fesyen terkini...tapi lebih kepada Islamik skit....Bkan nak tnjuk baik atau apa, tapi sekadar renungan bersama sebab ak pun bukannya dapat jadi semua yang ak tulis kat bawah ni.... walaupun kita ni bukan orang baik, sekurang2 nya kita boleh cuba jadi yang terbaik dalam kehidupan seharian kan..... Selamat Beramal....


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan YangAda pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...
Dan dimana Kegagahan Wanita???Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padakekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang adapada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan