pEnGikOt

Thursday, April 21, 2011

Saya tidak menyesal....

saya tidak menyesali
perpisahan,

sepertimana saya tidak menyesali
pertemuan.

kerana saya percaya,
setiap perpisahan,
masih akan ada sebuah
pertemuan.



~SEKIAN~

Monday, April 18, 2011

Sang suami~

Uishh... dah berhabuk blog aku ni..uhukk uhukk(sound effect bunyi batuk~)boyemo


Post kali ni, aku tuju kan kepada kaum Adam. Bukan apa, sebab perkara ni selalu orang lelaki yang buat. whitebuddyemoticon (aku pun lelaki jugak!).


Kes nya macam ni. Malam tadi pergi keluar makan. Lepas tu, di sebab kan yum malas nak jalan jauh, so kiotrang decide nak makan dekat dengan kawasan rumah dia je. Ingat nak makan tepi UiTM, tapi aku ni jenis tak suka sangat makan dengan geng-geng budak U ni. Kitorang pun lajak ke depan. Dan sampai la di satu kedai mapley ni. Aku pun perasan la kedai macam penuh dengan mat-mat motor . Bukan aku tak suka, tapi most of them kalau lepak ramai-ramai, mesti kecoh. Dah la tu, ada lawan bola pulak malam tadi. . Tak ingat pulak aku pasukan mana yang lawan(aku tak minat tengok bola, nak main boleh la). Dan nak tak nak, terpaksa lah aku makan jugak kat situ. So, nak di pendekkan cerita. Kitorang order makanan, sambil sembang-sembang.Dan masa tengah makan tu, aku sempat jugak melihat keadaan sekeliling(ayat nak skema~).


Aku perasan ada satu pasangan husband and wife ni, pastu siap bawak anak sorang lagi....
Sang suami = muka excited tengok bolaboyemo
Sang isteri = muka bosan dan pasrah(senyum bila sang suami dia pandang)littlegirlemoticon

Sang anak = boylineemoticon (sumpah muka bosan!)



So,ini la pesan aku kat kaum bapa di luar sana.Tak kira la anda minat apa sekali pun, cuma.... tolong la faham jugak perasaan orang anak bini anda. Dah tengah malam, kenapa la di bawak nye keluar.... Ok la, mungkin ada yang cakap 'kami nak kongsi hobi kami dengan orang yang tersayang", atau "suka ati aku la, bukan aku bawak bini hang pun!" boyemo. Ok, itu hak anda. Tapi kan lebih elok kira nya kalau pukul 12.35 pagi itu anda sedang duduk di rumah dan buat apa yang patut! Lebih bagus kalau anda sembahyang sunat dan doa mintak Tuhan selamatkan keluarga kamu dunia akhirat. boylineemoticon Kot ye pun minat tengok bola, jangan la angkut 'bala tentera' anda sekali. Kesian aku kat diorang...ishh ishhh boyemo


Dan masa aku dah habis makan dan bayar dalam pukul 12.40 macam tu, aku tengok family tu still duduk kat situ lagi. Dalam hati aku "kalau la kita ni memahami hati orang lain~"


Renung-renung kan sampai termenung~


Monday, April 11, 2011

*Untuk Kamu


Jika kamu merasa kan ini yang terbaik, pergi lah.


Dan selepas pemergian kamu ini, aku tidak akan menunggu.


Kerana aku pasti, ini yang terbaik.

Saturday, April 2, 2011

Kemaafan~ Forgiveness~

perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.

Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?
Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

- Artikel iluvislam.com (http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1827-bayaran-sebuah-kemaafan.html)


entah kenapa tiba-tiba aku rajin pulak nak baca artikel kat page iluvislam.com ni. Dulu aku ada gak baca, tapi setakat baca baris-baris yang awal je la. Mungkin aku tengah berdendam kot~ Ye la, recently aku ada bengang kat someone ni. Aku dah siap plan lagi nak pergi serang dia Selasa depan sebab dia tipu aku. Tapi, bila aku dah baca artikel ni, rasa macam ermm...ermm... tak apa lah. Aku maafkan dia. Ye lah, benda dah jadi kan. Cuma bila aku jumpa dia Selasa depan, aku nak tanya kenapa dia tipu aku. Kan memaafkan itu sifat yang mulia. Hope korang pun boleh memaafkan orang lain ok~

Monday, March 28, 2011

Pilihan pada kita~




Ak dah lebih 5 kali tengok video ni ulang-ulang. Memang terbaik la~ Lawak dan penuh mesej pengajaran. Tiba-tiba je aku teringat zaman aku study dulu. Aduhhh,... rindu nya....boyemo

Monday, March 21, 2011

Sekadar 'Copy' and 'Paste'

Heran betul aku dengan sesetengah sikap manusia ni~ Bukan apa, baru-baru ni aku ada terbaca some post about Islam di FB. Tak salah nak post apa-apa pasal agama suci kita ni kat FB atau mana2 yang korang rasa sesuai(selagi mengikut kitab).


Yang menjadi masalah nya adalah pada tukang post dia. Ok, sebelum aku memulakan penaipan yang seterusnya, aku nak ingat kan bahawa segala yang aku akan tulis selepas ni adalah berdasarkan pandangan aku sendiri. Tidak ada niat nak meng-gelakkan, menghina atau mengutuk sesiapa.



Bermula sebuah kisah di dalam FB~ wooo~ hehehe ^^v Gurau je la!



Baru-baru ni aku ada baca pasal post dari seorang kawan di FB ni. Dia post pasal murtad, hidup cara barat dan bla bla bla~ Ok fine kalau kau nak post semua tu, TAPI.... dengan keadaan hidup kau yang clubbing siang malam, pakai sendat sana sini. You know what? Aku rasa macam kau ni mempersenda kan agama kita! Pic profile FB kau sendiri gambar kau dengan kawan-kawan kau tengah berposing maut dengan baju yang 'sekadar menutupi urat'.



Post kau bukan main lagi pasal umat Islam zaman sekarang yang dah jauh dari agama, hidup cara barat, banyak dah murtad... tapi kau tengok diri kau. Bukan ke apa yang kau tulis tu seolah-olah merujuk kepada diri kau. BTW, aku nak tahu jugak apa yang terlintas atau terdetik kat hati kau masa kau copy(aku tau kau copy) post tu dari orang lain? Kau baca sampai habis tak? Atau kau sekadar baca perenggan pertama dan kedua., pastu terus copy dan post dalam FB kau?



My dear, sudah la. Apa MOTIF kau sebenarnya post benda tu dalam FB kau? Nak get attention dari pak-pak ustaz kat luar sana? STOP IT ok! Its meaningless la kalau kau sendiri salah seorang umat Islam yang dah 'terlajak jauh'!



Aku bukan la nak kata aku ni baik macam Ustaz Amirul(tengok Tv 3 Khamis malam). Tapi sekurang-kurang nya aku tidak menyuruh orang berjalan tegak sedangkan aku sendiri berjalan senget~ Kau rasa ada tak orang yang tersentuh dengan apa yang kau post tu? Atau sekadar baca 2 3 perenggan macam kau, and then copy dan post pulak dalam FB diorang?



Maaf andai terasa!






p/s: kita di akhir zaman, pandai-pandai la guna masa mencari bekalan untuk di 'sana'.


Saturday, March 19, 2011

~Malaysia Tanah Air Ku!~


Korang agak2 kan, dengan nombor giliran yang aku dapat tu, agak2 pukul berapa aku dapat jumpa doktor?


Ok semua, ini lah MASA nya untuk MENGHENTIKAN fikiran TIPIKAL kita tentang hospital kerajaan! Aku kena tunggu, tak sampai 30 minit pun! Haaa... TERGEZUT x?!


See, cepat kan? Come on la guyz! Zaman dah berubah la.... Ini bukan hospital kerajaan 10 tahun dulu yang korang kena tunggu sampai sakit korang tu dah elok baru doktor panggil. Sekarang semua nya dah berubah!


Kalau aku sakit teruk, KOMPOM aku sembuh cepat beb! Tak payah nak bazir duit pergi hospital swasta yang lain, service sama jugak!


And, yang penting. Doktor dan staff dia yang lain semua tip top beb! Layan memang 1st class ar!

Monday, March 14, 2011

Jalan-jalan~


Sabtu lepas aku pergi ke i-City untuk kali ke-2 nya. Kali pertama aku pergi tahun lepas dalam bulan 10/11 rasa nya. Tu pun sebab ada meeting kat Subang dan malam free, so pergi lah menggedik sekejap kat Shah Alam.

So, nak dijadikan cerita.... Sabtu lepas aku pergi, kira nya BANYAK PERUBAHAN yang berlaku. Ye lah, hampir ke semua rumah kedai yang kosong dulu dah berpenghuni, jalan dah tar, makin banyak lampu2 yang di tambah, permainan pun dah banyak.


Tapi dalam semua perubahan yang berlaku tu, ada satu benda ni aku kurang gemar. PARKING MAHAL DAN SEMUA NYA KENA BAYAR UNTUK MASUK! What da *****!!!!!!!!!!!!


Giler ah! Dah la parking kena bayar 10 henget(untuk satu kereta), pastu dari parking kena jalan macam tak nak jauh ke menatang berlampu tu, dan dalam tu pulak untuk sesetengah tempat tu, nak masuk untuk tengok-tengok kena bayar. Pekehal nya! Hilang mood aku dengan yum nak masuk jauh lagi. Bukan la berkira sangat kan, tapi tak berbaloi dengan apa yang kita bayar. Kalau parking ada bumbung tak pe la, ini turap pun tidak! Dia ingat aku ni naik motor scrambler kot pegi i_City ni~



Yang agak ok nya pasal i-City ni, sekarang ni dah banyak tarikan dan hiburan yang agak berfaedah.Contohnya ada taman haiwan(ada ular Anaconda), pastu ada rumah salji(merasa sikit mcam duk oversea), ada booth memanah(tgok gmbar atas) dan macam2 lagi la. So, kalau korang nak tahu, pergi la sendiri ye. But, pastikan la poket korang ada 100++.... Tu pun kalau korang nak enjoy dengan family la. Setakat pergi dengan kawan-kawan, tak payah la gedik nak masuk tempat yang budak2 punya kat sana~




SANGAT TIDAK PUAS HATI~




p/s: ak xde mood nak bergambar, so buh la gmbar yum~ (dia memanah hebat beb!)

Monday, February 28, 2011

~BAHAGIA~

Kenapa perlu merasa tidak bahagia jika bahagia itu sememangnya milik kita? Ok, macam ni la. Ak terang kan ye.


Ini kan diri kita(merujuk kat diri masing-masing). So, kita la tentukan kita nak rasa bahagia ke tak kan? Duhhh! =_="


Jangan nak membazirkan masa mencari kebahagiaan, kerana bahagia itu memang milik kita. Hidup la dengan kelebihan diri sendiri dan tak perlu menjadi diri orang lain untuk merasai bahagia itu.



Sekian~



Sunday, February 27, 2011

!!!!PERAMPAS!!!

Perampas? Apa maksud perampas bagi krang? Adakah dia orang yang merampas barang korang, atau merampas kekasih korang?


Bagi aku PERAMPAS adalah orang yang merampas sesuatu barang dari korang. Why? Sebab ye la, da nama pun perampas kan. Perampas kekasih? Bagi aku there's are no such thing! You know why? Sebab tangan kalau bertepuk sebelah tak akan berbunyi kan?


So, pada sesiapa yang kata kekasih korang kena rampas, itu semua BOHONG! Kekasih korang yang menggatal sama! Kalau kekasih korang tak menggatal sama, benda tak akan jadi! Ok fine la kalau korang nak kata orang yang merampas kekasih korang tu meletop macam Datuk Siti atau Tom Cruise! But..... kalau kekasih korang tu jenis yang setia, dan tak pilih korang berdasarkan paras rupa, FOR GOD's SAKE dia tak akan rasa suka pun kat orang lain!


Nak berkasih atau bercinta biar la jujur dan ikhlas. Bukan sebab ada kepentingan atau sebab simpati. Tak baik main kan perasaan orang lain. Macam mana kalau orang main-main kan perasaan korang? Mesti sakit kan?


Kalau kekasih korang tu ada kekurangan, anggap la itu keistimewaan dia, dan anggap la kehadiran korang sebagai pelengkap kekurangan dia. Paras rupa tak menjanjikan apa-apa sebab kalau korang pilih kekasih korang berdasarkan paras rupa, untuk apa? Untuk menayang kepada orang lain bahawa kekasih korang tu cantik/hensem? Dah serupa trofi pulak korang buat kekasih korang kan. Bukan ke kita jatuh cinta pada seseorang itu sebab kebaikan dan kecantikan dalaman dia? Pada aku la, kalau korang aku tak tau la sebab apa kan~ hehehe :p






p/s: If you love two people at the same time , choose the second one . Because if you truly loved the first one , you wouldn't love another one