pEnGikOt

Monday, September 27, 2010

Kerja Luar~


HARI ISNIN kembali lagi!!!! Urghhh,..malas giler nak p keje. Penat event semalam pun xhabis lagi....

Semalam aku ada majlis pemberian Notebook percuma kat Banting. Alaa, yang broadband 1 Malaysia tu...kalau xtau, memang kuno la korang. So, dipendekkan cerita aku pun terlibat la dalampemberian notebook percuma tu. Bertolak dari sini dengan Manager aku, pukul 7 lebih, pastu sampai sana setelah sesat dan rehat pukul 10++... Perghhh, memang terbaik la Banting! Sign board da la kurang, pastu jalan banyak highway!



Nasib baik la tempat yang kitorang nak p ni duk tepi jalan je,kena masuk dalam kampung ceruk mana, da jenuh nak cari. Masa sampai2 je dah ramai orang, pastu pe lagi, wat muka tebal je la kan. Nasib baik dorang bagi aku masuk bahagian semak borang, so keje xde la tension sangat kan.... Walaupun ada 3 member yang lain, tapi kalau da nak semak 500 penerima notebook tu mau rabun mata sekejap! Da la ada 3 bahagian borang setiap satu orang.... owhhh~ @_@


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami siap dalam pukul 1 lebih. Memang TERBAIK ar semua yang datang tu. YB tempat diorang pun bagi kerjasama yang sangat BAIK!
Dah habis dalam pukul 1 lebih, kitorang rehat jap dan kemas2 pe yang patut... dalam pukul 2 datang lagi penerima notebook yang xdapat pagi tadi punya. Tapi xramai pun, dalam 20 orang je....Dan dalam ramai2 tu, biasala kan ada, msti jumpa macam2 ragam. Ada yang salah isi borang la, ada yang xbawak salinan bil, ic dan macam2 lagi la.


Dan yang paling xtahan makcik2 yang bajet DATIN! Ahh, tolong la faham! Kalau kau rasa diri kau tu TINGGI sangat dan hebat sangat, xpayah la datang amik notebook percuma tu. Tu untuk pelajar2 yang berpendapatan bawah 3000 je.... Ni la nama nya BODO xleh di ajar!




Ada pak cik tu plak kalau kau da lambat dan datang masa orang tengah break lunch, so reti2 la bawak bersabar tunggu orang nak layan kau. Ni x, leh plak dia masuk dalam dan marah2. Kau da la datang nak amik barang percuma, pastu nak marah2 kitorang plak. Ada masalah otak kot pak cik tu.


Dan bila dah habis semua, kitorang pun p lepak kat Morib. Agak majal la lepak kat pantai pakai baju kemeja, tapi nak wat camne. Da masing2 xbawak baju lebih. Nak sedapkan hati, aku pun kata "ala, xpe. nampak sikit kita ni pelopor orang keje weekend!"... hehehe


Habis je jalan2 kat Morib, kitorang pun p makan kat kedai yang ada dekat situ. Makan nasi berlauk la kan dekat nak malam. Da la kedai tu banyak kucin. aku xkisah pun, tapi ada member perempuan aku ni takut kucing. So, agak xselesa la sangat. Habis je makan, balik. Aku sampai rumah dekat nak pukul 10. Alhamdulilla, sempat jugak sampai.


Dan pagi esoknya jangan cerita la penat dia kan....nasib baik bangun awal. tapi kat office memang mengantuk la dan meja pun aku da nampak macam tilam...hahaha





p/s: malas nak upload gambar dalam blog banyak. nak tengok leh p kat FB manager aku ea...hehehe



0 SAY WHAT??!!!!: