pEnGikOt

Friday, November 12, 2010

::Baru TerSedar::

Salam semua. Agak lama jugak aku xupdate blog ni kan? Rasa nya ada dekat nak sebulan jugak(cuba tengok tarikh post aku yang last)….>_<>

Selasa lepas aku baru sampai umah selepas 4 hari aku berkampung di Holiday Villa Subang Jaya. Buat apa kat sana? Owhh…kat sana aku memancing ikan dan menanam padi…. Boleh? HAHAHA!!! Gurau je… aku ada training la…. YA ALLAH..penat nya xleh cakap. Aku da la tulang kan, pastu kena angkat beg yang aku rasa lagi berat dari aku…. Terus demam aku masa sampai umah. Aku g sana naik KTM je, sampai kat KTM Subang, ada member amik. Yang menjadi masalahnya waktu sebelum aku sampai ke stesen KTM Subang. Kena usung beg besar naik turun KTM dan kat sana baru naik kereta.

AKu sampai Rawang dalam pukul 3 lebih, pastu tunggu ayah aku amik aku dan teman kan dia gunting rambut lagi. Dekat nak pukul 4 lebih gak aku sampai. Yang nak dijadikan ceritanya macam ni. Lepas je ayah aku amik aku kat KTM Rawang, ingat nak p teman dia p umah kawan dia atau mana2 la yang dia nak p. sekali dia bawak aku p gunting rambut. Dia la yang nak gunting, bukan aku. Tapi sebelum tu meh aku ceritakan sedikit kedudukan aku dan ayah aku. Aku dan ayah aku memang xrapat, nak bercakap sebulan sekali pun susah. Kecuali kalau aku nak mintak duit(masa zaman skola2 dulu), atau aku nak mintak tolong dia hantar aku p mana2. So, masa dia bawak aku p kedai gunting rambut FAVOURITE dia semalam,aku rasa macam dejavu tau. SERIUS beb! Sebab nya dulu masa zaman kecik2 aku dulu memang itula kedai yang selalu mak aku bawak p gunting rambut aku dan abang aku. So, bila sampai..aku terus teringat zaman kecik2 aku dulu….la, lupakan je zaman kecik2 aku dulu…. Sambung cerita pasal ayah aku….


Ayah aku pun duduk kat kerusi nak gunting rambut, aku plak duduk kat belakang ayah aku tempat menunggu. Masa ayah aku tengah gunting rambut, aku pun tengok la sekeliling kedai tu dan aku xnmpak ada banyak perubahan. Kalau ada pun, Cuma dia tambah air-cond yang mahal(Panasonic eco-save)…’ pandai jugak dorang ni jaga alam dan jimat tenaga eletrik’ cakap aku dalam hati. So, bila da puas ak tengok2 sekeliling kedai, aku pun melanguk je tengok bangla tu potong rambut ayah aku…. Dan masa aku tengok bangla tu potong rambut ayah aku, aku terpandang muka ayah aku…. Ok,sebelum aku meneruskan cerita, aku nak cakap siang2 yang aku ni memang kuat emosi dan dalam hati ada taman….dah, sambung.



Masa aku terpandang muka ayah aku tu, hati aku tiba2 je sebak…sebab nya aku baru sedar yang ayah aku ni da tua rupanya…muka banyak kedut, uban pun makin bertambah…. Alahaiii…sayu nya hati aku….kenapa la sekarang baru aku sedar yang ayah aku ni dah tua….adakah dah terlambat untuk aku ‘OK’ semula dengan ayah aku? Kalau aku baik2 semula dengan ayah aku pun, berapa lama je aku dapat 'kenal' dia?


Hermm..k la. Xtau nak tulis pe lagi... Saya sayang ayah saya dan ayah saya pun sayang saya....

2 SAY WHAT??!!!!:

cOrEaTAn said...

uuuiiittttt tak mo sed² k...hope bu n ayah bu ok jer k...kita leh baiki hubungan tu k dear..selagi masih ada peluang buat la..nnt dah terlambat bu akan myesal.. ;0) mira sayang bu

Unknown said...

thanks mira for the supportive comment...hope ia akan jadi spti yg Mira dan Bu harapkan.... sayg mira jgak...frenz n love 4ever!!!!!