pEnGikOt

Monday, October 31, 2011

K.E.G.A.G.A.L.A.N aka FAILED

K.E.G.A.G.A.L.A.N aka FAILED

Sudah menjadi Lumrah Manusia sangat suka bila mendengar atau bercerita tentang kejayaan,  Iklan guna kejayaan sebagai tarikan, MLM mesti (wajib) jadikan Kejayaan sebagai janji, Syarikat Gergasi menjadikan Kejayaan sebagai ukuran, Ibu Bapa nak cari menantu pun nak  yang berjaya, nak cari bakal suami atau isteri pun kejayaan dijadikan perbandingan (tapi ada juga yang jenis AIMAN tak kesah tapi lepas tu, mak…! abah…! tolong Aiman).

Tapi ramai yang benci ataupun takut bila disebut megenai kegagalan, sama ada mereka takut untuk menghadapi kegagalan ataupun mereka pernah megalami kegagalan yang membuatkan mereka FOBIA ? Tapi mungkin juga mereka tak bersedia untuk berdepan dengan kegagalan ataupun apa yang mereka lakukan tidak mebenarkan mereka melakukan sebarang kegagalan.

Masaalahnya adakah KEGAGALAN AKAN MELUPAKAN mereka ? Ya MUNGKIN ini boleh berlaku, tapi INGAT………..!!
- KEJAYAAN wujud kerana adanya KEGAGALAN
- KEGAGALAN umpama kembar kepada KEJAYAAN
- KEJAYAAN tak bermakna tanpa KEGAGALAN

JADI adakah kita bersedia untuk menghadapi kegagalan ?  Tabahkah kita untuk menempuhi kegagalan ? Mampukah kita untuk bangkit dari kegagalan ? Beranikah kita untuk jadikan kegagalan sebagai Cabaran ?
Sebenarnya apa yang dituliskan disini tak akan dapat membantu ataupun menyelamat kan anda dari kegagalan, tapi ini hanyalah perkongsian pendapat dan pandangan, Kerana pada pandangan saya sebenarnya KEGAGALAN ADALAH JUGA KEJAYAAN(pakcik ni betul ke)

SEDARKAH kita bahawa setiap kegagalan merupakan kejayaan kepada kita ??????? Masih Tak Faham ? Tahukah anda bahawa setiap kali anda gagal dalam melakukan sesuatu perkara, anda sebenarnya telah berjaya menjumpai satu cara yang anda harus dielakan untuk menjayakan  apa yang anda lakukan,

Maksudnya, jika anda telah 100 kali gagal dalam melakukan sesuatu perkerjaan, bukankah ini bermakna anda sudah berjaya menjumpai 100 cara yang tidak boleh anda lakukan bagi menjayakan kerja tersebut, secara tak langsung anda juga sudah berjaya megurangkan risiko yang perlu anda hadapi untuk menjayakan kerja tersebut. Dan nanti bila anda sudah berjaya dalam melakukan kerja tersebut pegalaman ini telah menjadikan anda seorang yang mampu untuk megekalkan kejayaan itu kerana anda sudah tahu apa yang boleh menyebabkan atau mengagalkannya. Berbeza pula dengan mereka yang mencapai kejayaan pada percubaan pertama, kerana meraka sebenarnya masih lagi berdepan dengan 100 jenis risiko yang boleh menyebabkan mereka gagal di kemudian hari.



Still mengeluh bila gagal?

0 SAY WHAT??!!!!: