pEnGikOt

Tuesday, January 3, 2012

Tips-tips masa bergaduh

BAD MOOD sebab baru lpas gaduh dgan 'mangkok tgkat' tu... Bengang,marah, sakit hati smua ada... Arghhh!!! Tapi rileks..xyah tension2...aku pun bkak blog mcam2 dan cari kata2 semngat disamping berzikir dan mngambil wuduk utk sejukkan aey *ko mampu?. Masa tgah godek2 blog itu ini dengan keadaan internet yang sangat slow laju nak mampos, aku pun ada trbaca blog nie... wahhh..sgat ssuai dengan aku *gitewww~
So,ni adalah tips2 yang aku copy paste dari blog tu... tapi ada jugak yang aku tambah dan buang sket ayat2 dia..ssuai la dgan situasi aku dan pglaman aku kan... setiap orang lain la cara dia kan... Ni tips2 dia ye....
Elak bercakap panjang
Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi. Ini klau ko nak menang je..ssah la kan...tpi aku rasa kan..baik korang tnya betul2 nape dia bwt mcam tu kat korang...ye la..dari kita diam dan pk bkan2 dan memendam prasaan.. x giteww?
Tiada dendam dalam percintaan
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.
Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan. 
TETAPI..blas dendam ni ssuai untuk psangan yang jenis mmang xfaham bahasa dan pentingkan diri sndri.. nak tgal kan..kita sayang..so,kita ajar dia balik cmner dia bwt kat kita.kita bagi dia rasa balik! kannn.....
Jangan mencari kelemahan pasangan
Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.
Ni ak rasa mmang xssuai..sbab mula2 dlu ko bkan main ag cintan cintun sana sni..xnmpak dah bruk baik psagan korang tu kan..ni bila da gduh,mula nak ckap itu ini..perot boncet la, muka longkang la, rmbut mcam akar kayu la... Owhh..never never cakap mcam tu ye... 
Jangan melibatkan hal lain
Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.
Yang ni lebih kurg mcam duk ungkit mngungkit la... rasa nya xperlu kot.. Pape pun korang bwat utk kapel korang,mesti ikhlas tau..xleh mntak blsan.. bkan ke CINTA itu prlukan pgorbanan? *bkan krban body ye~
Jangan bertindak secara fizikal
“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.
Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.
Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Biasa la kan masa marah, smua bnda nak cakap dan ayat plak pedas je... uishhh.jgan la nyahh..bahaya tau~ Penah dgar kerana mulut, bdan lebam binasa ? Lagi xbaik bila duk naik tgan dan kaki bagai... eloo.mak bapak bdak tu pnya la jaga elok anak dia,ko bru duk kapel sehari dua,dah nak tgan2 anak orang...tu bkan anak patung nyehhh... xmo xmo...~
Usah menjauhkan diri
Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.
Aku rsa bnda ni perlu sbnar nya *pada aku ia sgat PERLU. Ye la..dari kita jmpa dan gaduh maki hamun smua..baik amik masa..tenang kan diri dan pk balik smua2 pkara slama korang kapel dgan dia..xkan la pasal hujan sehari,ilang panas setahun kan? Soo..jauh kan la diri utuk berfikir dan jauh kan diri tu jngan lama2..nti kang dia cari lain,korang gak merana... 

0 SAY WHAT??!!!!: