pEnGikOt

Saturday, February 11, 2012

KUAT-lah hati :(



Assalamu'alaikum warahmatullah .





Image Detail
Kadang-kadang apabila ditinggalkan oleh seseorang, terasa seperti ditinggalkan oleh semua makhluk . Sedih, menangis .

Kadang-kadang syaitan akan mengambil peluang itu untuk menyesatkan kita. Berjuang habis-habisan hendak menjatuhkan kita.

Kita hendak kalah oleh syaitan ? Ataupun hendak menang dan jatuhkan syaitan ?


Tepuk dada , tanya iman .

Doakan seseorang yang pergi dari sisi kita, 
dijaga oleh Allah yang sebaik-baik pemelihara, 
disayangi oleh Allah yang sehebat-hebat penyayang, 
dicintai oleh Allah yang seagung-agung pecinta, 
dan dirahmati oleh Allah pemberi rahmat .



Moga setiap pertemuan itu kerana Allah, dan perpisahan itu juga kerana Allah .






Ya Allah, jika hati kami sedih apabila ditinggalkan oleh seorang hamba-Mu, janganlah Engkau biarkan hati kami berterusan dalam kesedihan .

0 SAY WHAT??!!!!: