pEnGikOt

Monday, March 12, 2012

Melaka Bandar Bersejarah

Assalam. Lama tak hapdet blog ni kan? maklum la..bizi sket dengan percutian(sila bca dgan nada riak) dan keje (sila baca dgan nada sedih). Rabu lepas aku bercuti ke Melaka. Sebenarnya bukan nak pegi Melaka, tapi kami sebenarnya nak pegi Johor. Sebab pak cik aku tamat kursus kepolisan dia....


So,nak dipendekkan cerita.kami singgah la Melaka dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Johor. Tapi aku bukan nak cerita yang aku best dpat jalan2 (wlaupun hakikatnya ter-SANGAT BEST), aku nak bagi beberapa tips yang perlu korang tahu jika ada pembaca2 blog ini yang nak pergi Melaka. Bukan tips apa pun.just nak berkongsi pengalaman baik dan buruk sepanjang aku ada kat Melaka.


Tips-tips-nya adalah:
  • rancang dulu tempat mana yang korang nak pegi atau muzium mana yang korang nak masuk. nanti tak adalah korang pening nak pusing satu bandar dan patah balik ke tempat yang sama.
  • bandar Melaka sangat kurang papan tanda penunjuk jalan yang membantu.jadi kepada anda semua...sila bawak GPS atau peta bersama anda.
  • parking senang nak dapat sebab aku pegi masa bukan cuti sekolah.
  • sila patuhi had laju yang ditetapkan sebab jalan Melaka banyak yang masih dlam pmbinaan.korang tak nak kan kereta korang msuk kedai besi buruk?
  • untuk ke sesuatu tempat tu.baik jalan kaki je.contoh dari muzium kapal nak ke Kota A-Famosa.jalan kaki sudey.dpat cuci mata.badan sihat. tempat dekat je....
  • sila tanya orang tempatan kalau korang nak ke sesuatu tempat.tapi korang tak tahu jalan. bukan ke MALU BERTANYA SESAT JALAN?
  • parking murah. RM 2.00 sekali masuk. tak kira berapa lama pun korang parking.
  • senaraikan barang yang korang nak beli. (ini amat penting untuk kira bajet)
Ermm.. pastu kalau korang nak beli barang. Eloklah beli dalam kuantiti banyak..beli lah untuk mak cik.pak cik.jiran sebelah. jiran depan umah. jiran belakang umah. Sebab kalau korang beli banyak. Boleh la tawar menawar..tapi kalau korang beli setakat 1 atau 2 barang. Nak tawar menawar..mcam kelakar je... Itu pendapat aku la...



Dan ini adalah jumlah duit yang aku belanja masa pergi Melaka:

Minyak - RM 70.00 pergi balik. rumah aku kat Rawang, Selangor.(kereta Saga FL)
Tol        - RM 32.00++ (keluar kat tol Ayer Keroh untuk pergi dan balik)
Tempat tinggal - PERCUMA (mak cik aku sponsor)
Makan minum - RM 60.00 (untuk dua hari makan termasuk makan pagi, tengah hari, petang dan malam)
Shopping - RM 40.00 (beli baju 2 helai.dan cencalok+keropok+key chain)


Tapi yang tol dan minyak tu bukan aku bayar sorang sebab aku pegi dengan abang dan kakak aku. Jadi kitorang bahagi2 kan perbelanjaan tol dan minyak. Dan nasihat aku..kalau korang nak pegi ajaklah kawan korang. Boleh korang kongsi duit minyak dan tol. Jangan risau kalau korang tak tahu jalan or tempat menarik kat Melaka. Sebab kat situ ada polis pelancong yang amat ramah (seyes tak tipu). Korang boleh je tanya abang2 atau kakak2 polis yang duk jaga tepi2 jalan tu. Tak pun sebelum korang pegi tu, korang Google la sendiri tempat apa yang best kat Melaka tu kan. 

So far Melaka is one of the greatest placed yang aku penah pegi. Bandar dia sangat bersih. Pastu penduduk dia pun sangat baik dan mesra alam. Pemandu kat Melaka pun berhemah. Apa pun.ini adalah pandangan peribadi aku.... Kalau korang nak tau.korang kenalah pegi sendiri kan...hehehe. 

Bawah ni ada sikit pic masa aku kat Melaka. Jemput la tengok.nak tengok banyak lagi.leh tengok kat FB aku ye....


































0 SAY WHAT??!!!!: