pEnGikOt

Friday, September 14, 2012

Tazkirah Jumaat :)

Cuba kita flash back hidup kita... 
ILUVISLAM wallpaper

Sewaktu kecil kita menangis, merengek sebab kita inginkan sesuatu. Kadang-kala sebab kenakalan kita, cubitan lembut hinggap di paha kita, lalu kita pun menangis mengada-ngada^^. Walau tiada masalah, tapi kita menangis kerana itulah fitrah kita. Masih bergelar 'budak comel yang manja'

Bila meningkat dewasa, di peringkat sekolah menengah, kemudian bergelar siswa
zah... Pergaulan kita semakin besar merentas usia. Kepompong kehidupan kita semakin terbuka. Sedikit kebebasan ibu ayah beri pada kita. Mereka percaya kita sudah pun besar dewasa.

Dan pada satu ketika, kita menangis. Menangis lantaran cetusan dari hati yang kecewa..Kecewa pada manusia. Sakit hati dengan ketua dan bermacam-macam lagi angkara.

Jika kita menangis kerana sesuatu yang berharga, yang mana tangisan itu membawa hati kita bahagia merinduiNya, membuat hati kita ingin dekat denganNya, alangkah indahnya.. 

Ya, itulah tangisan kerana takut kepada ALLAH.

kredit - iluvislam.com

0 SAY WHAT??!!!!: