pEnGikOt

Saturday, October 27, 2012

Adik saya bukan PENCURIK! (True Story)

masih terkilan dan sedih dengan kejadian yang berlaku. 

Adik aku telah ditahan di salah satu pasaraya di Rawang kerana dia lalu di salah satu pengesan keselamatan di pasaraya tu dan benda alah tu berbunyik. (ayat penuh utk mnjukkan kesedihan aku)

Citer dia macam ni.. pada suatu hari..sedang adik aku dan aku berjalan2 sambil membeli di sebuah pasaraya di
Rawang (bencinye ayat mcam drama) - sambung balik ayat pasar - lepas kitorang dah siap2 beli barang apa semua..adik aku dan aku pun mula bayar.. lepas bayar.biasala..kena jalan sampai ke pintu keluar dan pak gad kat situ akan cop resit korang.. 


Tapi.masa nak keluar tu..tiba2 alat pngesan situ berbunyik - dan adik aku pun undur setapak ke belakang. Pastu bila benda tu da senyap..adik aku jalan keluar balik..dan benda tu bunyik lagi.. aku masa tu bediri blakang adik aku dan bila benda tu berbunyik 2 kali.. terus guard BANGLA tu pegang tangan adik aku dan amik plastik barang yang adik aku pegang.. takde langsung cakap apa2 dan nak tanya baik2... BIADAP kan?

Ayoooo..aku pun very saspen okhay! Dan lepas tu adik aku tarik la balik tangan dia kan sebab APA HAK pak gad BANGLA hanjeng tu nak pegang2 orang?! Dan aku pun terus berdiri kat tepi tengok guard bangla tu duk lalu2 kan barang adik aku tu kat alat pengesan tu 2 3 kali dan alat pengesan tu still berbunyik. Adik aku muka dah merah sebab malu dan marah. Korang imejin ea.. pasaraya tu bukak 5/6 kaunter.dan semua kaunter orang beratur sangat panjang..dan kejadian ni berlaku dah la betul2 depan kaunter bayar tu.. sooo.harus SEMUA ORANG yang beratur termasuk yang tengah byar dan dengan cashier2 tu sekali pandang drama kitorang! SANGAT MALU! 

Disebabkan aku dah malu dan bengang..aku pun suh guard bangla tu bukak plastik barang tu dan cek smua brang dalam tu.. tapi guard bangla tu tak nak dan tak lama macam tu ada sorang sekuriti melayu datang. Dia pun suh kami bertenang dan sabar (dengan suara yang kasar) sambil tengok guard bangla tu pegang plastik adik aku dan lalu kan kat pengesan tu.. dan pengesan tu still berbunyik dan orang dalam kedai tu still pandang kitorang berdua!

Keji kan sekuriti melayu tu.nape ko tak bukak je plastik tu dan tengok semua brang dalam tu?? Dah bosan agaknye sekuriti melayu tu tengok drama adik aku dan brang2 tu..dia pun ajak adik aku dan aku BERJALAN ke pintu masuk dan cek balik plastik barang adik aku! Tebal nye muka aku masa  nak bejalan ke pintu depan kedai tu kalah tayar Michelin! Rasa macam aku tengah berjalan di pasaraya dalam keadaan vogellll~

Dan masa kat kaunter pintu masuk tu.bukan nye dorang bwt apa pun..dorang juz amik beg plastik barang tu dan lalukan kat ada satu alat pengesan atas meja kaunter tu.dan masa dorang lalu kan plastik beg tu..takde plak alat pengesan tu berbunyik! Terus sekuriti melayu tu cakap "Maaflah.alat pengesan kat pintu keluar tu pening dan jamed sikit sebab busy kan.." - reaksi aku "REALLY?"
Korang dah buat aku dan adik aku malu..pastu bekasar dengan adik aku... itu je yang mampu korang ucapkan? Dengan ayat 'MAAF' tu leh pulihkan imej kitorang ke? Boleh cover malu kitorang ke? 

Dan aku pun malas nak citer banyak dan adik aku dah mula marah2..aku amik barang2 tu dan terus blah. 

Adik aku plak terus kata - "Ini last aku masuk dan beli kat pasaraya tu! !#@#@%$%^%^& *ayat di censored*" - aku balas "aku sbnarnya tak suka sangat masuk pasaraya tu.tapi sebab dia tepi jalan dan senang parking je aku pegi"

Lepas je masuk kereta, aku pun terus call pasaraya tu balik dan mintak penjelasan pasal sistem sekuriti diorang dan layanan diorang trhadap adik aku dan aku. Orang yang angkat call tu..takde bagi penjelasan dan terus letak fon! -lagi sekali tindakan BIADAP dari orang pasaraya iteww-

Aku bengan dan terus call Hotline nmbor yang ada kat resit tu dan ada sorang mamat ni angkat call aku. Aku citer la dari A.to.Z dan mamat tu kata dia akan bagi feedback balik.

Aku tunggu dekat nak sejam dan takde langsung call dari pihak pasaraya tu. Aku pun call balik dan tnya mana feedback korang ni.. leh plak dia balas "kami dah bagitahu pihak pengurusan dan akan bagi feedback kemudian"

Sampai hari ni (masa post ini ditaip), takde sebarang respon dari pihak pasaraya tu. Dan bapak aku cadangkan aku dan adik bwt report polis atas kekasaran guard bangla tu. Tapi aku mlas dan aku masih mengharapkan ada feedback dari pihak pasaraya tu.

Owhh.btw..barang yang aku beli dan ditahan sebab konon2nya  saspek curik nilai dia adalah RM 82.00!!!! Sangat tak berbaloi untuk aku dan adik aku alami semua tu!

Juz nak tanya pendapat korang - apa tindakan korang kalau korang kena macam aku?!

p/s: nama pasaraya di-rahsiakan sebab aku nak jaga sensitiviti semua.

0 SAY WHAT??!!!!: