pEnGikOt

Wednesday, November 14, 2012

Istanbul Aku Datang Preview (jalan2 sekali)

Hai korang…! Amacam cuti? Best? Ehhh.korang dah mula keje? Ayooo..kesiannya *baca dengan padan mukanya*


Hahahahhah

muka eksited lepas tgok citer ni~
Aku cuti lagi..sampai jumaat tau.. hari ni aku nak feeling Melayu tulen tau..aku dan kakak aku tengok citer melayu kat wayang. Tajuk dia “Istanbul aku datang”

Cerita dia agak best la.berbaloi la dengan harga tiket 9 henget tu. Dipendekkan cerita..movie tu pasal Dian yang konon2 awek inesen yang sangup ke Instanbul dan amik short course kat sana semata2 untuk duk rapat dengan BF dia nama faruk. Lepas tu sampai kat sana macam2 la dugaan dia dengan BF yang feeling2 busy (BF dia amik doc nyehh.mampuuu?). lepas tu dia kena tipu dalam cari umah sewa kat sana. Sebab kena tipu ialah umah yang dia sewa
tu konon2 nya kosong…tapi dah ada penyewa. Lelaki plak penyewa nya tu… penyewa tu nama dia Haris dan lepas je Dian dapat tau dia kena tipu..dia nak cari umah lain.tapi takleh sebab dia ada dah habis smua duit bayar deposit umah sewa tu.

Dan lepas tu mula la drama antara dia dengan haris dan BF Dian, Faruk. Dian terpaksa cover line dengan cemerlang sebab tak nak BF dia tau yang dia duk menyewa serumah dengan Haris. Yang paling hidupkan cerita ni, drama antara dia dan haris la sebab bnyak adegan lawak dan tak buat citer ni tipikal citer melayu yang lain dengan cinta jiwang memanjang.

hari Rabu kan..harus tiket murah :)
Citer ni jugak bagi aku menarik dan valued for money sebab hampir semua(atau 100%) dekat Istanbul. Jadi bagi aku dan yang lain tak berapa nak mampu p Istanbul sana..dpat tengok Lisa Surirumah Yusri belakon kat Istanbul pun jadi la kannn. Dan dalam crita banyak nama hebat tau…macam Aizat, Beto Kusyairi, Tomok dan ada beberapa pelakon Malaysia yang lain.

Makanan

Haaa.terliur tak tengok pic atas ni? gitewwww *smua audience membaling botol dan tin ke pentas*. Rasa lapar tak? Kalau rasa lapar pegi la Wendy’s. ni adalah salah satu menu terbaru dia yang ada. Tak tau la kot da lama kan..tapi tadi aku lunch dengan kakak aku baru prasan ada poster tu. Alaaa.tak kisah la menu lama ke baru..janji aku baru makan tadi. Rasa dia mantap sebab cheese dia tebal.pastu ada cendwan dan daging ayam tu dipanggang dengan sempurna *makan masa panas2 untuk bau yang naik sampai ke restoran sbelah - motipppp*. Harga dia tak ingat berapa tapi aku amik 2 set tadi dan bayar dalam 30 henget. Soo.purata satu set kira 15 ringit la (rasa mcam mahal sebab ada tax gov).




Minuman
Haaa.ni la minuman feberet aku. Leh dikatakan setiap kali aku pegi Jusco.,.mesti beli air ni sebelum balik. Dengan rasa susu dan cincau dia yang tebal dan ada jugak rasa kopi sikit…perghhh! Meletop! Harga dalam 7 henget ++ 



Lepas habis minum makan dan tengok wayang tu...kitorang pun habiskan masa pegi jalan2 kat Jusco tu. Ingat nak shoping..tapi kurang bajet la sebab bulan ni aku kene sevis kete. 30k dah KM aku dan rasanya kos nak sevis dalam 300 henget gak la... Kene usaha lebih la cari duit lebih bulan ni...huhuhu. Soo.bawah ni adalah sikit2 pic pasal aku jalan tadi dan barang yang aku beli... bukan nak menunjuk..juz nak kongsi pngalaman je...huhuhu *tak baik riak - kan semua ni pinjaman dari-Nya (sarung selendang di kepala)*


kakak aku beriya nak tengok ni..tapi aku da tengok ritu..sooo.dia kna ajak org len la..huhuhu

meow aku da datang musim mengawan - sooo.dia tanak makan dan dktor meow aku syorkan dia minum glucose ni... 

 Stokin

Haaa.ni aku bukan nak promo mende pun..juz nak kongsi pasal benda ni je... Benda ni adalah stokin campur kasut. Alaaa.selalu pempuan dalam pantang pakai stokin kan? Haaa.lebih kurang macam ni la fungsi dia.. Tapi aku beli bukan sebab aku dalam pantang...tapi sebab aku selalu rasa sejuk kat kaki bila duk dalam opis lama2 *tak larat la nk gesel2 tapak kaki stiap kali sejuk*. Soo..bila aku pakai mende ni..agak rasa la suam2 macam kaki tu memijak karpet bulu kan... Mende alah ni 5 henget je..aku beli kat kedai dalam Jusco Rawang tu..tak ingat nama kedai dia apa..tapi brang dalam kedai tu semua RM 4.99 (senang kira 5 henget la). Alhamdulillah..berbaloi la mende ni dngan harga dia dan sangat selsa untuk dipakai tau.. terutama musim ujan mcam ni...lena tido nyahhh~

ni la rupa depan dan belakang dia.

ni kaki aku lepas pakai.. cumilll tak? *matilaaa stetment mintak cerca*


0 SAY WHAT??!!!!: