1. Don't even touch me if i'm not in good mood
2. Don't provoke me if i'm trying to avoid you
3. Don't talks about sex if you are not familiar with me
4. Don't call or sms me if i'm in bad mood
5. Don't get close to me if you are kind of person practising one way communication and arrogant
6. Don't give me hope and pretending liking me if you are not commited enough
7. Don't get close to me if you are not open and positive minded
Sunday, July 10, 2011
DONT (7 things)
Monday, June 20, 2011
.: Sentimental Value:.
Salam and whassup semua? Ape cerita? Ni dah masuk bulan pertengahan June, dan nampaknya lagi 1 bulan lebih je kita nak masuk Ramadan. Dah sedia dari segi mental dan fizikal? hahaha :D
Ok ok, hari ni topik dia bukan lah pasal puasa atau ponteng puasa(bukan aku ea~), tapi topik hari ni adalah pasal nilai sentimental atau dalam bahasa omputih nyer, sentimental value~
Aku pasti korang mesti ada barang lama yang entah dari mana-mana korang dapat atau beli masih korang simpan kan? Alaaa...ha tengok tu, ada yang senyum sensorang...ada la tu kan? hahah :)
Alaa..rileks suda. Aku pun ada jugak. Banyak lagi. dan salah satu nye lappy aku. Brand murah je, brand Acer. Aku beli tahun 2006. Masa tu, harga dalam RM 3000++.. tapi bukan aku beli la, mak cik aku yang belikan.
And sampai sekarang aku still pakai dan aku jaga <--- jaga la sangat!
Bukan apa, aku sayang la nak biar kan atau bagi orang lain. Ini la kekasih aku dari aku mula masuk kolej dulu, sampai sekarang. Banyak kenangan kot. Semua tempat dia dah ikut aku pergi. Dari ke Perlis sampai ke Johor. woowww...kalau dia ni orang la, aku rasa kami dah ada anak kot~ hahaha!!!!!!!
tapi, aku ni bukan lah jenis pengumpul barang sangat. Aku just kumpul benda2 yang bagi aku sangat susah nak dapat atau benda yang bagi aku sentimental value dia tinggi. Dan aku tahu, bukan semua macam ni. sebab nya, aku ada sorang kawan ni. Dan sepanjang 6 tahun aku kawan dengan dia, xpernah ak nampak dia simpan satu barang pun dari kekasih dia. Klau dia simpan pun, sebulan dua je la benda tu tahan, pastu hilang ntah ke mana.
Aku xkisah la sangat kan, sebab dia just kawan je.Tapi aku heran, dia xde perasaan ke dengan semua barang2 yang dia dpat? Xkira la dari sape pun, xkan dia xreti nak hargai dan jaga. But, you know what? Lain orang, lain cara kan. Maybe dia hargai sesuatu tu dengan cara dia yang aku xtau....
Papepun, hargai la apa yang korang ada, dan jangan terlalu mengejar apa yang ada dihadapan sehingga terlupa apa yang ada di sisi. Salam.......
p/s: teringin nak pakai lappy Aplle~ hikkksss!
Sunday, May 29, 2011
Anak BANGSA or anak BANGSAT? (part 2)
Ok, sambung semula post semalam (http://kamudankami.blogspot.com/2011/05/anak-bangsa-or-anak-bangsat-part-1.html)
Aku pun balik la setelah cikgu tu kata macam tu kat aku. Habis tu, tak kan aku nak pergi jahanam kan sekolah dia pulak kan.(walau pun dalam hati aku mahu berbuat demikian~)
Sebenarnya tujuan aku satu je. Aku cuma harap sangat-sangat yang pihak sekolah tu boleh beri kerjasama dalam mengurangkan vandalisme ni. Ye la, kan sekolah la tempat budak-budak ni paling banyak meluangkan masa berbanding dengan ibu atau bapa diorang kan.
So, bila aku pergi sekolah tu dan cerita apa masalah aku nie, dengan harapan, pihak sekolah sekurang-kurang nya boleh la beri kerjasama dengan berkata demikian
"baik lah, kami akan nasihat kan pelajar-pelajar ini semasa perhimpunan pagi" 
Tapi.... HARAM tak de!
Korang pikir ea, kalau lah aku buat report polis dan budak-budak tu kena tangkap, tak ke nama sekolah dia buruk dan rekod budak tu pun buruk. Tak kan la baru sekolah menengah dah ada rekod polis. Mesti payah nak further study atau kerja. Cikgu tu tak pikir ke ha??? Dia ingat kalau dah masuk kes polis ni boleh buat main-main ke? 
Pikir la anak bangsa sama. Jangan nak kata lah engkau tu busy dengan hal-hal kat sekolah. PERGI MAMPUS! Patot la tak ramai budak sekolah tu dapat keputusan bagus untuk PMR dan SPM, rupa nya cikgu dia macam tu. Sangat tak profesional dan bagi aku, dia tak layak pegang jawatan HEM!
Dan sekarang baru aku faham kenapa lah anak bangsa kita ni ramai yang buat pelik-pelik kat sekolah.....
Malas nak ulas panjang, kita semua pun dah besar dan dah cukup umur. Pandai-pandai la pikir ye.
Sekian (ENDING)
Saturday, May 28, 2011
Anak BANGSA or anak BANGSAT? (part 1)
Lama jugak dah tak update blog ni. Maklum la, aku baru balik dari bercuti selama 9 HARI hoke! hehehe :) So, far... ermmm... sangat OK. Ingat nak cuti lama lagi, tapi busy la dengan projek kampung WiFi dan segalam macam mak datuk ICT punya kelas~ =___="
Dan macam biasa, korang tahu kan yang aku kerja dengan CBC Serendah(Google kalau tak tahu), dan kerja aku yang mencabar minda ini, amat memerlukan kesabarang yang tinggi~ 
Serius beb! Kalau korang tak sabar, alamatnya sebulan je lah korang kerja dekat sini, pastu bungkus balik kampung sebab orang kampung ini merusuh depan CBC korang! 
Ini yang aku nak cerita sikit pasal KETIDAKPUAS HATI-an aku terhadap salah sebuah pusat pendidikan di sini! (faham2 sendiri lah ye) 
Kes nya macam nie. Baru-baru ni, aku adalah pergi ke sekolah dengan sebab PELAJAR sekolah tu guna kemudahan kat CBC aku, dan buat VANDALISME! Memang hangin la aku kan kalau dah pintu jamban sampai 4 kali kau nak kena repair dalam sebulan!
.
Lepas tu dengan hati yang panas nya, pagi tu aku pergi la sekolah tu! Dan bila aku sampai, aku pergi naik pejabat dan cakap le dengan kerani depan pintu kaunter tu yang aku nak jumpa Pengetua atau HEM untuk melaporkan kejadian vandalisme dekat CBC aku yang budak-budak sekolah dia buat. Pastu kerani tu cakap, Pengetua tak ada, yang ada HEM je. Aku pun pasrah je, dan kata tak apa lah, aku tunggu. Dan kerani tu pun pergi la cari HEM tu kat mana-mana entah, dan aku tunggu dalam bilik pelawat~
Aku tunggu.......... tunggu.......... dan terus menunggu.......
Dan kerani tu datang balik dan kata HEM dia pergi b.fast kat kantin. Tak apa lah, aku tunggu lagi.... tunggu.... tunggu..... tunggu.....(30 minit berlalu~)
Hati dah makin panas, aku angkat kaki nak berambus, tapi.... HEM dia masuk pulak! Aku pun terus pergi jumpa dan cerita pasal masalah nie.....
Dan jawapan dia "kamu pergi lah report polis. Sekolah tak masuk campur kalau benda berlaku di luar sekolah." Aku yang memang dah hangin, "ermm, tak apa la cikgu. Terima kasih" dan terus berambus! 
Ok. TAMAT! Kalau korang nak judging, leh tinggal kan komen di bawah. Kalau nak baca je, tak nak komen apa-apa pun boleh jugak.
Sekian.
Sunday, May 15, 2011
Budak-budak~
Budak-budak zaman sekarang ni bagi aku memang SANGAT 100x lain daripada yang dulu. Alaa..korang pun mesti perasan jugak kan? Bukan apa, kalau korang tengok budak-budak zaman sekarang, memang korang akan kata dalam hati korang " Kalau adik aku, dah lama aku boh penampaq!". Betul tak? Mesti pernah kan?
Bagi aku, jangan lah kita salah kan 100% didikan ibu bapa, tapi kita jugak perlu melihat keadaan sekeliling dan dengan siapa yang diorang bercampur gaul. Kawan-kawan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan seseorang itu. Dan ada lagi yang teruk, dia salah kan kemajuan dan kecanggihan teknologi sekarang. What daaa xxxxxxxx.......
Ishh.... teknologi tak bersalah, tapi manusia yang salah guna kan teknologi itu yang salah~ (tiru ayat bos aku). Dan budak-budak zaman sekarang bukan boleh kena tegur, silap hari bulan jadi gaduh kan. Pernah tak jadi kat korang macam ni?
Entah la, macam mana kita nak harap kan pemimpin Malaysia yang berwibawa dengan keadaan remaja macam sekarang ni. Tapi itu la, kita perlu juga pandang pada bahagian yang bagus. Ada jugak remaja yang baik-baik.
p/s: motif post ni adalah sebab motor aku mngu lpas kna pancit dgan bdak form 3 depan mata aku!
Saturday, May 14, 2011
Naik motor lagi bagus!
Salam semua. Pe cer? Sihat tak? hehehe.... 
Dah lama aku tak update blog ni. Bukan apa, recently, busy la dengan work stuff! (budget busy macam manager la kan~)
Dan salah satu sebab yang besar, blog tak boleh update sebab blogspot.com dia buat maintenance apa ntah. (ada je alasan kan)
Aku baru balik dari bercuti nie. Seminggu aku duduk di Johor. Bukan pergi suka-suka ya, tapi pergi ada hajat.... Dan lepas balik dari Johor pulak, terus keje, dan gaji keluar. (bila gaji keluar korang faham kan maksud nya
)
Nak dipendekkan cerita macam ni la.
Semalam aku baru balik dari Shah Alam. Dua hari jugak aku berkampung kat sana. Bukan buat apa, kerja U dan ada 'the thing we dont speak of" 
Nak dijadikan cerita, aku bertolak dari sana, dalam pukul 12 lebih la(tengah hari), pastu macam biasa Guthrie Highway kegemaran ku adalah jalan yang paling cepat untuk sampai ke Rawang. Pastu dari sana sampai ke EXIT Rawang ok je, but bila nak keluar tol Rawang, keadaaan mula menjadi seperti HANJING YANG TERSEPIT! 
Aku dah rasa macam nak masuk pelabuhan Klang pulak! Sebab apa, sebab lori yang bapak besar banyak giler! Dah la tu, bila kita lalu tepi dia rasa macam tak selamat je~
Aduhhh~ aku sangkut dalam jamed tu dekat nak 30 minit jugak! Now you know why aku selalu lepak Shah Alam naik motor kan? Macam ni la benda nya. Bila nak masuk tol Rawang, jamed dia tak hengat! Kalau motor(LC 135), aku ambik masa dalam 40 minit je nak ke sana. But kalau naik kereta, aku ambik masa dekat nak 40 minit jugak, itu pun setelah aku membuat pusingan U yang jauh nya 10 KM! Sebab nya umah aku dekat U10(belakang UiTM Puncak Perdana)!
Kalau naik motor kan boleh terus keluar ke tol Bukit Jelutong tu~
So, aku nasihat kan di sini, kepada korang yang ada kereta tu, rasa nya lebih baik kalau korang keluar ke mana-mana naik motor. Bukan apa, selain dari menjimat kan masa dan duit, korang tak ada la jadi macam aku. Dan untuk pengetahuan korang, pemandu2 lori besar2 tu, kebanyakannya MEMANG BIADAP!
Kenapa? Sebab diorang, bila nak masuk ke simpang atau tukar laluan, diorang main masuk je! Aku dah banyak kali dan boleh dikatakan SELALU kena macam ni! SUMPAH sakit hati! 
Oitt! Abang lori! Kau yang besar, kau lah tengok kitorang ni! Bukan kitorang nak kena tengok kau! Owhh, mentang-mentang lah kau besar, kau ingat kau boleh suka-suka je buat jalan tu macam bapak kau punya jalan! Aku pun bayar cukai jugak la wehhhh!!!!!!!!!
Dah la kebanyakan dari diorang ni bawak laju! Pastu suka2 je masuk jalan mana yang diorang nak! BIADAP sangat2!!!!!!!!!!!!!!!
p/s: aku tulis 'kebanyakan' sebab bukan semua pemandu lori biadap. Ada jugak yang baik dan bertimbang rasa~ 
Thursday, April 21, 2011
Saya tidak menyesal....
saya tidak menyesali
perpisahan,
sepertimana saya tidak menyesali
pertemuan.
kerana saya percaya,
setiap perpisahan,
masih akan ada sebuah
pertemuan.
~SEKIAN~
Monday, April 18, 2011
Sang suami~
Uishh... dah berhabuk blog aku ni..uhukk uhukk(sound effect bunyi batuk~)
Post kali ni, aku tuju kan kepada kaum Adam. Bukan apa, sebab perkara ni selalu orang lelaki yang buat.
(aku pun lelaki jugak!).
Kes nya macam ni. Malam tadi pergi keluar makan. Lepas tu, di sebab kan yum malas nak jalan jauh, so kiotrang decide nak makan dekat dengan kawasan rumah dia je. Ingat nak makan tepi UiTM, tapi aku ni jenis tak suka sangat makan dengan geng-geng budak U ni. Kitorang pun lajak ke depan. Dan sampai la di satu kedai mapley ni. Aku pun perasan la kedai macam penuh dengan mat-mat motor
. Bukan aku tak suka, tapi most of them kalau lepak ramai-ramai, mesti kecoh. Dah la tu, ada lawan bola pulak malam tadi.
. Tak ingat pulak aku pasukan mana yang lawan(aku tak minat tengok bola, nak main boleh la). Dan nak tak nak, terpaksa lah aku makan jugak kat situ. So, nak di pendekkan cerita. Kitorang order makanan, sambil sembang-sembang.Dan masa tengah makan tu, aku sempat jugak melihat keadaan sekeliling(ayat nak skema~)
.
Aku perasan ada satu pasangan husband and wife ni, pastu siap bawak anak sorang lagi....
Sang suami = muka excited tengok bola
Sang isteri = muka bosan dan pasrah(senyum bila sang suami dia pandang)
Sang anak =
(sumpah muka bosan!)
So,ini la pesan aku kat kaum bapa di luar sana.Tak kira la anda minat apa sekali pun, cuma.... tolong la faham jugak perasaan orang anak bini anda. Dah tengah malam, kenapa la di bawak nye keluar.... Ok la, mungkin ada yang cakap 'kami nak kongsi hobi kami dengan orang yang tersayang", atau "suka ati aku la, bukan aku bawak bini hang pun!"
. Ok, itu hak anda. Tapi kan lebih elok kira nya kalau pukul 12.35 pagi itu anda sedang duduk di rumah dan buat apa yang patut! Lebih bagus kalau anda sembahyang sunat dan doa mintak Tuhan selamatkan keluarga kamu dunia akhirat.
Kot ye pun minat tengok bola, jangan la angkut 'bala tentera' anda sekali. Kesian aku kat diorang...ishh ishhh 
Dan masa aku dah habis makan dan bayar dalam pukul 12.40 macam tu, aku tengok family tu still duduk kat situ lagi. Dalam hati aku "kalau la kita ni memahami hati orang lain~" 
Renung-renung kan sampai termenung~
Monday, April 11, 2011
*Untuk Kamu
Jika kamu merasa kan ini yang terbaik, pergi lah.
Dan selepas pemergian kamu ini, aku tidak akan menunggu.
Kerana aku pasti, ini yang terbaik.
Saturday, April 2, 2011
Kemaafan~ Forgiveness~
perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.
Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.
Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.
Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?
TERIMA KASIH
Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.
Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.
Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.
Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?
Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.
Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?
SELAMAT TINGGAL
Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?
Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.
Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.
Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?
Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.
Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Maafkan sahaja.
Kembalilah bersaudara.
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]
- Artikel iluvislam.com (http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1827-bayaran-sebuah-kemaafan.html)
entah kenapa tiba-tiba aku rajin pulak nak baca artikel kat page iluvislam.com ni. Dulu aku ada gak baca, tapi setakat baca baris-baris yang awal je la. Mungkin aku tengah berdendam kot~ Ye la, recently aku ada bengang kat someone ni. Aku dah siap plan lagi nak pergi serang dia Selasa depan sebab dia tipu aku. Tapi, bila aku dah baca artikel ni, rasa macam ermm...ermm... tak apa lah. Aku maafkan dia. Ye lah, benda dah jadi kan. Cuma bila aku jumpa dia Selasa depan, aku nak tanya kenapa dia tipu aku. Kan memaafkan itu sifat yang mulia. Hope korang pun boleh memaafkan orang lain ok~