pEnGikOt

Tuesday, December 25, 2012

USAHAWAN - soon

Salam selasa korang. Ni aku nak promo sikit. Mulai bulan depan. Aku dan bos aku akan mulakan TAHUN KEUSAHAWANAN. Jadi kami akan menjual beberapa barang yang trending dan sihat untuk korang semua. Dan psaran kitorang setakat ni masih kecik sebab biasalah.baru nak merangkak. Target pasaran kami dalam sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. TETAPI ada juga marketing yang kami target untuk satu Malaysia terutamanya pada barang2 yang boleh di-POS.




Berikut adalah senarai produk

Monday, December 24, 2012

Kenapa

Salam isnin semua. Wahh.lama tak hapdet blog ni..aishhh.
Biasalah.hjung2 tahun kan..banyak keje nak buat..
Ni aku nak tnya pada orang yang slalu kurang percaya kat aku…

23102012350
saja budak gumuks ni suh aku promo dia dalam blogss...eyyy. UNsenonoh betul tido.hahaha
Kenapa korang tak percaya dan pelik bila aku kata aku ni:

Thursday, December 13, 2012

Kenyataan itu pahit. (pt.2)

sambungan dari Kenyataan itu pahit.(pt.1) 

**sila baca post INI sbelum baca smbungan spaya takde prejudis mahupun kudis.. :P
Pepagi sabtu tu dalam kul 6 pagi aku dengar ada org ketuk pintu bilik aku macam nak robohhhh.


Aku bukak pintu tngok mid ada depan pintu suh bangun smayang subuh.. perghh! bapak awal dia bangun wehh.. aku kat umah bangun kul 6 stgah je..tu pun selalu je bangun dekat2 nak kul 7.hahahah 



Aku pun dah alang2 bangun..siap2 semayang dan ingat leh sambung tido..tapi HAMPA sbab aku jenis ssah nak tido balik lepas bangun... dan masa aku bangun tu.nak keluar bilik.aku teringat si kwan baik aku yang tak balik dari malam tadi tu.. aku pun feeling2 nak kejutkan dia semayang subuh sama. Aku pun bukak pintu bilik dia..aikkk.takde orang.. aishhhh.tak balik ke mamat ni..ke dia da pindah umah lain? Tetiber nak konfius...

Takpe la dalam atey aku..biar aku p joging dlu dan ntah2 balik nanti dia dah ada kat umah kan?

Balik dari joging tu..aku lepak makan..dan terus balik. 

Masa nak balik ke bilik aku tu..aku lalu depan bilik kawan baik aku ni..aku bukak pintu  

Wednesday, December 12, 2012

Aku bukan jenis 'kaki label'



Sundelsss sangat kan ayat chat tu?

Bagi yang tak faham maksud chat tu..ni adalah terjemahan dia dalam bahasa pasar:
“Ko ni gay ke? Kalau ko gay, gua tak nak kawan dengan lu.”

Bagi aku la kan…seyes aku takde masalah dengan sebarang jenis manusia. Dan aku tak faham nape ada lagi orang mcam ni wujud.

Kalau aku tuan FB tu..da lama kena ceramah agama dgan aku. Mmang tak lah aku nak cakap baik2. Ni bukan isu akhlak ye aku nak ketengahkan..tapi isu PERIBADI!

Ok mcam ni la aku nak tanya korang smua. Sape2 yang YAKIN sangat Nabi Muhammad s.a.w akan terima

Tuesday, December 11, 2012

Bahagian korang dan bahagian aku.

Oleh kerana baru2 ni aku post sumthing yang dluar kebiasaan aku..maka ada la komen2 dan gosip2 yang tersebar seantero malaya yang aku ni ada masalah jiwaaa~


Aishhhh..korang ni mende la. Tu pun nak cerca aku kan..but its okhay..aku terima dengan minda dan tangan yang terbuka (takleh buka lebih2.lain jadinya nanti..gitewww)

Ok..meh kita buat benda ni nampak simple. Korang korang dan koranggg (sila tengok kat diri sndiri), mesti ada side diri korang yang korang tak penah tunjuk kat orang lain kan?

Contoh macam korang

Saturday, December 8, 2012

Kenyataan itu pahit (pt.1)

Salam korang...perghhh! lama tak hapdet blog ni.. 

Bukan tak nak hapdet.busy la aku nya punn... minggu lepas g kursus 4 hari - balik dari kursus masuk keje.

Pastu sbuk dengan adik aku yg baru balik cuti sem. nak jenjalan katanya...

Haaa.ni baru free..tu pun tak free sangat.sebab ada lagi 4 series tv aku tak habis donlod..gitewwww

Ok la.dari membebel tak tentu hala kan..meh aku nak crita sikit pasal kes aku baru ni masa p kursus.

Dalam kursus tu..ada 3 negeri yang bergabung tau. Utara - Tengah - Selatan.

Peserta pun tak ramai sangat..ada la dalam 70 orang. Soo.mcam2 manusia la boleh kita tengok dan umpat. *opsss*

Dan macam biasala kan..perempuan la pserta paling ramai. But its okhay..mak tak terjejas pun tau.mak tau..mak lagi DIVA dari diorang smua.. *ko mampu nak konfiden mcam aku?*

Ok..nak dipendekkan cerita..ada la sorang hamba Allah ni. Nak kata kenal lama tu.tak la jugak..nak kata kenal masa trening tu..ermm..tak jugak.sebab aku kenal dia dari sebelum trening lagi.

Monday, November 26, 2012

Video Terbaru aku

Korang!!! Ni ada entry baru! 

ehh.mestilah ada kalau aku da publish kan?

ko merepek apa ni seytannnnn!

Ok.back to the topik..aku ada masuk petandingan buat video untuk u-Pustaka.

So..korang rajin2kan la diri LIKE dan tengok video tu ye..yang penting ada muka aku tau.. MAMPUUUU?
hahahaha! 

biasalakannn amatur mcam aku dan kawan2 aku...takde la gempak mana..tapi boleh laa dari takde kan... ok.sampai sini je hapdet aku kali ni. Sebab aku sbuk nak mengemas dan balik dah ni.hahahhaa


Daaaaaaa! 

Friday, November 23, 2012

Tazkirah Jumaat



Hati ibarat permata atau jauhar. Sekiranya elok dan bersih hati seseorang anak adam itu maka eloklah seluruh anggotanya.
 Jika buruk hati seseorang anak adam itu maka rosaklah seluruh anggotanya.

Hati ibarat raja yang memerintah anggota-anggota lain didalam badan. Anggota-anggota ini termasuklah tangan, mata,telinga diibaratkan sebagai tenteranya.

Perbuatan seseorang itu bergantung kepada hatinya. 
Sekiranya hati itu menyuruh ke jalan kebaikan,
 maka anggota itu akan bertindak ke arah kebaikan. 
Begitu juga sebaliknya.

Maka, perbaikilah hati. 
Sentiasalah dekatkan hati dengan Al-Quran dan solat. 
Semoga hati itu mudah menerima teguran apabila silap, 
sentiasa bahagia apabila terjaga dan sentiasa hidup walaupun terlena. 


Renung-renungkanlah~

Tuesday, November 20, 2012

Huhhhh!

angry smiley icon full color rack card
Ko datang taknak bagitau...lepas tu aku rehat ko sebuk nak kacau.

Lantak pegi aku nak layan.

Nak feeling sentap ke apa..tu masalah ko.
Sentap aku nak simpan dalam poket ke? 

huhhhh!

Ko nak datang ke tak nak datang lepas ni aku tak nak amik tau
Yang aku tau line itenet ni mesti ok dalam masa 3 hari.

Kbaiiii




p/s: still rasa lapar sebab makan tadi tak puas. cissss!

Saturday, November 17, 2012

Kifarah dosa aku.

Hari ni demam. Ekceli malam semalam dah mula rasa aura2 demam tu..tapi pagi tadi memang terasa habis demam + selesema. Pakej katanya...


ubat aku petang tadi.

Tapi Alhamdulillah - sebab aku terima sakit aku ni sebagai kifarah. Ye lah..dosa betimbun kan,..so sakit sikit2 ni dapat la tebus dosa tu.

Bila sakit macam ni teringat pula kat sumone - but honestly aku ada quiet blurring bout the person.

Yang aku ingat..dulu kalau aku demam - dia akan larang sekeras2 nya dari makan panadol. Dia akan cuba cari air kelapa atau dia akan suruh aku tido sampai aku rasa lega. But whos that? Kind a weird kan bila kita tau orang tu wujud..tapi kita tak berapa nak ingat sapa dia. Its okhay..since aku pun da lama 'single' - soo.takde efek pape pun orang tu still wujud atau tak. Ohhh.there is no 'tak kenang budi' - 'lupa daratan' or watsoever pun. Juz nak cakap..there must be a reason behind everything kan.. 

And you know what..aku still ingat ada satu hari tu..rasanya aku still in Perlis kot. Aku demam.and dia dah cari air kelapa untuk aku..but aku still rasa mcam lambat nak lega. Soo.masa dia pegi ke mana ntah, aku suh kawan aku keluar dan beli air 100 plus dan panadol. Tapi lepas kawan aku kelura, tetiber dia muncul dan tak lama macam tu kawan aku yang beli panadol dan air 100 plus tu pun balik. (masa tu kedai dekat dengan umah - jalan kaki 5 minit smpai dah)

Yang bodo nye..kawan aku tu dengan selamba badak dia bagi air 100 plus dan panadol tu kat aku... ayoooo.very the saspen okhay muka aku masa tu. Yang dia plak pandang aku macam aku ni baru balik dari bunuh semua orang kat Kangar.

Lepas je kawan aku tu masuk bilik..si dia tu pun amik plastik yang berisi panadol dan air 100 plus tu dan tengok. Dia tak tanya apa pun..dia terus amik panadol tu dan baling kat dinding. *sangat takot tengok dia mrah masa tu*

Ermmm.tu je la kot yang aku ingat pasal dia. But...sape dia? Takpe la..aku dapat advice dari sorang makhluk Allah ni. Dia kata "bukan semua perkara kita perlu tahu dan ambil tahu" - dan oleh kerana aku percaya sangat akan makhluk Allah tu..aku pun malas nak pk banyak2. 

Pape pun..million thanks to that person yang very kind untuk amik berat pasal aku. Maybe jodoh kita tak panjang dan aku percaya - jika kita ada takdir untuk bertemu, kita pasti ada takdir untuk berpisah. Dan kalau ko adalah salah sorang yang baca post ni..aku mintak maap dan mintak halal untuk semua nya spanjang kita berkawan. Juz nak bagitau.segala perasaan marah - suka - sedih tak kekal dalam dunia ni. Pastikan idup ko penuh dengan benda yang berguna untuk diri sndri dan masyarakat. And please do contact me in any way you know. Aku tunggu tau.... 

Sekian.