Salam Jumaat semua. Nampaknya pejam
celik pejam celik kita dah masuk bulan Rejab kan… marilah kita semua berdoa
supaya kita dipanjangkan umur agar dapat bertemu Ramadhan. Amin….
Syukur sangat atas nikmat Allah.
Baru-baru ni aku bercuti selama 5 hari (kira seminggu hai bekerja). Saja nak
tenangkan diri dan menguruskan sedikit hal peribadi. Alhamdulillah semua dah
selesai. Sekarang ni aku akan focus kepada apa yang penting dan kenangan2 yang
dulu, biarlah jadi sejarah. Dan nampaknya makin banyak perkara yang perlu
difikirkan dan dibuat untuk ak bertukar kerja. Apa2 pun just harap semua
dipermudahkan.
Aku ada pergi Johor masa aku
bercuti. Naik bas je… tak larat nak drive jauh2.sorang2 plak tu… kalau ada
kawan takpe jugak kan… so, macam biasa.kena amik bas di terminal BTS (bndar
tasik selatan). Oklah.pada yang ada angan2 nak becuti di selatan tanah air
macam Melaka or Johor. ni ada panduan nak amik tiket bas.dan cara ke terminal
bas.
Kalau korang naik KTM, korang boleh
amik KTM yang terdekat dengan umah korang dan beli tiket KTM terus ke Stesen
BTS. Dan lagi satu..kalau KTM yang korang amik tu dalam laluan Seremban-
Rawang, tak perlu tukar tren sebab dia memang akan lalu di stesen BTS, tapi
kalau korang dalam laluan Klang atau selain dari laluan Seremban – Rawang,
soo.korang kenalah tukar tren. Cara2 dia? Jangan malu jangan segan.tanya je kat
abg atau akak yang jaga kaunter tiket tu. BTW, korang jugak boleh naik LRT,
Cuma aku tak tau macam mana. SIla tujuk pada yang pakar.hahahah
Kalau dah sampai stesen BTS, korang
kena jalan kira2 dalam 500 meter untuk ke terminal.dan korang akan terus masuk
ke lobi utama. Kat situ korang akan nampak banyak kaunter tiket dan pilihlah
kaunter tiket bas yang korang nak naik ye. Kaunter tiket bas dia bukak sampai
pukul 11 lebih malam ye. So,jangan risau kalau korang nak beli tiket last
minit. cuma jangan amalkan beli tiket bas last minit di musim perayaan atau
musim cuti sekolah sebab takut tiket habis. Korang jugak boleh beli tiket
online dan pastikan korang ada akaun debit/kredit ye.
Pada yang dah beli tiket secara
manual..sebelum korang nak turun ke balai pelepasan, korang kena tukar tiket
korang dengan pas naik bas di kaunter tiket bas yang korang beli. So, nanti dia
akan amik tiket korang dan bagi mcam pas dank orang kena tunjuk kat abg polis
yang jaga di tempat trun ke balai pelepasan tu. Dan sebelum korang nak turun ke
balai pelepasan tu, rajin2 kan lah tengok pada papan eletronik jadual prjalanan
bas. Alaaa.yang mcam kat airport tu,…haaa.mana la nak tau kan kot2 korang punya
bas delayed ke….
korang bleh tgok masa bas korang gerak pkul brapa. |
Haaa..pada yang naik bas malam,
jangan takot kalau korang trlupa nak bawak sebarang bekalan mkanan utk mncekik
dlam bas. Sebab kat terminal tu ada 7-eleven ye. Dan mesin ATM pulak ada bank
CIMB dan AM Bank.Parking agak senang jugak sebab dia punya parking lot besar... dan tu sajalah yang aku boleh bagitau. Kalau korang nak tahu lebih lagi, leh Google sendiri.hahahah....
p/s: naik bas best.leh cuci mata sambil menjimatkan duit minyak :)