Minnie aku tak sehat.dah 3 hari
dia tak makan apa pun… dia minum dan tido je…risau sangat2… Pagi rabu lepas aku bawak
dia pegi Klinik Veterinar KKB, orang tu cakap mungkin dia ada cacing dalam
perut dia dan dia bagi ubat kaler coklat(tatau nama ubat) dan ubat kurap sebab
kat telinga Minnie macam ada kurap siket.
Alhamdulillah..layanan staff
klinik veterinar tu sangat mesra dan
baik… Dia bagi bekal vitamin,ubat sapu telinga Minnie dan ubat cirit-birit.
Balik klinik Minnie masih monyok dan tak nak makan.dia minum je…. Harap Minnie
cepat sembuh dan boleh makan banyak2 ikan macam biasa..huhuhu.
Owhhh.ya..sape yang nak pegi
klinik veterinar kerajaan..ini adalah waktu operasi klinik:
Waktu operasi dan periksa haiwan: 8.00 am – 12.00 pm
(petang dia tak bukak sebab diorang keje
luar)
Tutup: Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Pastu balik dari klinik haiwan..aku pergi SMK Sg. Choh sebab nak
daftarkan adik aku tingkatan 6. Ya hampoon…layanan cekgu dia sangat baik dan 1st
class baq ang… Seyes cikgu dia ramah dan mesra rakyat..sampai aku rasa macam
nak masuk sekolah balik je.hahahah
Nampaknya adik aku terpaksa balik umah minggu esok sebab minggu depan
dia nak masuk tingkatan 6 dah. So,rasanya esok mak aku kena amik dia kat
kem PLKN Temerloh Pahang. Dia kena tangguh dulu National Service dialah
nampaknya kan….