pEnGikOt

Tuesday, January 25, 2011

'Anak Zaman iT'


Bulan Januari dah nak habis. Kerja macam tu jugak. Jumaat ni CNY kan? So, cuti la... heheheJustify Full

Xde plan apa pun untuk CNY ni, nak bercuti? ermm...xkot sebab one of my BFF kawin. Lagipun sabtu aku keje.



Ehh,rileks. Aku bukan nak tulis pasal plan aku nak p kenduri kahwin nanti, tapi masalah budak2 zaman sekarang. Bukan apa, aku kan keje dalam bidang IT, so banyak la aku tengok budak2 salah guna kelebihan intenet ni. Salah satu nya tadi. Masa aku masuk ofis ada la budak ni bukak lagu pe ntah. Agak rancak la lagu dia. Aku pun biar la...dan sesekali aku jeling2 gak tengok. Pastu lama ak perhati, baru aku perasan dia tengok salah satu klip video artis mana ntah. Orang putih la kira nya. Dan kalau sebut video klip orang putih korang pun dah dapat bayang kan apa dia punya ciri2 utama dalam video tu kan? Bukan apa, masalahnya budak tu baru 10 tahun dan tengok benda2 macam tu. Xsyok la kan.... dan budak tu plak macam biasa je tengok2 benda camni.


Tu la dia budak zaman sekarang. Macam2 diorang belajar dari internet. Walaupun baru 10 tahun, tapi dah pandai tengok benda2 'the thing we dont speak of''.... Owhhhh~ Mereka dewasa sebelum usia nya.




Agak2 masa hadapan macam mana la kan? Lagi advance budak2 dia kot.... Bukan la aku kata xbagus budak2 zaman sekarang celik iT, cuma.... ia perlu pemantauan dari parents(thats my point!).






p/s: saya bangga saya bukan duduk di bandar besar!

Sunday, January 23, 2011

Blog Yang Kaya

Rasa nya dah lama aku tak update blog ni kan? Ciss...ayat tak boleh blah! Macam la aku selalu update blog ni...hahaha!!!! Nampaknya ramai jugak yang 'blog walking' kat sini. Thanks semua yang sudi mengunjungi blog aku(kalau jadi followers lagi bagus!)....hehehe


Bukan apa, sebab lately kind a busy dengan work things. Every weekend ada kelas Intel Learn Program (ILP). Pastu cuti Rabu dan Khamis ada kelas driving. Isnin dan selasa pulak ada kerja yang bermacam-macam sehingga tak ada idea dan masa untuk menulis blog. Ini masa ak tengah tulis post ni, kelas ILP still running kat dalam dewan tu. Kira nya aku ni bajet busy la senang cter..hahaha!!!!


Aku ter'gerak' nak meng'update' blog ni pun sebab tadi ak baca dalam paper tadi bloggers leh untung JUTA dalam setahun. WAHHHH!!!! Kaya nya la bloggers tu(bujang lagi x?).. ngeeheheheh :p Xsangka kan leh untung juta2 dengan hanya blog je. Ishh, ak nak bisnes pe dalam blog aku ni?(nak untung juta2 gak!)....


Kidding la. Aku minat dalam bisnes ni, cuma MALAS! Itu lah penyakit aku yang paling kronik skali. Lagi pun malas nak pk nak bisnes pe.... Pastu segala nya jauh dari tempat tinggal aku ni. Aku bukan la duk pedalaman sangat, cuma tempat aku ni xberapa nak maju dan kemudahan pun terhad. Tesco pun 10 KM dari umah aku tau! Ini pulak nak bisnes yang best2.... Xpe la, lagi pun ak terfikir jugak, macam mana la ak akan jadi kalau aku dah kaya kan? Adakah aku masih sama mcam sekarang atau... Hermmm.... sedang kan pantai pun berubah, ini pulak manusia kan....


Xpe la, aku tumpang bahagia je la pada usahawan2 yang dah berjaya tu. Sedikit sebanyak, ekonomi pun naik jugakkan? Aku? Ermm..biar la aku fokus kat kerjaya dan ekonomi aku dulu. hahaha.~