pEnGikOt

Monday, December 31, 2012

Hubungi saya untuk memesan produk.

Salam semua.

Terima kasih pada yang dah order pada aku. Dan terima kasih jugak sebab sudi jenguk blog ni.

Oklah.pada yang tegur aku tu sebab aku tak letak contact no…amatlah aku hargai ye. muuaahhhxxx sikittt~

Ehhh,jap.pada sesiapa yang tak tau aku jual mende..sila masuk ke link berikut:

1) Kek moist coklat

2) Rumpai laut asli!

Dan pada yang berminat nak membuat pesanan. Korang boleh contact aku dengan 4 cara!

Cara pertama:

hantar mesej ke FB aku ---> Bukhari Zainal . Kalau tak nak add.takpe..atau korang komen je di ruangan bawah ni.kan boleh komen guna FB kan?

Cara kedua:

Sila komen kat bawah ni bagi yang takde fb tu. Dan tinggalkan emel atau no.fon korang.nanti aku akan sms/call korang untuk tnya bnda yang korang nak beli.

Cara ketiga:

emel aku kat –> biziawan@yahoo.com – emel ni aktif saya akan balas ASAP!

Cara keempat:

contact phone aku ---> 012 334 7594 – amat digalakkan anda smua sms sahaja.sbab takot kalau call.aku tgah meeting ke.tengah bwt keje ke kannn..ganggu la nantii… wahhhhh :p

Is this how we treat our women?

She was a student.
She was 23.
Her fault some people say because she boarded the wrong bus!
And oh yeah, SHE WAS A GIRL!
Six men raped her one by one and then used an iron rod to tear her
vagina!!!! Small intestine and large intestine came out!
They left her to die on the road,
Naked,
Wounded,
Exposed,
Devastated!
What’s more is that no one

Friday, December 28, 2012

Rumpai Laut MURAH!

ok semua..ni adalah barang yang CONFIRM ada jugak.
Harga adalah seperti berikut.

Gred AA =  RM 15.00/100gram
Gred AAA = RM 20.00/ 100gram.

**bagi pembelian 2kg ke atas..harga akan diberi diskaun :)
***harga tidak termasuk kos pengeposan
Saya akan hantar sekitar Selayang (Tesco Extra/ Stadium), Shah Alam (Seksyen 13 – Giant), Batang Kali, Tanjung Malim, Kuala Kubu dan Rawang. Kos penghantaran adalah 3 ringgit sahaja!
Kalau tempat lain tu maaf la ye..kena guna POS LAJU jugak la jawabnye.huhuhu

Satu pek itu, anda boleh guna 3 MINGGU! (bergantung pada cara penggunaan)

Tiada minimum order!

Oklah.bagi yang tak pernah dengar pasal rumpai laut ni, meh sini nak citer kegunaan dia:

Wednesday, December 26, 2012

Kek coklat - apam kukus - menu kenduri

Salam korang..semalam aku ada citer pasal nak buat TAHUN USAHAWAN kan mulai bulan depan? 

Sooo.bawah ni adalah senarai beberapa produk yang CONFIRM akan berada di pasaran (wahhh.ayat nak gempak).

Kek coklat tanpa hiasan – RM 30.00 (1.2kg)

Kuih apam Serendah – RM 0.40 sebijik (order atas 100 biji RM 0.35)

Menu untuk majlis kecil2an – RM xxxx (harga berdasarkan menu pilihan anda)
-sila bagi senarai maknan dan kami akan kirakan untuk anda


Saya akan hantar sekitar Batang Kali dan Rawang. Kos penghantaran adalah 3 ringgit sahaja!

Tuesday, December 25, 2012

USAHAWAN - soon

Salam selasa korang. Ni aku nak promo sikit. Mulai bulan depan. Aku dan bos aku akan mulakan TAHUN KEUSAHAWANAN. Jadi kami akan menjual beberapa barang yang trending dan sihat untuk korang semua. Dan psaran kitorang setakat ni masih kecik sebab biasalah.baru nak merangkak. Target pasaran kami dalam sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. TETAPI ada juga marketing yang kami target untuk satu Malaysia terutamanya pada barang2 yang boleh di-POS.




Berikut adalah senarai produk

Monday, December 24, 2012

Kenapa

Salam isnin semua. Wahh.lama tak hapdet blog ni..aishhh.
Biasalah.hjung2 tahun kan..banyak keje nak buat..
Ni aku nak tnya pada orang yang slalu kurang percaya kat aku…

23102012350
saja budak gumuks ni suh aku promo dia dalam blogss...eyyy. UNsenonoh betul tido.hahaha
Kenapa korang tak percaya dan pelik bila aku kata aku ni:

Thursday, December 13, 2012

Kenyataan itu pahit. (pt.2)

sambungan dari Kenyataan itu pahit.(pt.1) 

**sila baca post INI sbelum baca smbungan spaya takde prejudis mahupun kudis.. :P
Pepagi sabtu tu dalam kul 6 pagi aku dengar ada org ketuk pintu bilik aku macam nak robohhhh.


Aku bukak pintu tngok mid ada depan pintu suh bangun smayang subuh.. perghh! bapak awal dia bangun wehh.. aku kat umah bangun kul 6 stgah je..tu pun selalu je bangun dekat2 nak kul 7.hahahah 



Aku pun dah alang2 bangun..siap2 semayang dan ingat leh sambung tido..tapi HAMPA sbab aku jenis ssah nak tido balik lepas bangun... dan masa aku bangun tu.nak keluar bilik.aku teringat si kwan baik aku yang tak balik dari malam tadi tu.. aku pun feeling2 nak kejutkan dia semayang subuh sama. Aku pun bukak pintu bilik dia..aikkk.takde orang.. aishhhh.tak balik ke mamat ni..ke dia da pindah umah lain? Tetiber nak konfius...

Takpe la dalam atey aku..biar aku p joging dlu dan ntah2 balik nanti dia dah ada kat umah kan?

Balik dari joging tu..aku lepak makan..dan terus balik. 

Masa nak balik ke bilik aku tu..aku lalu depan bilik kawan baik aku ni..aku bukak pintu  

Wednesday, December 12, 2012

Aku bukan jenis 'kaki label'



Sundelsss sangat kan ayat chat tu?

Bagi yang tak faham maksud chat tu..ni adalah terjemahan dia dalam bahasa pasar:
“Ko ni gay ke? Kalau ko gay, gua tak nak kawan dengan lu.”

Bagi aku la kan…seyes aku takde masalah dengan sebarang jenis manusia. Dan aku tak faham nape ada lagi orang mcam ni wujud.

Kalau aku tuan FB tu..da lama kena ceramah agama dgan aku. Mmang tak lah aku nak cakap baik2. Ni bukan isu akhlak ye aku nak ketengahkan..tapi isu PERIBADI!

Ok mcam ni la aku nak tanya korang smua. Sape2 yang YAKIN sangat Nabi Muhammad s.a.w akan terima

Tuesday, December 11, 2012

Bahagian korang dan bahagian aku.

Oleh kerana baru2 ni aku post sumthing yang dluar kebiasaan aku..maka ada la komen2 dan gosip2 yang tersebar seantero malaya yang aku ni ada masalah jiwaaa~


Aishhhh..korang ni mende la. Tu pun nak cerca aku kan..but its okhay..aku terima dengan minda dan tangan yang terbuka (takleh buka lebih2.lain jadinya nanti..gitewww)

Ok..meh kita buat benda ni nampak simple. Korang korang dan koranggg (sila tengok kat diri sndiri), mesti ada side diri korang yang korang tak penah tunjuk kat orang lain kan?

Contoh macam korang

Saturday, December 8, 2012

Kenyataan itu pahit (pt.1)

Salam korang...perghhh! lama tak hapdet blog ni.. 

Bukan tak nak hapdet.busy la aku nya punn... minggu lepas g kursus 4 hari - balik dari kursus masuk keje.

Pastu sbuk dengan adik aku yg baru balik cuti sem. nak jenjalan katanya...

Haaa.ni baru free..tu pun tak free sangat.sebab ada lagi 4 series tv aku tak habis donlod..gitewwww

Ok la.dari membebel tak tentu hala kan..meh aku nak crita sikit pasal kes aku baru ni masa p kursus.

Dalam kursus tu..ada 3 negeri yang bergabung tau. Utara - Tengah - Selatan.

Peserta pun tak ramai sangat..ada la dalam 70 orang. Soo.mcam2 manusia la boleh kita tengok dan umpat. *opsss*

Dan macam biasala kan..perempuan la pserta paling ramai. But its okhay..mak tak terjejas pun tau.mak tau..mak lagi DIVA dari diorang smua.. *ko mampu nak konfiden mcam aku?*

Ok..nak dipendekkan cerita..ada la sorang hamba Allah ni. Nak kata kenal lama tu.tak la jugak..nak kata kenal masa trening tu..ermm..tak jugak.sebab aku kenal dia dari sebelum trening lagi.

Monday, November 26, 2012

Video Terbaru aku

Korang!!! Ni ada entry baru! 

ehh.mestilah ada kalau aku da publish kan?

ko merepek apa ni seytannnnn!

Ok.back to the topik..aku ada masuk petandingan buat video untuk u-Pustaka.

So..korang rajin2kan la diri LIKE dan tengok video tu ye..yang penting ada muka aku tau.. MAMPUUUU?
hahahaha! 

biasalakannn amatur mcam aku dan kawan2 aku...takde la gempak mana..tapi boleh laa dari takde kan... ok.sampai sini je hapdet aku kali ni. Sebab aku sbuk nak mengemas dan balik dah ni.hahahhaa


Daaaaaaa! 

Friday, November 23, 2012

Tazkirah Jumaat



Hati ibarat permata atau jauhar. Sekiranya elok dan bersih hati seseorang anak adam itu maka eloklah seluruh anggotanya.
 Jika buruk hati seseorang anak adam itu maka rosaklah seluruh anggotanya.

Hati ibarat raja yang memerintah anggota-anggota lain didalam badan. Anggota-anggota ini termasuklah tangan, mata,telinga diibaratkan sebagai tenteranya.

Perbuatan seseorang itu bergantung kepada hatinya. 
Sekiranya hati itu menyuruh ke jalan kebaikan,
 maka anggota itu akan bertindak ke arah kebaikan. 
Begitu juga sebaliknya.

Maka, perbaikilah hati. 
Sentiasalah dekatkan hati dengan Al-Quran dan solat. 
Semoga hati itu mudah menerima teguran apabila silap, 
sentiasa bahagia apabila terjaga dan sentiasa hidup walaupun terlena. 


Renung-renungkanlah~

Tuesday, November 20, 2012

Huhhhh!

angry smiley icon full color rack card
Ko datang taknak bagitau...lepas tu aku rehat ko sebuk nak kacau.

Lantak pegi aku nak layan.

Nak feeling sentap ke apa..tu masalah ko.
Sentap aku nak simpan dalam poket ke? 

huhhhh!

Ko nak datang ke tak nak datang lepas ni aku tak nak amik tau
Yang aku tau line itenet ni mesti ok dalam masa 3 hari.

Kbaiiii




p/s: still rasa lapar sebab makan tadi tak puas. cissss!

Saturday, November 17, 2012

Kifarah dosa aku.

Hari ni demam. Ekceli malam semalam dah mula rasa aura2 demam tu..tapi pagi tadi memang terasa habis demam + selesema. Pakej katanya...


ubat aku petang tadi.

Tapi Alhamdulillah - sebab aku terima sakit aku ni sebagai kifarah. Ye lah..dosa betimbun kan,..so sakit sikit2 ni dapat la tebus dosa tu.

Bila sakit macam ni teringat pula kat sumone - but honestly aku ada quiet blurring bout the person.

Yang aku ingat..dulu kalau aku demam - dia akan larang sekeras2 nya dari makan panadol. Dia akan cuba cari air kelapa atau dia akan suruh aku tido sampai aku rasa lega. But whos that? Kind a weird kan bila kita tau orang tu wujud..tapi kita tak berapa nak ingat sapa dia. Its okhay..since aku pun da lama 'single' - soo.takde efek pape pun orang tu still wujud atau tak. Ohhh.there is no 'tak kenang budi' - 'lupa daratan' or watsoever pun. Juz nak cakap..there must be a reason behind everything kan.. 

And you know what..aku still ingat ada satu hari tu..rasanya aku still in Perlis kot. Aku demam.and dia dah cari air kelapa untuk aku..but aku still rasa mcam lambat nak lega. Soo.masa dia pegi ke mana ntah, aku suh kawan aku keluar dan beli air 100 plus dan panadol. Tapi lepas kawan aku kelura, tetiber dia muncul dan tak lama macam tu kawan aku yang beli panadol dan air 100 plus tu pun balik. (masa tu kedai dekat dengan umah - jalan kaki 5 minit smpai dah)

Yang bodo nye..kawan aku tu dengan selamba badak dia bagi air 100 plus dan panadol tu kat aku... ayoooo.very the saspen okhay muka aku masa tu. Yang dia plak pandang aku macam aku ni baru balik dari bunuh semua orang kat Kangar.

Lepas je kawan aku tu masuk bilik..si dia tu pun amik plastik yang berisi panadol dan air 100 plus tu dan tengok. Dia tak tanya apa pun..dia terus amik panadol tu dan baling kat dinding. *sangat takot tengok dia mrah masa tu*

Ermmm.tu je la kot yang aku ingat pasal dia. But...sape dia? Takpe la..aku dapat advice dari sorang makhluk Allah ni. Dia kata "bukan semua perkara kita perlu tahu dan ambil tahu" - dan oleh kerana aku percaya sangat akan makhluk Allah tu..aku pun malas nak pk banyak2. 

Pape pun..million thanks to that person yang very kind untuk amik berat pasal aku. Maybe jodoh kita tak panjang dan aku percaya - jika kita ada takdir untuk bertemu, kita pasti ada takdir untuk berpisah. Dan kalau ko adalah salah sorang yang baca post ni..aku mintak maap dan mintak halal untuk semua nya spanjang kita berkawan. Juz nak bagitau.segala perasaan marah - suka - sedih tak kekal dalam dunia ni. Pastikan idup ko penuh dengan benda yang berguna untuk diri sndri dan masyarakat. And please do contact me in any way you know. Aku tunggu tau.... 

Sekian.

Thursday, November 15, 2012

Tahun Baru yang Marah

Selamat Tahun baru a.k.a Salam Maal Hijrah semua!


Alhamdulillah kita semua masih idup dan dikurniakan rezeki lagi sehinga hari ni.

Korang apa kaba? 

Ok.tak yah jawab..harus masih sihat.dan kalau ada sakit pun takde la sampai teruk kan coz korang leh je baca blog aku ni..gitewwww~


Aku cuti 4 hari...sampai esok. Soo.cuti ni harus digunakan sebaik mungkin.

Hari ni takde mende sangat aktivit aku..cuma aktiviti aku bermula dari pagi tadi sampai ke petang.

Pagi tadi aku teman kakak aku pegi sevis kete. Kat Rawang je..sebab situ salah satu pusat sevis Proton yang sah. Harusla nyehh pegi pusat sevis Proton yang sah. Kang pegi bengkel ntah mana2..kalau pape jadi takleh claim warranty okhay.

Agak lama la dia sevis kete tu sebab mekanik tu buat balancing + tukar getah cermin + ejas brek +++. Aku kira dalam 2 jam gak la. Tpi dekat situ tmpat menunggu dia ada ekon dan ada movie pe ntah dia pasang..pastu wifi pun laju...soo.agak kurang la rasa bosan tu. heheheh

Lepas balik dari sevis kete..aku dengan kakak aku jalan2 kat Tesco. Bukan nak beli apa pun.jalan2 cari pasal je..sebab kakak aku nak cari meja baca..tapi yang jenis kecik punya... dapat jumpa..tpi aku lupa nak candid...nanti la ye aku updet lain.

Lepas beli meja tu dan beberapa barang lain..aku dan kakak aku pun pegi beli mnuman wajib kitorang setiap kali pegi Tesco. jeng jeng jeng...Coolblog!

Feveret aku adlah ccokolat blog! Sedap nyehhh!

ni adalah chocolate blog! nyaman betul minum di tengah hari. 
Tapi satu je yang aku tak puas atey. Layanan staff dia memang mintak cerca! Ayooo..very the DIVA okhay muka dia. Macam aku dgan kakak aku nak mintak air free! Seyes aku bengang..memang aku nak hamun la kat situ gak. Tapi sebab kakak aku kata tak nak kecoh2..aku pun diamkan je.

Korang imejin ea...aku dengan kakak aku pegi kaunter..yang aku nampak ada 3 staff. Dan sorang tengah buat air - sorang tengah duk kat cashier dan sorang lagi buat mende ntah. Aku segan nak oder sebab situ semua pelacur BETINA, soo.aku pun suh kakak aku oder kan.

kakak aku pulun bediri depan kaunter dan semua staff situ buat macam kitorang ni tak wujud. Pastu kakak aku pun pegi dekat orang tu dan cakap nak oder..skali dengan muka ala2 pelacor jalanan..betina tu leh jwab.. "pegi sebelah sana oder.sini bayar je *dgan nada kekwat*' - Ayooo.ko ni pe msalah bangkai oiii?! Takyah nak bajet diva sangat setakat keje kiosk air dan mekap muka macam pelacor!

Kakak aku pun jalan ke bhgian tepi sikit tu..dan still bediri depan tu macam tunggul. Tak lama macam tu baru sorang betina tu perasan dan kakak aku pun oder pe yang dia nak.

Aku masa tu tengah duk tweet dan mesej dgan kawan aku..soo.aku tak perasan la pelacor2 air tu buat perngai hanjeng tu...lepas dah aku bayar air tu baru kakak aku citer yang 3 ekor pelacor tu buat hal..! HUHHHHH!

Keje kuli bodo kat kiosk air tu..dan memang aku tau setakat aku dan kakak aku boikot korang takkan rugi apa..tapi jaga baikla korang ye sebab aku akan buat korang bertiga kenal dengan muka aku... Korang dah buat hal dengan salah orang la bangkai!


p/s: tak suka dengan ayat dalam post ni? ADA AKU KESAH?!


Wednesday, November 14, 2012

Istanbul Aku Datang Preview (jalan2 sekali)

Hai korang…! Amacam cuti? Best? Ehhh.korang dah mula keje? Ayooo..kesiannya *baca dengan padan mukanya*


Hahahahhah

muka eksited lepas tgok citer ni~
Aku cuti lagi..sampai jumaat tau.. hari ni aku nak feeling Melayu tulen tau..aku dan kakak aku tengok citer melayu kat wayang. Tajuk dia “Istanbul aku datang”

Cerita dia agak best la.berbaloi la dengan harga tiket 9 henget tu. Dipendekkan cerita..movie tu pasal Dian yang konon2 awek inesen yang sangup ke Instanbul dan amik short course kat sana semata2 untuk duk rapat dengan BF dia nama faruk. Lepas tu sampai kat sana macam2 la dugaan dia dengan BF yang feeling2 busy (BF dia amik doc nyehh.mampuuu?). lepas tu dia kena tipu dalam cari umah sewa kat sana. Sebab kena tipu ialah umah yang dia sewa

Tuesday, November 13, 2012

Peneman Tido yang Baru

Seronok bercuti kan!


Wahhh.seronok cuti tau.bangun pun pukul 11 pagi tadi (lepas semayang subuh aku tido balik okhay)

Aku nak bagitau..yang aku dah ada peneman tido yang baru - hiksss!

Ayoooo.pehal smua buat muka pelik ni?? Haaa.jangan pk notii notiii.coiiiii

Peneman tido aku adalah kecikkkk! hehehe

Kecik ni adalah meow kaler oren yang kecik - aku nak pangil dia oren.tpi meow kat umah aku dah ada yang nama oren..soo.tpaksa pangil dia kecik. Agi pun dia la yang paling kecik dalam umah tu.huhuhu

Petang tadi tau la.ujan lebat - pastu tv plak Astro takde line..membuta je la keje aku. Masa aku tengah tido tu..tetiber aku perasan ada benda bulu2 kat belakang aku.. ingatkan menatang pe.tekejut vavii aku tau.. terbang smangat dan ilang terus ngantok aku... Bila aku kalih..tengok ada kecik tengah tido sbelah aku...aishhh~
nampak tak betapa keciknye dia dgan lengan aku...aishhhhh



Sebelum ni meow aku yang minie tu tak penah pun naik katil aku atau tido sebelah aku..kalau dia masuk bilik pun cuma duk gesel2 kat badan aku.pastu dia turun bwah tido atas sejadah atau tido atas tilam adik aku.. si kecik ni je yang manja lebey tido sebelah aku..dah la tido katil aku.pastu dia panjangkan badan dia..habis aku rasa macam sempit..

Nak buat tak tau,.kang dibuatnye aku himpit kecik.tak pasal arwah plak. Jadi tepaksa la aku tido hujung2 katil dan badan himpit ke dinding..huhuhu

mula tengok2 sebelum membuta sama atas sejadah tu~



Monday, November 12, 2012

Semua berlaku pada tempatnye.

Esok cuti - semalam keje - hari ni pun keje *mula da nak merapu*

Jalan dah mula sesak. Aku pegi Rawang pun dekat nak 30 minit tau. Semua bizi nak balik kampung, shoping dan jalan2. 

Tapi sebelum tu aku nak ucap TAHNIAH kepada kak anum a.k.a Mahanum sebab bejaya buat kenduri kawen semalam. Very the enak okhay makanan dia... tapi tak tambah sebab nak jaga perut..gitewww


Sernok jugak sebab dpat jmpa kawan pjk yang lain dan sembang2. Tapi macam kekurangan sorang.. YES! Its my lovely M - sebab dia ke Melaka katanya.ada kenduri juge...aishhh.~ 

balik kenduri je terus pengsan kejap..huhu. penat okhay..dengan panasnye cuaca hari tu..fuhhhh!

Tapi dalam sronok tu..ada gak sedey.. Kete kesayangan aku kena calar. Tak tau la dengan sape. Aku balik kenduri je, kakak aku bagitau yang bumper depan kete aku kena calar. Ada budak gores dan menang nama dia kat situ. Panjang plak tu tau~
dia nak aku junjung nama dia kemana pun aku pegi... aishhhh

Aishhh.skang ni dah la tayar nak kena tukar, pastu KM plak dah menghampiri servis. Ni nak kena polish kete. Tu pun kalau lepas polish leh ilang...kalau tak boleh? Kena cat baru lah nampaknya... uwaaaaa!

Tapi takpe..aku ingat pesan seseorang tu. "dalam rezeki kita, terselit jugak rezeki orang lain sikit" - Soo.aku nampak dah la rezeki sape tu.harus kedai cat kereta kannnn. 

Dan lebih menambahkan kesedihan aku..meow aku ilang sekor.. ayoooo! malam tdi aku trkenang je meow tu. Nama dia bubu. Kalau korang baca post ni "Kucing Percuma", bubu tu meow yang warna kelabu tu. Skang ni da ilang tak tau ke mana..aku rasa orang rembat...tapi aku doakan kalau betul dia kena rembat..harap org tu jaga meow tu dengan baik. Aku ikhlas halalkan makan minum meow tu selama ni dan halalkan jugak meow tu untuk orang tu bela. 

Tapi apa pun yang terjadi.aku pasti ada hikmahnye. Dan harap, masalah2 yang berlaku ni akan selesai dan dipermudahkan. Amin.



Saturday, November 10, 2012

FB TuTuP!!!!

FB aku ada masalah. Terpaksa dipadamkan seketika. Nak bukak balik tak tau bila. Nyway, thanks kepada mak cik tu yang sudi layan call aku tengah malam. Sesi heart to heart katanya..gitewww~


You know that feeling of disappointment, like ‘ugh’, when something doesn’t go as you’d hoped/expected. And your shoulders sink down, and you become all ‘mopey’ and ‘sullen’, where your face kind of droops and you slouch, and you suddenly feel tired, and frustrated, like you've lost something that you had expected you were going to get, or that you had really wanted, or been looking forward to. 

Yes, that’s ME!


Dah la.takde mood nak hapdet banyak2 - daaaaa :(


Thursday, November 8, 2012

Kucing Percuma Di Malaysia

Salam malam Jumaat semua.redi besenam dah ke korang? Ehhh?!

Ok.jangan nak melalut sangat. Aku hari ni nak buat khidmat komuniti sikit. Bukan apa.asyik menerima je, sesekali nak jugak jadi pemberi kan…

Ok.for the beginning.aku nak tanya korang…minat dengan haiwan tak? Kucing ke? Anjing ke? Ikan ke? Atau tak kisah binatang apa pun? Ok.kalau korang minat pada binatang dan berminat nak pelihara, ini adalah post yang paling sempurna luar dalam untuk korang.

Biasala kan.nak bela haiwan ni bukan keje mudah,..nak kena ada komitmen tinggi..tapi kalau dah minat..smua tu hal kecik je. Nak dipendekkan cerita..kalau korang nak haiwan dan tak nak pusing satu Malaysia menghabiskan masa untuk cari haiwan yang sesuai dengan korang..korang leh masuk laman web

Thursday, November 1, 2012

Skyfall - Review

mengantok - ini yang aku rasa sekarang

Tapi demi semua pembaca tercinta *cinta ke?*, aku gigihkan diri updet blog ni tau. Punca sebab aku mengantok sangat - malam semalam tido pukul 1 - bangun pagi tadi pukul 7 lebih pagi - teman mak pegi pasar - balik umah, bawak kucen pegi klinik - balik klinik ada janji dengan kawan tengok wayang - balik wayang cari baju dan barang sikit2 - dan lepas asar baru ada rehat.

Malam ni masa aku tengah menaip post ni..aku tengah buat part time. Tapi takpe..rezeki aku btambah InsyaAllah ^__^

Hari ni kebanyakan dari yang korang tahu, Skyfall - James Bond adalah hari pertama tayangan. So, ada beberapa kawan aku yang very the eksited nak tengok, dan aku pun join sekali.

Aku tengok kat Jusco Rawang je,. harga tiket macam biasa lah RM 14.00. 

Bawah ni trailer citer Bond. 


Sedikit review pasal cerita abang Bond ni bagi siapa yang belum tengok.

Permulaan cerita agak gempak, dan dia tunjuk yang kawan bond ni kena tembak dan ada satu hard disk (dalam hard disk tu ada maklumat sulit) kena curik! Pastu abang Bond dan sorang kawan dia pempuan tu kejar. Kat situ jalan cerita makin menarik dan saspen. Dan lepas aksi kejar mengejar - kawan dia ada terbuat silap dengan tembak abang Bond. Lepas tu mula jalan cerita dia mcam mana ada pengkhianat dan abang Bond mati hidup semula.

So far, jalan cerita dia agak panjang (3 jam) - tapi takde la bosan mana dan aksi cintan cintun serta aksi 18sx pun kurang.

Cerita kali ni yang menariknya sebab banyak shooting kat area UK(citer sbelum ni rasa dia banyak shooting kat luar kan? ke aku yang kurg tahu?). Maybe sebab dia meraikan 50 tahun umur francais ni kot. Dan yang paling menarik ada babak di mana abang Bond ni guna kereta Aston Martin dari filem Bond Gold Fingers(kalau aku tak silap nama filem tu) dan pertama kali jugak kereta tu abang Bond guna mesin gan dalam tu.

James Bond “Skyfall” : Aston Martin DB5 - James Bond with the Classic Goldfinger Aston Martin
ni lah kereta yang aku cakap tu.

Jalan cerita dia jugak agak komplikated dan takleh jangka apa yang penjahat dia nak buat. Dan crita kali ni semua berkisar pasal Bond nak selamatkan bos perempuan dia tu yang nama M, sebab ada pengkhianat besar nak bunuh bos dia. Dan takde gajet2 yang canggih sangat pun. Kalau korang nak tengok pen leh meletop, cermin mata leh scan orang luar dalam.. HAMPA sangat.

Errmm..setakat ni je kot aku punya review. Takde idea sangat la nak tulis apa. Pape pun, korang enjoy la cerita Bond tu ye. Selamat menonton.

Tuesday, October 30, 2012

.E.M.O.


aku cuma nak pesan - kalau very the rasa hebat - tolong jangan timbul riak atau bangga!
 
atas sana lagi hebat la derrr!

tak salah nak berkongsi ilmu - tapi ada beza ye antara berkongsi dan menunjuk!

TRUST ME! - ko tak nak cari pasal dengan aku

kang satu family ko aku "sapu"! 


Monday, October 29, 2012

Hilangkan iklan yang tak berguna - Ad-Block

Salam Isnin semua. Kes adik aku curik hari tu nampaknya masih samar2 ala2 jerangkap samar.. tapi takpe,.. aku malas nak pk dan memang itu lah last aku masuk pasaraya tu. 

Ok.tak nak rosakkan mood yang indah dan ceria di pagi Isnin ini..meh aku kongsi ilmu sikit dengan korang.

Aku selalu online guna laptop..sebab apa? Laptop ni besar dan puas tengok. Kalau tab atau fon..ayoooo.very juling mata okhay nak tengok~ Pastu kadang2 taip pun salah2 je.. agi pun fon aku cepat makan bateri.jadi aku sangat jarang on9 guna fon.

Soo.bila aku online guna laptop.. browser/pelayar yang aku slalu gunakan adalah Google Chrome. Soo.baru2 ni aku baru tau yang Chrome ada Ad-block. Slama ni aku tau benda tu ada kat Mozilla je.. Benda ni fgsi dia

Saturday, October 27, 2012

Adik saya bukan PENCURIK! (True Story)

masih terkilan dan sedih dengan kejadian yang berlaku. 

Adik aku telah ditahan di salah satu pasaraya di Rawang kerana dia lalu di salah satu pengesan keselamatan di pasaraya tu dan benda alah tu berbunyik. (ayat penuh utk mnjukkan kesedihan aku)

Citer dia macam ni.. pada suatu hari..sedang adik aku dan aku berjalan2 sambil membeli di sebuah pasaraya di

Friday, October 26, 2012

Raya Haji & Diskaun di PDI Store!!!

Selamat Hari Raya Haji uolsss... very the kenyang dan kembung perut kan raya ni.. makan sana sini dan opkozz ada daging dlam menu.. burppp! (opssss)


Hari ni pe aktiviti korang? Keje? Makan sampai pengsan? atau sibuk bekorban di masjid/surau?

Apa pun aktiviti korang..jaga la diri baik2 ye dan semoga ibadah yang kita lakukan diterima dan diberkati-Nya. Amin :)

Tapi hari ni aku post bukan

Thursday, October 25, 2012

wahai bakal-bakal Jenazah~


Semalam petang kakak aku dikejutkan dengan satu berita kematian suami kawan dia. Innalillah~

Untuk lebih mendramatikkan ceirta ni..dia dan arwah laki dia baru sebulan dapat anak (depa amik anak angkat) - dan baby tu pun masih baru usia sebulan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya dan Dialah penguasa alam. Dan dalam kemeriahan kita nak sambut Aidiladha, jangan lah kita lupakan pada yang telah tiada. Di malam Jumaat yang penuh barakah dan basah(sebab ujan), marilah kita mensedekahkan pada yang telah tiada bacaan ayat suci Al-Quran setakat mana yang mampu. Berikut adalah sedikit ayat-ayat puitis untuk kita semua yang bakal bergelar jenazah. 
Wahai bakal-bakal jenazah,

Tidak sedarkah kita?

Tetapi mengapa kita masih melakukan kemungkaran?
Sedarlah wahai saudara saudari seIslamku,
Jadilah hamba

Wednesday, October 24, 2012

it's Eid - don't forget them....



Be generous towards other people especially at the time of Eid, some people can't afford clothes for their children, can't afford food. Love for them what you love for yourself.

Give them a bit of happiness on Eid- They should celebrate too. Let's do this In sha Allah!

Sunday, October 21, 2012

::my 2 cents::


That is why it is important to let certain things go. 
To release them. To cut loose. 
People need to understand that no one is playing with marked cards; 
sometimes we win and sometimes we lose. 
Don’t expect recognition for your efforts, 
don’t expect your genius to be discovered or your love to be understood. 
Complete the circle. 
Not out of pride, inability, or arrogance, but simply because whatever it is no longer fits in your life. 
Close the door, 
change the record, 
clean the house, 
get rid of the dust. 


Stop being who you were & become who you are.




Regards:
Me.

Saturday, October 20, 2012

Kereta kena tarik!

Tajuk nak saspen kan... sebenarnya semalam kete aku rosak..bukan rosak apa.. bateri + ada sesetengah komponen kereta aku tu rosak atau jadi pe ntah sampai kete aku takleh idup.

Agak neves dan saspen la sebab  kete aku tak sampai 2 tahun pakai..takkan da rosak kan? - So.pagi tu aku pegi keje naik kereta ayah aku..dan dalam tengah hari tu aku siap2 call insuran dan proton i-Care.

Alhamdulillah - segalanya dipermudahkan lepas tu.. Towing kereta sampai ke bengkel dan abg2 mekanik yang berwibawa kat Proton Centre tu jalankan tugas membaiki dengan sempurna...perfectooo!

Ok.meh aku bagi tips klau korang kene mcam aku.. 

1st: korang jangan pandai2 nak godek segala macam wayar

Wednesday, October 17, 2012

::kekurangan masa - kekeringan idea::

Hai uolsss...very the bizi tau sampai hapdet blog pun tak sempat.. aishhh~

Minggu lepas very the busy dengan pk idea nak buat portfolio..tapi Alhamdulillah.siap jugak sehari sebelum dateline *ko mampuuu?* - Pastu pegi trening 1Citizen dua hari (sabtu dan ahad) 

Balik dari tu..aku busy plak dengan hal2 yang lain..dan semalam busy dengan kelas dan set up meja untuk itevew hari ni.. wahh..walaupun orang lain itevew.

Friday, October 12, 2012

Cendawan goreng meletopssss!

Salam jumaat semua. Lama tak hapdet blog ni..aishhh.asyik bizi je dengan idup ni kan..bila nak goyang kaki kat umah dan duit masuk juta2 dalam bank *angan2 tnggi ni*.hehehh


Okhay semua, post kali ni bukan pasal angan2 aku, tapi pasal stori aku semalam..

“stori dulu2 semalam takde ke?”

Alahaii.tak minat la nak tulis

Sunday, October 7, 2012

Rezeki yang terpaksa ditolak.

Alhamdulillah. Lagi sekali aku dapat call keje. Tapi kali ni dari UTM.

Tapi sayangnye, aku terpaksa rejek sebab aku rasa mcam akan menyusahkan aku kalau aku terima keje ni. Bukan apa.nanti kalau dapat keje ni. Sama ada di cwangan KL

Thursday, October 4, 2012

Harga barang makin mahal.

Salam malam jumaat semua. Maaf kepada semua yang duk pm aku kat FB pasal nak baca entry yang dah dipadam tu. Aku bukan busy pun.cuma aku jarang bukak mesej FB tu.huhuhu~ Tapi, pape pun aku dah balas kan...soo.thank you banyak2 sebab sudi gigihkan diri baca blog aku dan pm aku kat fb :)

Ok lah.hari ni aku nak kongsi satu citer kat korang. Tadi aku pegi beli barang kat Tesco

Tuesday, October 2, 2012

Cerita semalam dan semalam

Salam semua. Lama betul aku tak hapdet blog ni.bukan bizi.cuma takde idea + takde mood.  *alasan kukuh gilerkan*. Sebab baru lepas kecewa melepaskan anak meow yang baru ke orang lain. Minggu lepas ada amik meow

Monday, September 24, 2012

Kenapa ayah tido dengan emak?

Wahhh.tajuk pun dah mcam 18sx! Ini adalah dari citer yang aku baca kat paper Sinar Harian sebab bapak aku kipas-susah-mati(die hard fans)  paper ni..aku pun tumpang la sekaki baca bila dia dah beli kan? hehehe~ Walaupun citer ni agak 'dewasa' sikit..tapi ada pengajaran dia kan?


Bagi generasi kelab 40, masih ingatkah akan cerita Atan (bukan nama sebenar) yang disuruh ayahnya ke kedai pada suatu petang untuk beli ikan bilis?
Tujuan si ayah bukanlah kerana hendakkan ikan bilis tetapi kerana mahu privacy untuk beraktiviti dengan isterinya tanpa

Friday, September 21, 2012

Download movie percuma!

Okhay la..mesti ada yang duk tunggu entry untuk aku bagi link citer Sadako kan. Sebenarnya, dalam link yang aku akan bagi nanti, bukan je citer Sadako, tapi macam2 cerita ada. Dan link tu jugak bukan link aku. So, pada yang akan masuk dan donlod citer dalam link tu nanti, aku nasihatkan korang menyumbang la sikit kat owner link tu. Cara dia? – Alaa.korang klik je iklan yang ada dalam link tu. Tapi hati2 tau..bukan semua dalam link tu adalah iklan.ada jugak spam/virus.

Apa pun, nasihat aku.korang rajin2 kan lah diri

Wednesday, September 19, 2012

Sadako-3D - Seram? Owhhh~ -___-"



Hari ni aku ada masa kelapangan..jadi aku sempat layan citer Sadako-3D. Citer ni aku dah donlod semalam, Cuma tak sempat nak tengok je… Donlod kat mana? Nanti next entry aku bagi link..ye la kan…entry ni aku nak citer pasal Sadako tu, kang aku bagi link citer Sadako tu, haram takde orang bca entry ni, semua sibuk donlod sendiri. Hahahha *ehh.nape giler glamer sangat ni? dushhh!*

Bagi aku la kan..citer Sadako ni sangat katun dan sangat tak layak masuk panggung. Setakat masuk dalm  

Monday, September 17, 2012

Terima Kasih semua :)

Salam Isnin semua. Selamat bercuti pada yang cuti.dan selamat bekerja pada yang bekerja. *gigih taip ayat penuh kan?*


Post kali ni aku nak balas segala jejak yang korang tinggalkan dekat post paling hangat(fuhh fuhh.tiup skrin pc sndri)  dalam blog ni ---> Cikgu VS Engineer

Okhay la.pada semua yang komen tu,.

Saturday, September 15, 2012

Repost: Malu ada anak OKU? Owhh.plizzzz~

Hujung minggu ni kalau dapat lepak di rumah sambil tengok tv dan main game mantap gak kan? Tapi aku tak leh.sebab ada bnyak keje nak buat~ *ehh.aku ikhlas tau keje hujung minggu.mampuuu?*  Tajuk ni aku pernah post pada bulan 7 ritu, dan sebab tu ada ayat "Repost".  Memandangkan kerja aku terlibat

Friday, September 14, 2012

Tazkirah Jumaat :)

Cuba kita flash back hidup kita... 
ILUVISLAM wallpaper

Sewaktu kecil kita menangis, merengek sebab kita inginkan sesuatu. Kadang-kala sebab kenakalan kita, cubitan lembut hinggap di paha kita, lalu kita pun menangis mengada-ngada^^. Walau tiada masalah,

Thursday, September 13, 2012

Resident Evil preview (pendapat aku la~)

Haa.hari ni aku pegi wayang semata2 nak tengok Resident Evil nie. Aku bukan la peminat tegar citer ni.cuma dah kebetulan aku free...saja la singgah masuk wayang kejap kan...dan hari ni kan
hari prtama tayangan dia. Tapi sebab aku pegi tengah hari.so, takde la ramai mana (ke..citer ni memang takde sambutan?) - dalam panggung tadi..tak sampai 20 orang tau...

 




Citer adalah pasal pempuan tu (heroin dia la) yang ada kelebihan luar biasa. Dia punya bdan ala2 ninja la.semua pantas dan kuat + slim (ninja pantas, tapi kuat...?).

Dah.malas nak bagi intro panjang2..meh deret ke citer dia.

Wednesday, September 12, 2012

The Watch - Preview (pendapat peribadi)

Ehhh.korang dah tengok cter The Watch? Belum? Meh sini aku nak bagi preview dia.. 

Haaa? Dah tengok? kbaiiii



hahahah. takde la..takkan aku nak buat perangai keji tu.

Monday, September 10, 2012

Log Out semua lepas guna. PENTING!

Assalam semua. Nampak nye kita dah di penghujung Syawal. Tapi open house dan kenduri kendara masih takde nampak surut pun.hahahha.



Pape pun.yang aku nak bebel kali ni bukan mengenai open house atau Raya.tapi mengenai perkara yang korang patut lakukan bila dah tak nak guna laman sosial atau

Friday, September 7, 2012

Cikgu VS Engineer! (True Story) -










Entry ini telah dipadam oleh saya kerana segala apa yang saya mahu sampaikan rasanya telah sampai kepada kebanyakan daripada anda semua. Sape yang nak baca leh contact saya kat FB (takyah add,hantar msej suda~) atau kalau tak nak masuk fb saya, sila komen kat entry ni -->  Thanks Semua! dan komen kat ruangan bwah tu. Ada komen FB dan leh komen blog. 



p/s: dah tetiber masuk blog ni kan..pe kata singgah SINI jap.. kata sapotttt :p

Sape yang komen blog, sila tinggalkan emel anda.

Tuesday, September 4, 2012

Masuk Spital - NOT ME! (update)

Ayah saya masuk hospital hari ni. Saya takut dan sedih. Doakan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Amin T_T


UPDATE: Alhamdulillah. ayah saya dah balik umah. Doktor pesan, kalau masih sakit lagi dalam masa 3 hari.sila datang semula ke hospital dan mungkin akan ditahan di wad. Ayah saya sakit - ada jangkitan dalam perut - Harap ayah saya cepat sembuh. Amin :)

Sunday, September 2, 2012

ouhhh lalala~

Raya dah nak habis. Open house dan kenduri kendara tak makin kurang pun... memang banyak la jimat duit kan bulan ni sebab makan umah orang je~ kih3!

Haaa..post kali  ni aku takde nak bebel apa..kalau ada pun maybe next post kot. Ye la.dah lama tak hapdet..tetiber nak bebel..tekejut blog aku ni sat g kan...haaaa~

Biasalah bulan2 Syawal ni..asal hjung mngu ada je aktvti..beraya ke sana ke mari.bagi yang bkerja pada hjung mngu.jgan sedey2..nanti klau korang cuti.korang pun leh jalan2 gak kan..heeheheh :)

Pada yang rajin ke sana ke mari..aku nasihatkan..sila jaga perangai dan makan anda.. jangan benda dah pantang pun ko nak bedal.. tamau tamau.. nanti sakit..ko nyusahkan orang lain ye...

Dan pada perempuan..sila jaga aurat anda smasa beraya.jgan nak feeling2 Hollywood sngat dgan pakai sendat atas bawah...pada yang lelaki..jaga batasan ye. Jangan semua orang ko nak salam....

Okhay la.saje hapdet benda merapu. Sebab ni kan blog aku... ehhh.korang takde ke yang nak bagi aku duit raya??? hahahaha

Monday, August 27, 2012

Ada yang sentap? owhhh.plizzzzz~

Hepi Monday korang..wahhh.semua muka lemau je masuk opis ni nape? Tak puas bercuti ea? Takpe..korang keje rajin2..nanti..dah agak kaya.bukak kompeni sendirik..pastu cuti la lama mana korang nak pun. 

Okhay la.malas nak taip mukadimah panjang2..meh sini aku nak balas segala komen yang korang tinggalkan. Petama kali..very the juta2 trima kasih la pada yang sudi komen. Kedua kali (ada ke?), apa yang aku tulis kat post ni.adalah sebab blog ni aku punya..so,xperlu nak komen mcam puaka tebing biru kat blog aku... Post yang paling banyak komen puaka adalah post yang INI. Haaa..kelass...ada komen kan..ko hado? 

Ekceli..tu adalah pndangan peribadi aku..kalau korang sentap ke apa..tu masalah korang.sebab benda tu aku cerita kepada umum! Ada ke dalam post tu aku sebut nama korang? Takde kan..soo.jangan la nak sakit bontot bila aku post macam tu..koserrr la nak gado2 di bulan yang mulia ini *sarung selendang di kepala*

Dan..pada yang suruh aku remove or block orang tu dalam  FB..aku bukanlah bodo macam tu nak buat orang..aku cuma meluahkan pendapat peribadi aku.. dan mcam ada yang komen tu - "kalau tak suka tengok,unfren je orang tu" -  ada jugak yang komen - "itu kan fb dorang..sukati la nak letak apa pun".

Haaa..mcam tu lah jugak aku..ni kan blog aku..sukati aku lah nak tulis apa pun..ngertiii?

Ehh.dah nak balik.ok lah..malas nak mencarut di hari isnin yang indah ini.baiiiiiii~

p/s:komen aku dah bukak to public.soo.korang leh gado2 dalam komen tu ye. komen guna fb pun boley :) *ayat nak komen bnyak*