pEnGikOt

Monday, February 28, 2011

~BAHAGIA~

Kenapa perlu merasa tidak bahagia jika bahagia itu sememangnya milik kita? Ok, macam ni la. Ak terang kan ye.


Ini kan diri kita(merujuk kat diri masing-masing). So, kita la tentukan kita nak rasa bahagia ke tak kan? Duhhh! =_="


Jangan nak membazirkan masa mencari kebahagiaan, kerana bahagia itu memang milik kita. Hidup la dengan kelebihan diri sendiri dan tak perlu menjadi diri orang lain untuk merasai bahagia itu.



Sekian~



Sunday, February 27, 2011

!!!!PERAMPAS!!!

Perampas? Apa maksud perampas bagi krang? Adakah dia orang yang merampas barang korang, atau merampas kekasih korang?


Bagi aku PERAMPAS adalah orang yang merampas sesuatu barang dari korang. Why? Sebab ye la, da nama pun perampas kan. Perampas kekasih? Bagi aku there's are no such thing! You know why? Sebab tangan kalau bertepuk sebelah tak akan berbunyi kan?


So, pada sesiapa yang kata kekasih korang kena rampas, itu semua BOHONG! Kekasih korang yang menggatal sama! Kalau kekasih korang tak menggatal sama, benda tak akan jadi! Ok fine la kalau korang nak kata orang yang merampas kekasih korang tu meletop macam Datuk Siti atau Tom Cruise! But..... kalau kekasih korang tu jenis yang setia, dan tak pilih korang berdasarkan paras rupa, FOR GOD's SAKE dia tak akan rasa suka pun kat orang lain!


Nak berkasih atau bercinta biar la jujur dan ikhlas. Bukan sebab ada kepentingan atau sebab simpati. Tak baik main kan perasaan orang lain. Macam mana kalau orang main-main kan perasaan korang? Mesti sakit kan?


Kalau kekasih korang tu ada kekurangan, anggap la itu keistimewaan dia, dan anggap la kehadiran korang sebagai pelengkap kekurangan dia. Paras rupa tak menjanjikan apa-apa sebab kalau korang pilih kekasih korang berdasarkan paras rupa, untuk apa? Untuk menayang kepada orang lain bahawa kekasih korang tu cantik/hensem? Dah serupa trofi pulak korang buat kekasih korang kan. Bukan ke kita jatuh cinta pada seseorang itu sebab kebaikan dan kecantikan dalaman dia? Pada aku la, kalau korang aku tak tau la sebab apa kan~ hehehe :p






p/s: If you love two people at the same time , choose the second one . Because if you truly loved the first one , you wouldn't love another one

Saturday, February 12, 2011

CELAKA LA PADA UMAT ISLAM YANG MENYAMBUT VALENTINE'S DAY!!!!

IA MERUPAKAN PENGHINAAN YANG BESAR KEPADA AGAMA ISLAM JIKA ADA DI KALANGAN DARI KITA MENYAMBUTNYA!


video

Friday, February 11, 2011

-Bulan Kelahiran Nabi-

Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita banyakkan selawat dan doa ke atas Nabi junjungan kita. Dalam duduk buat kerja dan melayan lagu tu, apa kata tukar lagu kepada selawat.


Ehh, jangan la kata aku ni ustaz atau apa. Cuma bagi aku, walaupun kita tak boleh jadi yang terbaik dalam hidup, apa salahnya kita cuba jadi yang terbaik dalam seharian hidup kita kan? Aku nak tulis panjang2 sejarah Nabi pun, rasa nya belum habis mengaji lagi, so ini je la yang aku dapat sampaikan.


So, cadangan aku, sebagai tanda kita meraikan bulan kelahiran Nabi kita, apa kata kita semua tukar profile pic di FB, Friendster atau Twitter dengan pic nama Nabi kita. Dan rajin-rajin kan lah diri tu upload video selawat ke apa ke..... Terima kasih kepada Perjalanan Hidup (cari dlam FB profile dia) kerana bagi cadangan yang bernas ni. Dan tidak lupa kepada Qayyum dan Zaid sebab sudi ikut cadangan aku. Kih3 Kalau ada yang sanggup tukar pic profile kepada gambar-gambar artis ke, awek ke, tak salah kan sekali sekala tukar kepada pic yang lebih Islamik?




p/s: xsabar nak tunggu baby baru lepas rabu depan! :p

Monday, February 7, 2011

-Perasaan-


Mengapa perlu berbohong pada diri sendiri. Tahu tak, perkara yang paling menyakit kan adalah membohongi diri sendiri. Itu termasuk la tipu hati sendiri. Kali ni post aku melibatkan soal hati atau perasaan! Bukan nak jiwang, tapi ini adalah kenyataan yang aku rasa banyak dilalui oleh orang(aku je tak)...hehehe


Selalunya la kan, benda ni jadi kat orang lelaki. Ye la, lelaki zaman sekarang nak jumpa yang berani atau gentleman(omputih kata), memang payah. Kes ni berlaku ada kat sorang kawan aku ni. Dia agak rapat la dengan teman tapi mesra dia. Masalahanya, dah hampir 4 tahun diorang berkawan, tapi kawan aku ni still tak proposed jugak teman tapi mesra dia ni. Kalau aku lah, dah lama cari orang lain. Ye la,nak buat apa menunggu benda yang tak pasti. Mesra bukan main lagi, kalau gaduh ngalah orang bercinta. Tapi.... status relationship- F.R.I.E.N.D.S


Wat da ttoooottttt!!!!!!!!!


Tapi bila orang tu keluar atau lepak dengan orang lain, dia bukan main marah lagi! Kalau teman tapi mesra dia tu main message dengan orang lain pun dia perli macam tak hengat kan! Pe masalahnya kalau kau mintak bercinta pun? dia terima atau tak, belakang kira. Yang penting kau da cuba kan. Kang melepas, kau jugak yang merana. Pastu mula la muka seposen sebulan! Aduhhh....zaman sekarang ni bukan boleh lambat, kang melepas!





So,the moral of story, tak payah la kau fikir nak berkahwin atau berkeluarga kalau perasaan sendiri pun kau tak boleh handle!








p/s: mungkin mengarut bagi sesetengah orang, tapi ini kan blog aku....kah3 PEACE!

Saturday, February 5, 2011

::No Motif::

Salam bulan RabiulAwwal!!!!!!!!!! Bulan kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah for all the thing that Allah gave us. Cuti umum recently aku biasa la kan.Keluar pergi menghabiskan duit la...hahaha:)

Ala, bukan pergi mana pun. Pergi Mid Valley je, tu sebab si Qayyum yang cadangkan. Lagipun kakak aku nak pergi sana jugak, jadi sekali jalan je la. Dan aku memang dah agak kalau nama nya 'CUTI', mesti penuh giler orang! Imagine la kalau pukul 11 pagi tu, stesen keretapi Serendah ni yang memang jarang orang penuh leh pulak penuh dan keretapi dari Tjg. Malim pun penuh. Aduhhh...pasrah je lah aku berhimpit kan. Bila la 'baby' baru aku nak keluar ni. Memang tak naik dah public transport pasni!

Sampai je kat Mid, aku teman kakak aku pergi cari handbag dulu, dan nasib baik ada sale, so kakak aku dapat la rembat handbag Polo Ralph Lauren satu. Habis je dia shopping bag, aku teman Qayyum p cari blazer(betul ke ejaan ni?). Habis satu Mid kitorang pusing, tak jumpa2 jugak. Dia pun bajet tak banyak, ye la kan nama pun student. Tak kan la kau nak pakai blazer yang seminggu sekali, pastu nak bawak p meeting kat U je pun harga sampai RM 400++. Mngkin la ada pada sesetengah orang harga tu agak murah, tapi bukan semua orang BERKEMAMPUAN macam korang kan.


So, balik dari Mid, kitorang singgah pulak ke Times Square. Bukan buat apa pun, tengok wayang je. Dan kalau dah nama pun tengok wayang dengan Qayyum, cerita mesti la ganas2 dan kurang unsur2 kemanusiaan. Habis je wayang, kitorang terus balik rumah aku dan sampai rumah dekat nak pukul 12 malam. hahaha!!!!





p/s: ini cerita pasal diri aku sebab ini blog aku. kah3x