pEnGikOt

Monday, March 25, 2013

Kucing percuma di Selangor dan Kuala Lumpur (pt.2)

Salam pembaca blog yang dikasih dan di sayangi..meh sini aku nak mintak tolong korang. Kat umah aku ada anak meow.yang nak dibuka kepada ADOPTION – iaitu nak diberi secara percuma kepada yang sudi menjaga dorang sehingga ke sedutan napas terakhir. Ada 3 ekor semuanya.
25032013493
ni nama dia Stokin.sebab tgan dan kaki dia je wrna putih.macam pakai stokin. Umur dua bulan..bulu sederhana panjang – aktif main (biasalah,budak2) dan dah mula makan kibbles.

25032013492
ni nama dia putih..paling besar dan nakal antra 3 ekor tu.. errmmm. bulu tebal (ala2 persian) – tapi rupa biasa je..sangat aktif jugak.

25032013485-vert
ni nama dia kusut.sebab dia suka mengeow tanpa kira waktu dan ketika.. paling kecik dan selalu kena buli dengan putih.suka bila orang gosok perut boncet dia.

semua meow ni dah diberi ubat cacing dan bebas dari sebarang penyakit. Tiada kutu jugak. Rasanya elok kalau ada yang sanggup nak ambik sepasang sebab nanti takde la dorang meroyan. So.sape yang nak boleh contact aku:

UPDATE: semua meow sudah di ambil orang. terima kasih pada yang sudi ambil dan maaf pada yang takde rezeki . :)

Saturday, March 16, 2013

Cara semak keputusan SPM 2012

kepada hadek2 yang nak semak keputusan SPM leh cuba cara di bawah ye:



Semak Keputusan SPM Secara SMSsemak keputusan SPM 2012 secara SMS dengan menaip SPM dan hantar ke 15888.


dan


Semak Keputusan SPM Secara OnlineMasuk ke laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, dan masukkan no kad pengenalan anak korang ---> SINI



mak bapak dan adik2 yang tengah tunggu result SPM tu tak yah nak beriya nebes.. redha je dgan pe yang belaku… Alaaa.lulus ke gagal.dah rezeki masing2.

kalau kurang baik..repeat je paper,..pedehal.

tarikh kuar, minggu depan – hari Rabu (20 Mac) dan bedasarkan tahun sebelum2 ni..result macam biasa la..pukul 10 pagi baru keluar..


Banyakkan doa dan apa pun kputusan..terima je dengan hati terbuka.. SPM ni baru permulaan..jauh lagi korang nak melangkah..kannnnn

Sunday, March 10, 2013

Taksub dengan negeri

Heran betul la aku dengan orang yang semangat kenegerian dia tinggi ni. Aku faham je kalau ko lahir kat negeri tu or ko kawen dengan orang negeri tu dan ko suka duk negeri tu sampai bila2 dan nak mati beranak bercucu semua kat situ..but..perlu ke ko TAKSUB?


Macam baru2 ni aku ada tngok kat fb ada sorang ni dia post sumthing la pasal air dan dia amik salah satu keratan akhbar yang mengatakan Kelantan adalah negeri yang air paling tak bersih. Then aku pun tngok komen kat bwah tu… Ya hampuuunnnn..berjela panjang begado dan takleh blah tu siap leh masukkan politik skali..

                             

Dan ada yang lain tu aku tengok ada sorang ni.dia post gambar pndatang asing kat KL dan Selangor..dan gambar tu waktu cuti umum rasanya  So…macam biasalah..komen begado caci maki harus berjela panjang..

Dan baru pagi tadi.aku ada nampak status sorang hamba Allah ni..dia marah pasal orang yang kutuk TMJ dan Johor. Kesnya pasal bola kot.. dan terus meroyan kata  orang yang kutuk tu kalau kawen dgan org Johor or melancong ke negeri Johor perlu lempang diri sendiri dengan selipar.




Nampak tak kat situ? Faham tak maksud aku ni?

Okhay la..bagi aku kan.ko nak taksub mende dengan negeri ko? Sok kalau mati masuk kubur tu..ada ke malaikat tanya ko dari negeri mana? Takdenye derrrr~ Soo.takyah kot nak taksub sangat..

Aku pun marah kalau orang kutuk negeri aku Selangor yang tercinta ni..tapi aku tengok gak dia kutuk tu mende pe..kalau benda common macam jalan belubang sana sini..trafik jem sepuluh juta tahun baru clear or ramai pndtang asing.. bagi aku..takde mende kot. Sebab memang itu hakitkatnya..

Sooo.nape aku nak meroyan dan buat sesi hamun dalam komen?

Dan yang pasal TMJ tu.dia kutuk pasal bola.bukannya kepimpinan TMJ trhadap rakyat negeri Johor..soo.apa kna mngena dengan kutuk Sultan dan bola? Kalau rasa takleh terima teguran..takyah la masuk arena sukan? Betul tak?

Dan untuk pengetahuan korang jugak.. Sultan ke Agung ke..dorang bukan MAKSUM a.k.a orang yang bebas dari melakukan sebarang dosa macam Nabi. Dorang manusia biasa..cuma darah keturunan dan kedudukan dorang je beza.

Dan setiap negeri.mesti ada kurang dan lebihnya..takde mende sangat la setakat ko nak kata selangor ni negeri indon ke apa..sebab negeri yang lain pun ada masalah dorang jugak kan?


Jadi..bersikap terbuka dan jadilah insan yang ilmiah. Sekian

Monday, March 4, 2013

Cukupkah masa kita?

Pernah tak kita menghitung...
Masa-masa yang ada, kita habiskan ke mana?
Pernah tak kita bertanya pada diri...
Masa-masa yang ada ini, diciptakan untuk apa?
Pernahkah kita mengira...
Masa-masa yang ada ini, akan bertahan sampai bila?

alt

Duhai peniti masa,
Sedar tak kita semua, bernilainya masa itu bukanlah pada tempoh lamanya...
Tetapi ia dinilai pada isi serta hala tujunya...
Andai kata seluruh masa kita habiskan dengan kerja mengumpul harta, masih banyak lagikah masa yang ada untuk kita merasainya?
Bila kita mati, sedikit pun tidak dapat menemani kita tika itu...
Andai kata seluruh masa kita habiskan dengan mencintai manusia, setakat mana cinta itu mampu bertahan?
Saat kita mati nanti, maka matilah juga nilai cinta itu.
Tak terasa rugikah kita.. jika tujuannya hanya untuk dunia semata.
Sedarlah duhai peniti masa... Sedarlah...
Yang mencipta masa itu adalah Allah yang Maha Bijaksana.
Tidak Dia ciptakan sesuatu itu untuk disia-siakan. Jauh sekali untuk di salah gunakan.
Dia juga Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tidak mungkin kita dibiarkan sesat tanpa pegangan. Sekali-kali tidak.

Sunday, March 3, 2013

Tenang Yang Dicari

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.
Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelma. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!
Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!
Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat.  Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?