pEnGikOt

Sunday, May 29, 2011

Anak BANGSA or anak BANGSAT? (part 2)

Ok, sambung semula post semalam (http://kamudankami.blogspot.com/2011/05/anak-bangsa-or-anak-bangsat-part-1.html)


Aku pun balik la setelah cikgu tu kata macam tu kat aku. Habis tu, tak kan aku nak pergi jahanam kan sekolah dia pulak kan.(walau pun dalam hati aku mahu berbuat demikian~)boyemo

Sebenarnya tujuan aku satu je. Aku cuma harap sangat-sangat yang pihak sekolah tu boleh beri kerjasama dalam mengurangkan vandalisme ni. Ye la, kan sekolah la tempat budak-budak ni paling banyak meluangkan masa berbanding dengan ibu atau bapa diorang kan.

So, bila aku pergi sekolah tu dan cerita apa masalah aku nie, dengan harapan, pihak sekolah sekurang-kurang nya boleh la beri kerjasama dengan berkata demikian
"baik lah, kami akan nasihat kan pelajar-pelajar ini semasa perhimpunan pagi" whitebuddyemoticon


Tapi.... HARAM tak de!

Korang pikir ea, kalau lah aku buat report polis dan budak-budak tu kena tangkap, tak ke nama sekolah dia buruk dan rekod budak tu pun buruk. Tak kan la baru sekolah menengah dah ada rekod polis. Mesti payah nak further study atau kerja. Cikgu tu tak pikir ke ha??? Dia ingat kalau dah masuk kes polis ni boleh buat main-main ke? whitebuddyemoticon


Pikir la anak bangsa sama. Jangan nak kata lah engkau tu busy dengan hal-hal kat sekolah. PERGI MAMPUS! Patot la tak ramai budak sekolah tu dapat keputusan bagus untuk PMR dan SPM, rupa nya cikgu dia macam tu. Sangat tak profesional dan bagi aku, dia tak layak pegang jawatan HEM!


Dan sekarang baru aku faham kenapa lah anak bangsa kita ni ramai yang buat pelik-pelik kat sekolah.....


Malas nak ulas panjang, kita semua pun dah besar dan dah cukup umur. Pandai-pandai la pikir ye.



Sekian (ENDING)

Saturday, May 28, 2011

Anak BANGSA or anak BANGSAT? (part 1)

Lama jugak dah tak update blog ni. Maklum la, aku baru balik dari bercuti selama 9 HARI hoke! hehehe :) So, far... ermmm... sangat OK. Ingat nak cuti lama lagi, tapi busy la dengan projek kampung WiFi dan segalam macam mak datuk ICT punya kelas~ =___="


Dan macam biasa, korang tahu kan yang aku kerja dengan CBC Serendah(Google kalau tak tahu), dan kerja aku yang mencabar minda ini, amat memerlukan kesabarang yang tinggi~ boyemo


Serius beb! Kalau korang tak sabar, alamatnya sebulan je lah korang kerja dekat sini, pastu bungkus balik kampung sebab orang kampung ini merusuh depan CBC korang!


Ini yang aku nak cerita sikit pasal KETIDAKPUAS HATI-an aku terhadap salah sebuah pusat pendidikan di sini! (faham2 sendiri lah ye) boylineemoticon


Kes nya macam nie. Baru-baru ni, aku adalah pergi ke sekolah dengan sebab PELAJAR sekolah tu guna kemudahan kat CBC aku, dan buat VANDALISME! Memang hangin la aku kan kalau dah pintu jamban sampai 4 kali kau nak kena repair dalam sebulan! .

Lepas tu dengan hati yang panas nya, pagi tu aku pergi la sekolah tu! Dan bila aku sampai, aku pergi naik pejabat dan cakap le dengan kerani depan pintu kaunter tu yang aku nak jumpa Pengetua atau HEM untuk melaporkan kejadian vandalisme dekat CBC aku yang budak-budak sekolah dia buat. Pastu kerani tu cakap, Pengetua tak ada, yang ada HEM je. Aku pun pasrah je, dan kata tak apa lah, aku tunggu. Dan kerani tu pun pergi la cari HEM tu kat mana-mana entah, dan aku tunggu dalam bilik pelawat~

Aku tunggu.......... tunggu.......... dan terus menunggu.......


Dan kerani tu datang balik dan kata HEM dia pergi b.fast kat kantin. Tak apa lah, aku tunggu lagi.... tunggu.... tunggu..... tunggu.....(30 minit berlalu~)


Hati dah makin panas, aku angkat kaki nak berambus, tapi.... HEM dia masuk pulak! Aku pun terus pergi jumpa dan cerita pasal masalah nie.....

Dan jawapan dia "kamu pergi lah report polis. Sekolah tak masuk campur kalau benda berlaku di luar sekolah." Aku yang memang dah hangin, "ermm, tak apa la cikgu. Terima kasih" dan terus berambus! boylineemoticon




Ok. TAMAT! Kalau korang nak judging, leh tinggal kan komen di bawah. Kalau nak baca je, tak nak komen apa-apa pun boleh jugak.



Sekian.

Sunday, May 15, 2011

Budak-budak~

Budak-budak zaman sekarang ni bagi aku memang SANGAT 100x lain daripada yang dulu. Alaa..korang pun mesti perasan jugak kan? Bukan apa, kalau korang tengok budak-budak zaman sekarang, memang korang akan kata dalam hati korang " Kalau adik aku, dah lama aku boh penampaq!". Betul tak? Mesti pernah kan?


Bagi aku, jangan lah kita salah kan 100% didikan ibu bapa, tapi kita jugak perlu melihat keadaan sekeliling dan dengan siapa yang diorang bercampur gaul. Kawan-kawan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan seseorang itu. Dan ada lagi yang teruk, dia salah kan kemajuan dan kecanggihan teknologi sekarang. What daaa xxxxxxxx.......


Ishh.... teknologi tak bersalah, tapi manusia yang salah guna kan teknologi itu yang salah~ (tiru ayat bos aku). Dan budak-budak zaman sekarang bukan boleh kena tegur, silap hari bulan jadi gaduh kan. Pernah tak jadi kat korang macam ni?


Entah la, macam mana kita nak harap kan pemimpin Malaysia yang berwibawa dengan keadaan remaja macam sekarang ni. Tapi itu la, kita perlu juga pandang pada bahagian yang bagus. Ada jugak remaja yang baik-baik.


p/s: motif post ni adalah sebab motor aku mngu lpas kna pancit dgan bdak form 3 depan mata aku!

Saturday, May 14, 2011

Naik motor lagi bagus!

Salam semua. Pe cer? Sihat tak? hehehe.... boyemo

Dah lama aku tak update blog ni. Bukan apa, recently, busy la dengan work stuff! (budget busy macam manager la kan~)boyemo Dan salah satu sebab yang besar, blog tak boleh update sebab blogspot.com dia buat maintenance apa ntah. (ada je alasan kan)


Aku baru balik dari bercuti nie. Seminggu aku duduk di Johor. Bukan pergi suka-suka ya, tapi pergi ada hajat.... Dan lepas balik dari Johor pulak, terus keje, dan gaji keluar. (bila gaji keluar korang faham kan maksud nya boyemo )

Nak dipendekkan cerita macam ni la.


Semalam aku baru balik dari Shah Alam. Dua hari jugak aku berkampung kat sana. Bukan buat apa, kerja U dan ada 'the thing we dont speak of" whitebuddyemoticon


Nak dijadikan cerita, aku bertolak dari sana, dalam pukul 12 lebih la(tengah hari), pastu macam biasa Guthrie Highway kegemaran ku adalah jalan yang paling cepat untuk sampai ke Rawang. Pastu dari sana sampai ke EXIT Rawang ok je, but bila nak keluar tol Rawang, keadaaan mula menjadi seperti HANJING YANG TERSEPIT! boylineemoticon

Aku dah rasa macam nak masuk pelabuhan Klang pulak! Sebab apa, sebab lori yang bapak besar banyak giler! Dah la tu, bila kita lalu tepi dia rasa macam tak selamat je~


Aduhhh~ aku sangkut dalam jamed tu dekat nak 30 minit jugak! Now you know why aku selalu lepak Shah Alam naik motor kan? Macam ni la benda nya. Bila nak masuk tol Rawang, jamed dia tak hengat! Kalau motor(LC 135), aku ambik masa dalam 40 minit je nak ke sana. But kalau naik kereta, aku ambik masa dekat nak 40 minit jugak, itu pun setelah aku membuat pusingan U yang jauh nya 10 KM! Sebab nya umah aku dekat U10(belakang UiTM Puncak Perdana)!
Kalau naik motor kan boleh terus keluar ke tol Bukit Jelutong tu~


So, aku nasihat kan di sini, kepada korang yang ada kereta tu, rasa nya lebih baik kalau korang keluar ke mana-mana naik motor. Bukan apa, selain dari menjimat kan masa dan duit, korang tak ada la jadi macam aku. Dan untuk pengetahuan korang, pemandu2 lori besar2 tu, kebanyakannya MEMANG BIADAP!


Kenapa? Sebab diorang, bila nak masuk ke simpang atau tukar laluan, diorang main masuk je! Aku dah banyak kali dan boleh dikatakan SELALU kena macam ni! SUMPAH sakit hati! whitebuddyemoticon


Oitt! Abang lori! Kau yang besar, kau lah tengok kitorang ni! Bukan kitorang nak kena tengok kau! Owhh, mentang-mentang lah kau besar, kau ingat kau boleh suka-suka je buat jalan tu macam bapak kau punya jalan! Aku pun bayar cukai jugak la wehhhh!!!!!!!!!


Dah la kebanyakan dari diorang ni bawak laju! Pastu suka2 je masuk jalan mana yang diorang nak! BIADAP sangat2!!!!!!!!!!!!!!!



p/s: aku tulis 'kebanyakan' sebab bukan semua pemandu lori biadap. Ada jugak yang baik dan bertimbang rasa~ whitekittenemoticon