pEnGikOt

Saturday, May 14, 2011

Naik motor lagi bagus!

Salam semua. Pe cer? Sihat tak? hehehe.... boyemo

Dah lama aku tak update blog ni. Bukan apa, recently, busy la dengan work stuff! (budget busy macam manager la kan~)boyemo Dan salah satu sebab yang besar, blog tak boleh update sebab blogspot.com dia buat maintenance apa ntah. (ada je alasan kan)


Aku baru balik dari bercuti nie. Seminggu aku duduk di Johor. Bukan pergi suka-suka ya, tapi pergi ada hajat.... Dan lepas balik dari Johor pulak, terus keje, dan gaji keluar. (bila gaji keluar korang faham kan maksud nya boyemo )

Nak dipendekkan cerita macam ni la.


Semalam aku baru balik dari Shah Alam. Dua hari jugak aku berkampung kat sana. Bukan buat apa, kerja U dan ada 'the thing we dont speak of" whitebuddyemoticon


Nak dijadikan cerita, aku bertolak dari sana, dalam pukul 12 lebih la(tengah hari), pastu macam biasa Guthrie Highway kegemaran ku adalah jalan yang paling cepat untuk sampai ke Rawang. Pastu dari sana sampai ke EXIT Rawang ok je, but bila nak keluar tol Rawang, keadaaan mula menjadi seperti HANJING YANG TERSEPIT! boylineemoticon

Aku dah rasa macam nak masuk pelabuhan Klang pulak! Sebab apa, sebab lori yang bapak besar banyak giler! Dah la tu, bila kita lalu tepi dia rasa macam tak selamat je~


Aduhhh~ aku sangkut dalam jamed tu dekat nak 30 minit jugak! Now you know why aku selalu lepak Shah Alam naik motor kan? Macam ni la benda nya. Bila nak masuk tol Rawang, jamed dia tak hengat! Kalau motor(LC 135), aku ambik masa dalam 40 minit je nak ke sana. But kalau naik kereta, aku ambik masa dekat nak 40 minit jugak, itu pun setelah aku membuat pusingan U yang jauh nya 10 KM! Sebab nya umah aku dekat U10(belakang UiTM Puncak Perdana)!
Kalau naik motor kan boleh terus keluar ke tol Bukit Jelutong tu~


So, aku nasihat kan di sini, kepada korang yang ada kereta tu, rasa nya lebih baik kalau korang keluar ke mana-mana naik motor. Bukan apa, selain dari menjimat kan masa dan duit, korang tak ada la jadi macam aku. Dan untuk pengetahuan korang, pemandu2 lori besar2 tu, kebanyakannya MEMANG BIADAP!


Kenapa? Sebab diorang, bila nak masuk ke simpang atau tukar laluan, diorang main masuk je! Aku dah banyak kali dan boleh dikatakan SELALU kena macam ni! SUMPAH sakit hati! whitebuddyemoticon


Oitt! Abang lori! Kau yang besar, kau lah tengok kitorang ni! Bukan kitorang nak kena tengok kau! Owhh, mentang-mentang lah kau besar, kau ingat kau boleh suka-suka je buat jalan tu macam bapak kau punya jalan! Aku pun bayar cukai jugak la wehhhh!!!!!!!!!


Dah la kebanyakan dari diorang ni bawak laju! Pastu suka2 je masuk jalan mana yang diorang nak! BIADAP sangat2!!!!!!!!!!!!!!!



p/s: aku tulis 'kebanyakan' sebab bukan semua pemandu lori biadap. Ada jugak yang baik dan bertimbang rasa~ whitekittenemoticon


2 SAY WHAT??!!!!: