Nak dipendekkan citer..aku pegi Pangkor tak lama pun.. 3 hari 2 malam je. Ni ada beberapa tips untuk anda pegi Pangkor dengan bajet:
1- tiket feri 10 rngit je pegi balik – aku naik dari Marina, so..jarak perjalanan dalam 10 minit je ke jeti Pangkor. Sila simpan tiket sebab tiket tu untuk dua hala..nanti balik pun ko akan guna tiket yang sama (kalau naik dari jeti Lumut.mungkin dalam sejam untuk sampai ke jeti Pangkor - harga tiket aku tak tau sama ke tak dengan jeti Marina)
2- untuk bergerak dan merayap sewa motor sudah. pulau tu bukan besar mana nak amik kete bagai..lain lah kalau korang datang dgan family.. aku sewa kete 70 ringit sehari.. kalau motor dalam 15 ringit sehari..
3- Duk kat Teluk Nipah.sebab situ smua ada..kalau kat Pasir Bogak takde mende sangat..
4- Makanan agak mahal sket..orang kata lah..tapi bagi aku biasa je dan harga stended KL..seafood aku tak tau harga camner sebab aku tak makan seafood masa duk sana.. (aku elergik)
5- sebabkan bercuti,,maka amik je tempat tido yang murah..aku duk kat Mizam Chalet – harga 70 ringit semalam. tapi xde hot shower la.. gedikkk aihhh nak hot shower bagai..bukan mati pun mandi ayaq sejuk~ (bilik untuk 3 orang 70 ringit) – owner dia sangat2 baik dan ramah..segala tips dia bagi kat kami untuk bejalan kat pulau tu..
Bawah ni adalah bebrapa pic yang aku sempat snap masa becuti.. enpon rosak.sooo.sempat snap sikit je pic :(
ni adalah Pusat Internet 1Malaysia. Penggunaan komputer dan internet adalah percuma untuk 30 minit. Kot korg nak google apa2 pasal pulau leh la datang sini.. sangat mesra dan ramah petugas dia! |
p/s: harga bilik dan kenderaan adalah pada hari biasa.. kalau hari cuti umum dan cuti hujung minggu..smua lain harga dia.
0 SAY WHAT??!!!!:
Post a Comment