pEnGikOt

Thursday, November 8, 2012

Kucing Percuma Di Malaysia

Salam malam Jumaat semua.redi besenam dah ke korang? Ehhh?!

Ok.jangan nak melalut sangat. Aku hari ni nak buat khidmat komuniti sikit. Bukan apa.asyik menerima je, sesekali nak jugak jadi pemberi kan…

Ok.for the beginning.aku nak tanya korang…minat dengan haiwan tak? Kucing ke? Anjing ke? Ikan ke? Atau tak kisah binatang apa pun? Ok.kalau korang minat pada binatang dan berminat nak pelihara, ini adalah post yang paling sempurna luar dalam untuk korang.

Biasala kan.nak bela haiwan ni bukan keje mudah,..nak kena ada komitmen tinggi..tapi kalau dah minat..smua tu hal kecik je. Nak dipendekkan cerita..kalau korang nak haiwan dan tak nak pusing satu Malaysia menghabiskan masa untuk cari haiwan yang sesuai dengan korang..korang leh masuk laman web  ni ---> Petfinder.com


Kat laman web ni.smua jenis binatang ada. Cuma korang kena la pilih sndri korang nak amik meow ke anjing. Pastu pilih korang dari negeri mana. Ini untuk kesenangan korang jugak sebab ye la.kang dah tengok dan pilih yang bekenan..tetiber tempat jauh.kan HAMPA disitu.. Soo.sila pilih siap2 negeri dan jenis haiwan.
Dan korg jugak pilih kat situ sama ada binatang tu korg nak beli (sila klik For Sale) atau percuma (klik For Adoption).

Ni adalah pic beberapa meow yang masih takde orang amik dan meow ni semua adalah PERCUMA!



Kat mana nak klik? Ok.korang bukak web tu dulu..then korang pilih kucing atau anjing dan lepas pilih korang scroll ke smpai page paling bawah skali – lepas tu korang pilih la kat situ apa yang korang nak dan bila dah siap pilih – klik ‘Search’.


Faham tak? *tak faham sila cari kwan trdekat utk faham bgi pihak korg*

Dan bagi yang malas nak cari dalam tu dan korang memang kaki FB – jadi korang boleh tengok laman FB ni..bwah ni ada beberapa laman FB yang aku selalu tengok untuk tengok updet meow/anjing yang available. So, pilih la ikut kesesuaian korang ye…


Dan yang paling popular untuk cari meow adalah page Online Adoption House (OAH). Sebab ahli dia ada 8k lebih dan masih bertambah dan grup OAH tu selalu update. Interaksi dengan tukang nak bagi tu pun senang *stakat ni aku tak pernah ada masalh deal meow dngan grup ni*  - adoption dalam tu kebanyakan PERCUMA dan kalau ada bayaran pun just untuk ubat2an meow tu. Tapi memang jarangla ada bayaran yang dikenakan untuk adopt kucing kat situ.

Secara jujur.aku tak dapat duit pun promo semua page FB dan laman web tu..ini just sebab aku nak selamatkan meow2/anjing jalanan yang kita selalu pandang remeh. Tapi kena ingat, haiwan tu jadi mcam tu sebab atas kecuaian manusia sendri. Tak kesian ke kalau korang tengok kat kedai2 makan atau tepi jalan ada meow yang buta mata, mati kena lenyek, kurus kering dan mcam2 la.. ayooo..sedih dah ni tau *kesat air mata dengan hjung slendang*

Dan pada siapa yang baca post ini dan anda mempunya haiwan peliharaan tak kisah jenis apa pun,sila kembiri/neutered/sunat/mandul kan haiwan anda jika anda rasa anda tak berminat untuk membela keturunan haiwan anda itu. Ini bukan sahaja anda perlu lakukan pada haiwan betina, tapi haiwan jantan pun sama. Sebab celah mana haiwan betina nak bunting kalau takde benih dari jantan kan?

Kos pemandulan/sunat/neutered/kembiri adalah bergantung pada klinik haiwan yang anda pergi. Tapi caj yang aku kena untuk mandulkan kucing betina adalah RM 120.00 seekor dan untuk kucing jantan RM 80.00 seekor. Klinik yang aku pergi adalh klinik haiwan kerajaan. Caj yang kilinik swasta aku tak berapa nak tau.tapi korang boleh gugel sendri ye. 

Bawah ni adalah kucing yang aku selamatkan dan aku adopt dari orang lain. Dan kucing2 ini semua free kalau korang nak. Contact aku kat FB atau emel ye :)



bubu dan kecik - adik bradik.sekor ilang.sekor agi riuh sekampung.

0 SAY WHAT??!!!!: