Monday, March 28, 2011
Pilihan pada kita~
Ak dah lebih 5 kali tengok video ni ulang-ulang. Memang terbaik la~ Lawak dan penuh mesej pengajaran. Tiba-tiba je aku teringat zaman aku study dulu. Aduhhh,... rindu nya....
Monday, March 21, 2011
Sekadar 'Copy' and 'Paste'
Heran betul aku dengan sesetengah sikap manusia ni~ Bukan apa, baru-baru ni aku ada terbaca some post about Islam di FB. Tak salah nak post apa-apa pasal agama suci kita ni kat FB atau mana2 yang korang rasa sesuai(selagi mengikut kitab).
Yang menjadi masalah nya adalah pada tukang post dia. Ok, sebelum aku memulakan penaipan yang seterusnya, aku nak ingat kan bahawa segala yang aku akan tulis selepas ni adalah berdasarkan pandangan aku sendiri. Tidak ada niat nak meng-gelakkan, menghina atau mengutuk sesiapa.
Bermula sebuah kisah di dalam FB~ wooo~ hehehe ^^v Gurau je la!
Baru-baru ni aku ada baca pasal post dari seorang kawan di FB ni. Dia post pasal murtad, hidup cara barat dan bla bla bla~ Ok fine kalau kau nak post semua tu, TAPI.... dengan keadaan hidup kau yang clubbing siang malam, pakai sendat sana sini. You know what? Aku rasa macam kau ni mempersenda kan agama kita! Pic profile FB kau sendiri gambar kau dengan kawan-kawan kau tengah berposing maut dengan baju yang 'sekadar menutupi urat'.
Post kau bukan main lagi pasal umat Islam zaman sekarang yang dah jauh dari agama, hidup cara barat, banyak dah murtad... tapi kau tengok diri kau. Bukan ke apa yang kau tulis tu seolah-olah merujuk kepada diri kau. BTW, aku nak tahu jugak apa yang terlintas atau terdetik kat hati kau masa kau copy(aku tau kau copy) post tu dari orang lain? Kau baca sampai habis tak? Atau kau sekadar baca perenggan pertama dan kedua., pastu terus copy dan post dalam FB kau?
My dear, sudah la. Apa MOTIF kau sebenarnya post benda tu dalam FB kau? Nak get attention dari pak-pak ustaz kat luar sana? STOP IT ok! Its meaningless la kalau kau sendiri salah seorang umat Islam yang dah 'terlajak jauh'!
Aku bukan la nak kata aku ni baik macam Ustaz Amirul(tengok Tv 3 Khamis malam). Tapi sekurang-kurang nya aku tidak menyuruh orang berjalan tegak sedangkan aku sendiri berjalan senget~ Kau rasa ada tak orang yang tersentuh dengan apa yang kau post tu? Atau sekadar baca 2 3 perenggan macam kau, and then copy dan post pulak dalam FB diorang?
Maaf andai terasa!
p/s: kita di akhir zaman, pandai-pandai la guna masa mencari bekalan untuk di 'sana'.
Saturday, March 19, 2011
~Malaysia Tanah Air Ku!~
Korang agak2 kan, dengan nombor giliran yang aku dapat tu, agak2 pukul berapa aku dapat jumpa doktor?
Ok semua, ini lah MASA nya untuk MENGHENTIKAN fikiran TIPIKAL kita tentang hospital kerajaan! Aku kena tunggu, tak sampai 30 minit pun! Haaa... TERGEZUT x?!
See, cepat kan? Come on la guyz! Zaman dah berubah la.... Ini bukan hospital kerajaan 10 tahun dulu yang korang kena tunggu sampai sakit korang tu dah elok baru doktor panggil. Sekarang semua nya dah berubah!
Kalau aku sakit teruk, KOMPOM aku sembuh cepat beb! Tak payah nak bazir duit pergi hospital swasta yang lain, service sama jugak!
And, yang penting. Doktor dan staff dia yang lain semua tip top beb! Layan memang 1st class ar!
Monday, March 14, 2011
Jalan-jalan~
Sabtu lepas aku pergi ke i-City untuk kali ke-2 nya. Kali pertama aku pergi tahun lepas dalam bulan 10/11 rasa nya. Tu pun sebab ada meeting kat Subang dan malam free, so pergi lah menggedik sekejap kat Shah Alam.
So, nak dijadikan cerita.... Sabtu lepas aku pergi, kira nya BANYAK PERUBAHAN yang berlaku. Ye lah, hampir ke semua rumah kedai yang kosong dulu dah berpenghuni, jalan dah tar, makin banyak lampu2 yang di tambah, permainan pun dah banyak.
Tapi dalam semua perubahan yang berlaku tu, ada satu benda ni aku kurang gemar. PARKING MAHAL DAN SEMUA NYA KENA BAYAR UNTUK MASUK! What da *****!!!!!!!!!!!!
Giler ah! Dah la parking kena bayar 10 henget(untuk satu kereta), pastu dari parking kena jalan macam tak nak jauh ke menatang berlampu tu, dan dalam tu pulak untuk sesetengah tempat tu, nak masuk untuk tengok-tengok kena bayar. Pekehal nya! Hilang mood aku dengan yum nak masuk jauh lagi. Bukan la berkira sangat kan, tapi tak berbaloi dengan apa yang kita bayar. Kalau parking ada bumbung tak pe la, ini turap pun tidak! Dia ingat aku ni naik motor scrambler kot pegi i_City ni~
Yang agak ok nya pasal i-City ni, sekarang ni dah banyak tarikan dan hiburan yang agak berfaedah.Contohnya ada taman haiwan(ada ular Anaconda), pastu ada rumah salji(merasa sikit mcam duk oversea), ada booth memanah(tgok gmbar atas) dan macam2 lagi la. So, kalau korang nak tahu, pergi la sendiri ye. But, pastikan la poket korang ada 100++.... Tu pun kalau korang nak enjoy dengan family la. Setakat pergi dengan kawan-kawan, tak payah la gedik nak masuk tempat yang budak2 punya kat sana~
SANGAT TIDAK PUAS HATI~
p/s: ak xde mood nak bergambar, so buh la gmbar yum~ (dia memanah hebat beb!)