pEnGikOt

Monday, March 21, 2011

Sekadar 'Copy' and 'Paste'

Heran betul aku dengan sesetengah sikap manusia ni~ Bukan apa, baru-baru ni aku ada terbaca some post about Islam di FB. Tak salah nak post apa-apa pasal agama suci kita ni kat FB atau mana2 yang korang rasa sesuai(selagi mengikut kitab).


Yang menjadi masalah nya adalah pada tukang post dia. Ok, sebelum aku memulakan penaipan yang seterusnya, aku nak ingat kan bahawa segala yang aku akan tulis selepas ni adalah berdasarkan pandangan aku sendiri. Tidak ada niat nak meng-gelakkan, menghina atau mengutuk sesiapa.



Bermula sebuah kisah di dalam FB~ wooo~ hehehe ^^v Gurau je la!



Baru-baru ni aku ada baca pasal post dari seorang kawan di FB ni. Dia post pasal murtad, hidup cara barat dan bla bla bla~ Ok fine kalau kau nak post semua tu, TAPI.... dengan keadaan hidup kau yang clubbing siang malam, pakai sendat sana sini. You know what? Aku rasa macam kau ni mempersenda kan agama kita! Pic profile FB kau sendiri gambar kau dengan kawan-kawan kau tengah berposing maut dengan baju yang 'sekadar menutupi urat'.



Post kau bukan main lagi pasal umat Islam zaman sekarang yang dah jauh dari agama, hidup cara barat, banyak dah murtad... tapi kau tengok diri kau. Bukan ke apa yang kau tulis tu seolah-olah merujuk kepada diri kau. BTW, aku nak tahu jugak apa yang terlintas atau terdetik kat hati kau masa kau copy(aku tau kau copy) post tu dari orang lain? Kau baca sampai habis tak? Atau kau sekadar baca perenggan pertama dan kedua., pastu terus copy dan post dalam FB kau?



My dear, sudah la. Apa MOTIF kau sebenarnya post benda tu dalam FB kau? Nak get attention dari pak-pak ustaz kat luar sana? STOP IT ok! Its meaningless la kalau kau sendiri salah seorang umat Islam yang dah 'terlajak jauh'!



Aku bukan la nak kata aku ni baik macam Ustaz Amirul(tengok Tv 3 Khamis malam). Tapi sekurang-kurang nya aku tidak menyuruh orang berjalan tegak sedangkan aku sendiri berjalan senget~ Kau rasa ada tak orang yang tersentuh dengan apa yang kau post tu? Atau sekadar baca 2 3 perenggan macam kau, and then copy dan post pulak dalam FB diorang?



Maaf andai terasa!






p/s: kita di akhir zaman, pandai-pandai la guna masa mencari bekalan untuk di 'sana'.


0 SAY WHAT??!!!!: