pEnGikOt

Sunday, August 21, 2011

Budak-budak Zaman Sekarang :)



Salam penghujung Ramadan korang semua. Kurang lagi 10 hari je kita nak puasa kan? So, macam2 la korang da beli untuk raya kan? *Sogo ada SALE murah

Nak dipendekkan cerita, tadi aku ada jalan2 kat satu page nie...dan aku nampak ada satu post nie yang SANGAT best! So, korang boleh la baca kat bawah nie ea, dan renung2kan sampai termenung :p

    
                                       


Budak-budak sekarang dah manja. Ibu-bapa sering saja pening kepala, duit cukup dan berharta pun tak guna, sebab semua dihabiskan anak-anak yang manja. Hujan lebat sikit dah sambung tidur lena, sebab dah tau tak boleh sekolah nak buat macamana?.
Padahal sekolah sekangkang kera sahaja. Tambahan pula ada motor dan kereta, jadi budak-budak ni sebenarnya mengada-ngada.

Budak-budak sekarang dah manja, tengok kawan lain pakai henpon dia pun nak guna, ditanya ayah kamu nak buat apa?, lalu dijawab senang nak telefon kalau ada apa-apa. Dibeli si ayah henpon nokia biasa, ditolaknya si anak sebab nak yang berkamera. Ditanya lagi siayah kau nak telefon ke nak buat apa?, dijawab si anak nanti malu dengan kawan-kawan yang lagi canggih darinya

Budak-budak sekarang dah manja, kena tegur sikit muka dah masam mencuka. Tarik hidung tarik muka sampai ke besok lusa, sebab ayah lambat ambil kat sekolah je halnya

Budak-budak sekarang dah manja. Sehari belanja sekolah sampai RM5, tu belum campur kat skolah agama. Apa yang dijual kat sekolah semua mewah belaka, nugget, sosej dan burger itu dibelinya. Mak pesan bawak bekal haram dibuatnya, yela nanti nampak dek awek mana nak letak muka?.

Budak-budak sekarang dah manja, cuti sekolah  pergi CC saja, ayah dan mak dan mak tak boleh nak buat apa, yela anak kesayangan meraka la dia nya. Selalu ajak pergi kenduri asyik menolak sahaja, alasan yang diberi yang kahwin tu bukan kawan kita. Habis bila kau kawin nanti yang datang kawan-kawan kau sahaja ke?, kawan papa kawan mama tak payah tunjuk muka?

Budak-budak sekarang dah manja. Pergi kedai beli aiskrim pun nak bawak motor bapa. Padahal kedai tu jauhnya cuma depan mata, alasan panas nanti hitam la muka. Maklumla kecantikan kena jaga, nanti takde sapa nak tackel.

Budak-budak sekarang dah manja. Dapat no 3 periksa nak hadiah komputer. Hadiah baju baru dah tak main dah. Alasannya kita mestilah ikut peredaran masa, perlu ada akaun Facebook dan Twitter baru la nampak bergaya. Bila ayah tanya boleh tak taipkan surat kat komputer, jawapan diberi nak belajar tapi takde masa. Padahal komputer tu dah nak masuk tahun kedua. Akaun Facebook ada 1243 kawan semuanya, follower twitter ada beratus lah jua. Last-last belajar ntah kemana, duk mengadap komputer ntah buat apa-apa. Keputusan merosot setiap masa.

Budak-budak sekarang dah manja. Makan nak sedap aja. Ikan masin dan telur goreng dah tak dipandangnya. Syarat wajib ayam takpun daging mesti ada. Sayur dah kompom tak makan punya, kalau ada pun sayur yang jenis lembut yang dipilihnya

Budak-budak sekarang dah manja. Generasi terbilang dah hilang kilatnya. Semua remaja pakat nak bebas saja. I dan U istilah biasa, konon hebat BI padahal meraban ntah apa-apa. Lelaki perempuan bercinta dah memang lumrah manusia, tapi kalau umur 14 tahun nak bercouple apa kejadahnya? ayah dan mak rilek aja. Maklumlah mereka kan sporting orangnya. Anak emas ditatang sepenuh nyawa, akhirnya menconteng arang dimuka.

Budak-budak sekarang dah manja. Tak macam  dulu Malaysia lebih bermakna, berbanding Malaysia sekarang yang ramai orang manja. Kalau dulu Jepun serang kita bersiap siaga. Kalau kali ni diserang kita menyorok dalam selimut jela.



0 SAY WHAT??!!!!: