pEnGikOt

Saturday, April 6, 2013

Kucing percuma – memberi dan menerima

                               


Salam semua. Maaf lah pada yang duk contact aku untuk beli barang or nak ambik kucing dan aku tak reply or reply lambat.

Bukan aku saja nak reply lambat atau tak nak reply.tapi sebab sibuk dengan keje dan idup ni.. maklum la.kuli je kan..sibuk la buat keje yang bos suruh..iskk iskkk.

Ok.pape pun.. Alhamdulillah.semua meow yang aku iklan di blog ni dan fb.semua dah ada orang amik.
Terima kasih pada yang sudi amik.dan yang takde rezeki tu..mungkin anda leh Google lain cari meow free..

Cuma aku nak cakap..semua meow yang aku bagi.adalah meow jalanan yang ada aku kutip dan ada yang datang umah mintak makan. Motip aku bagitau sebab ada ssetengah orang ni sangka aku jual kucing baka elok. Maaf ye.aku tak jual kucing.

Aku bagi PERCUMA sahaja. Takde caj apa pun.dan mana yang kata umah dah habis makanan.aku bagi skali makanan meow takut2 meow tu lapar sementara nak tunggu tuan dia belikan makanan,

Dan.sini aku nak ceritakan satu kisah. Ada hamba Allah ni.dia janji nak adopt meow aku.perempuan orangnya.dan aku pun janji la masa dan tempat.

Lepas aku janji tu.macam biasalah.ada unsur2 janji melayu kat situ bila kata kul 12 nak jumpa. tapi bila aku da tercegat kat tempat yang dijanjikan..orangnya tak muncul. Its okhay.aku faham je..jalan jem….nama pun hujung minggu.. (walaupun dalam atey ada hint rasa kena kencing)

adalah dalam 20 minit aku tunggu..pastu dia call.cakap dia dah sampai kat tempat tu..aku pusing la cari.dan jumpa tuan badannye..
                                    
Dia pun duk tengok kucing aku dan owhh.aku lupa nak citer.yang meow aku nak bagi dia.Ada 2 ekor.sekor putih dan sekor belang oren.umur 3 bulan.. yang belang oren tu.kebetulan sebelum hari tuan baru dia nak amik..dia mengalami kemalangan..ada la cedera sikit atas mata dan bibir dia.. takde lah sampai patah riuk apa..luka sikit je pun..

Pastu.masa tuan dia tengok meow tu..aku mintak maaf la siap2 sebab meow yang aku nak bagi dia ada luka sikit.. dan dia dengan muka hepi.kata dia tak kisah.

Terkejut aku tau..yelah.bdsarkan kes sebelum ni..ada adopter yang bila nampak meow aku luka or comot sikit..terus kata taknak.. korang imejin la betapa sedihnya aku masa meow aku kene rejek tu,.tapi aku redha dan rasa hepi jugak.sebab takut jugak kot orang tu amik.dan pastu buang ntah ke mana..naya meow2 aku..

Ok.balik kat kes tadi..tuan yang nak amik meow aku yang luka tu.hepi dan siap usap2 lagi.. Ya ampun.terharu habis aku tengok nye..meow aku pun manja dan bunyik2 je masa kena usap. Alhamdulillah.

Ada jugak manusia yang penyayang tu. owhh.lupa.tuan dia pempuan dan masih single *wink wink*. So,sape yang nak carik calon bini.korang tengok dlu perangai dia dengan haiwan..kalau dia ok je dan sayang dengan meow.. BESAR KEMUNGKINAN, korang akan dapat bini yang penyayang dengan anak2.. InsyaAllah. Amin


Jadi.kat sini.moral nya.. kalau korang betul pencinta haiwan la kan.tak kisah la haiwan apa pun.. tak patut ada kes rejek meow or haiwan pape pun juz sebab haiwan tu comot or luka. Sikap tu sangat keji dan takleh terima. Aku juz nak cakap..orang yang pilih rupa haiwan ni.. dia lahir dulu buruk gak.keluar dari pantat je pun..takyah nak feeling diva pilih2 rupa haiwan.kalau mak ko pilih rupa baby dlu..dah lama aku rasa ko kena campak dalam longkang ke..tong sampah ke..pasal rupa ko buruk kot masa lahir.dengan lendir segala…


Soo.korang yang baca post ni..aku harap dapat la korang beli sedikit kibles/biskut haiwan kat mana2 pet shop dan simpan dalam kereta atau hand bag. Takyah la beli banyak sampai 10kg..cukup kalau beli 100gram je pun… Sebab nanti.juz in case.korang pegi mana2.dan ternampak haiwan yang kelaparan.korang boleh bagi.. apa salahnya berkongsi sedikit rezeki korang yang lebih tu kan?
                                              

Dan pada yang berkemampuan tu..kutip je meow jalanan yang korang jumpa tu.pastu bela atau rawat..kalau lepas dah rawat tu dan korang tak nak bela..korang leh iklan dalam FB or blog. InsyaAllah.ada orang nak dan kalau boleh jugak, PASTIKAN meow yang korang nak bagi orang lain tu.sila mandulkan dulu.supaya takdelah kes kucing beranak kena buang tepi jalan or kena bunuh ke apa..

0 SAY WHAT??!!!!: