pEnGikOt

Monday, November 26, 2012

Video Terbaru aku

Korang!!! Ni ada entry baru! 

ehh.mestilah ada kalau aku da publish kan?

ko merepek apa ni seytannnnn!

Ok.back to the topik..aku ada masuk petandingan buat video untuk u-Pustaka.

So..korang rajin2kan la diri LIKE dan tengok video tu ye..yang penting ada muka aku tau.. MAMPUUUU?
hahahaha! 

biasalakannn amatur mcam aku dan kawan2 aku...takde la gempak mana..tapi boleh laa dari takde kan... ok.sampai sini je hapdet aku kali ni. Sebab aku sbuk nak mengemas dan balik dah ni.hahahhaa


Daaaaaaa! 

Friday, November 23, 2012

Tazkirah Jumaat



Hati ibarat permata atau jauhar. Sekiranya elok dan bersih hati seseorang anak adam itu maka eloklah seluruh anggotanya.
 Jika buruk hati seseorang anak adam itu maka rosaklah seluruh anggotanya.

Hati ibarat raja yang memerintah anggota-anggota lain didalam badan. Anggota-anggota ini termasuklah tangan, mata,telinga diibaratkan sebagai tenteranya.

Perbuatan seseorang itu bergantung kepada hatinya. 
Sekiranya hati itu menyuruh ke jalan kebaikan,
 maka anggota itu akan bertindak ke arah kebaikan. 
Begitu juga sebaliknya.

Maka, perbaikilah hati. 
Sentiasalah dekatkan hati dengan Al-Quran dan solat. 
Semoga hati itu mudah menerima teguran apabila silap, 
sentiasa bahagia apabila terjaga dan sentiasa hidup walaupun terlena. 


Renung-renungkanlah~

Tuesday, November 20, 2012

Huhhhh!

angry smiley icon full color rack card
Ko datang taknak bagitau...lepas tu aku rehat ko sebuk nak kacau.

Lantak pegi aku nak layan.

Nak feeling sentap ke apa..tu masalah ko.
Sentap aku nak simpan dalam poket ke? 

huhhhh!

Ko nak datang ke tak nak datang lepas ni aku tak nak amik tau
Yang aku tau line itenet ni mesti ok dalam masa 3 hari.

Kbaiiii




p/s: still rasa lapar sebab makan tadi tak puas. cissss!

Saturday, November 17, 2012

Kifarah dosa aku.

Hari ni demam. Ekceli malam semalam dah mula rasa aura2 demam tu..tapi pagi tadi memang terasa habis demam + selesema. Pakej katanya...


ubat aku petang tadi.

Tapi Alhamdulillah - sebab aku terima sakit aku ni sebagai kifarah. Ye lah..dosa betimbun kan,..so sakit sikit2 ni dapat la tebus dosa tu.

Bila sakit macam ni teringat pula kat sumone - but honestly aku ada quiet blurring bout the person.

Yang aku ingat..dulu kalau aku demam - dia akan larang sekeras2 nya dari makan panadol. Dia akan cuba cari air kelapa atau dia akan suruh aku tido sampai aku rasa lega. But whos that? Kind a weird kan bila kita tau orang tu wujud..tapi kita tak berapa nak ingat sapa dia. Its okhay..since aku pun da lama 'single' - soo.takde efek pape pun orang tu still wujud atau tak. Ohhh.there is no 'tak kenang budi' - 'lupa daratan' or watsoever pun. Juz nak cakap..there must be a reason behind everything kan.. 

And you know what..aku still ingat ada satu hari tu..rasanya aku still in Perlis kot. Aku demam.and dia dah cari air kelapa untuk aku..but aku still rasa mcam lambat nak lega. Soo.masa dia pegi ke mana ntah, aku suh kawan aku keluar dan beli air 100 plus dan panadol. Tapi lepas kawan aku kelura, tetiber dia muncul dan tak lama macam tu kawan aku yang beli panadol dan air 100 plus tu pun balik. (masa tu kedai dekat dengan umah - jalan kaki 5 minit smpai dah)

Yang bodo nye..kawan aku tu dengan selamba badak dia bagi air 100 plus dan panadol tu kat aku... ayoooo.very the saspen okhay muka aku masa tu. Yang dia plak pandang aku macam aku ni baru balik dari bunuh semua orang kat Kangar.

Lepas je kawan aku tu masuk bilik..si dia tu pun amik plastik yang berisi panadol dan air 100 plus tu dan tengok. Dia tak tanya apa pun..dia terus amik panadol tu dan baling kat dinding. *sangat takot tengok dia mrah masa tu*

Ermmm.tu je la kot yang aku ingat pasal dia. But...sape dia? Takpe la..aku dapat advice dari sorang makhluk Allah ni. Dia kata "bukan semua perkara kita perlu tahu dan ambil tahu" - dan oleh kerana aku percaya sangat akan makhluk Allah tu..aku pun malas nak pk banyak2. 

Pape pun..million thanks to that person yang very kind untuk amik berat pasal aku. Maybe jodoh kita tak panjang dan aku percaya - jika kita ada takdir untuk bertemu, kita pasti ada takdir untuk berpisah. Dan kalau ko adalah salah sorang yang baca post ni..aku mintak maap dan mintak halal untuk semua nya spanjang kita berkawan. Juz nak bagitau.segala perasaan marah - suka - sedih tak kekal dalam dunia ni. Pastikan idup ko penuh dengan benda yang berguna untuk diri sndri dan masyarakat. And please do contact me in any way you know. Aku tunggu tau.... 

Sekian.

Thursday, November 15, 2012

Tahun Baru yang Marah

Selamat Tahun baru a.k.a Salam Maal Hijrah semua!


Alhamdulillah kita semua masih idup dan dikurniakan rezeki lagi sehinga hari ni.

Korang apa kaba? 

Ok.tak yah jawab..harus masih sihat.dan kalau ada sakit pun takde la sampai teruk kan coz korang leh je baca blog aku ni..gitewwww~


Aku cuti 4 hari...sampai esok. Soo.cuti ni harus digunakan sebaik mungkin.

Hari ni takde mende sangat aktivit aku..cuma aktiviti aku bermula dari pagi tadi sampai ke petang.

Pagi tadi aku teman kakak aku pegi sevis kete. Kat Rawang je..sebab situ salah satu pusat sevis Proton yang sah. Harusla nyehh pegi pusat sevis Proton yang sah. Kang pegi bengkel ntah mana2..kalau pape jadi takleh claim warranty okhay.

Agak lama la dia sevis kete tu sebab mekanik tu buat balancing + tukar getah cermin + ejas brek +++. Aku kira dalam 2 jam gak la. Tpi dekat situ tmpat menunggu dia ada ekon dan ada movie pe ntah dia pasang..pastu wifi pun laju...soo.agak kurang la rasa bosan tu. heheheh

Lepas balik dari sevis kete..aku dengan kakak aku jalan2 kat Tesco. Bukan nak beli apa pun.jalan2 cari pasal je..sebab kakak aku nak cari meja baca..tapi yang jenis kecik punya... dapat jumpa..tpi aku lupa nak candid...nanti la ye aku updet lain.

Lepas beli meja tu dan beberapa barang lain..aku dan kakak aku pun pegi beli mnuman wajib kitorang setiap kali pegi Tesco. jeng jeng jeng...Coolblog!

Feveret aku adlah ccokolat blog! Sedap nyehhh!

ni adalah chocolate blog! nyaman betul minum di tengah hari. 
Tapi satu je yang aku tak puas atey. Layanan staff dia memang mintak cerca! Ayooo..very the DIVA okhay muka dia. Macam aku dgan kakak aku nak mintak air free! Seyes aku bengang..memang aku nak hamun la kat situ gak. Tapi sebab kakak aku kata tak nak kecoh2..aku pun diamkan je.

Korang imejin ea...aku dengan kakak aku pegi kaunter..yang aku nampak ada 3 staff. Dan sorang tengah buat air - sorang tengah duk kat cashier dan sorang lagi buat mende ntah. Aku segan nak oder sebab situ semua pelacur BETINA, soo.aku pun suh kakak aku oder kan.

kakak aku pulun bediri depan kaunter dan semua staff situ buat macam kitorang ni tak wujud. Pastu kakak aku pun pegi dekat orang tu dan cakap nak oder..skali dengan muka ala2 pelacor jalanan..betina tu leh jwab.. "pegi sebelah sana oder.sini bayar je *dgan nada kekwat*' - Ayooo.ko ni pe msalah bangkai oiii?! Takyah nak bajet diva sangat setakat keje kiosk air dan mekap muka macam pelacor!

Kakak aku pun jalan ke bhgian tepi sikit tu..dan still bediri depan tu macam tunggul. Tak lama macam tu baru sorang betina tu perasan dan kakak aku pun oder pe yang dia nak.

Aku masa tu tengah duk tweet dan mesej dgan kawan aku..soo.aku tak perasan la pelacor2 air tu buat perngai hanjeng tu...lepas dah aku bayar air tu baru kakak aku citer yang 3 ekor pelacor tu buat hal..! HUHHHHH!

Keje kuli bodo kat kiosk air tu..dan memang aku tau setakat aku dan kakak aku boikot korang takkan rugi apa..tapi jaga baikla korang ye sebab aku akan buat korang bertiga kenal dengan muka aku... Korang dah buat hal dengan salah orang la bangkai!


p/s: tak suka dengan ayat dalam post ni? ADA AKU KESAH?!


Wednesday, November 14, 2012

Istanbul Aku Datang Preview (jalan2 sekali)

Hai korang…! Amacam cuti? Best? Ehhh.korang dah mula keje? Ayooo..kesiannya *baca dengan padan mukanya*


Hahahahhah

muka eksited lepas tgok citer ni~
Aku cuti lagi..sampai jumaat tau.. hari ni aku nak feeling Melayu tulen tau..aku dan kakak aku tengok citer melayu kat wayang. Tajuk dia “Istanbul aku datang”

Cerita dia agak best la.berbaloi la dengan harga tiket 9 henget tu. Dipendekkan cerita..movie tu pasal Dian yang konon2 awek inesen yang sangup ke Instanbul dan amik short course kat sana semata2 untuk duk rapat dengan BF dia nama faruk. Lepas tu sampai kat sana macam2 la dugaan dia dengan BF yang feeling2 busy (BF dia amik doc nyehh.mampuuu?). lepas tu dia kena tipu dalam cari umah sewa kat sana. Sebab kena tipu ialah umah yang dia sewa

Tuesday, November 13, 2012

Peneman Tido yang Baru

Seronok bercuti kan!


Wahhh.seronok cuti tau.bangun pun pukul 11 pagi tadi (lepas semayang subuh aku tido balik okhay)

Aku nak bagitau..yang aku dah ada peneman tido yang baru - hiksss!

Ayoooo.pehal smua buat muka pelik ni?? Haaa.jangan pk notii notiii.coiiiii

Peneman tido aku adalah kecikkkk! hehehe

Kecik ni adalah meow kaler oren yang kecik - aku nak pangil dia oren.tpi meow kat umah aku dah ada yang nama oren..soo.tpaksa pangil dia kecik. Agi pun dia la yang paling kecik dalam umah tu.huhuhu

Petang tadi tau la.ujan lebat - pastu tv plak Astro takde line..membuta je la keje aku. Masa aku tengah tido tu..tetiber aku perasan ada benda bulu2 kat belakang aku.. ingatkan menatang pe.tekejut vavii aku tau.. terbang smangat dan ilang terus ngantok aku... Bila aku kalih..tengok ada kecik tengah tido sbelah aku...aishhh~
nampak tak betapa keciknye dia dgan lengan aku...aishhhhh



Sebelum ni meow aku yang minie tu tak penah pun naik katil aku atau tido sebelah aku..kalau dia masuk bilik pun cuma duk gesel2 kat badan aku.pastu dia turun bwah tido atas sejadah atau tido atas tilam adik aku.. si kecik ni je yang manja lebey tido sebelah aku..dah la tido katil aku.pastu dia panjangkan badan dia..habis aku rasa macam sempit..

Nak buat tak tau,.kang dibuatnye aku himpit kecik.tak pasal arwah plak. Jadi tepaksa la aku tido hujung2 katil dan badan himpit ke dinding..huhuhu

mula tengok2 sebelum membuta sama atas sejadah tu~



Monday, November 12, 2012

Semua berlaku pada tempatnye.

Esok cuti - semalam keje - hari ni pun keje *mula da nak merapu*

Jalan dah mula sesak. Aku pegi Rawang pun dekat nak 30 minit tau. Semua bizi nak balik kampung, shoping dan jalan2. 

Tapi sebelum tu aku nak ucap TAHNIAH kepada kak anum a.k.a Mahanum sebab bejaya buat kenduri kawen semalam. Very the enak okhay makanan dia... tapi tak tambah sebab nak jaga perut..gitewww


Sernok jugak sebab dpat jmpa kawan pjk yang lain dan sembang2. Tapi macam kekurangan sorang.. YES! Its my lovely M - sebab dia ke Melaka katanya.ada kenduri juge...aishhh.~ 

balik kenduri je terus pengsan kejap..huhu. penat okhay..dengan panasnye cuaca hari tu..fuhhhh!

Tapi dalam sronok tu..ada gak sedey.. Kete kesayangan aku kena calar. Tak tau la dengan sape. Aku balik kenduri je, kakak aku bagitau yang bumper depan kete aku kena calar. Ada budak gores dan menang nama dia kat situ. Panjang plak tu tau~
dia nak aku junjung nama dia kemana pun aku pegi... aishhhh

Aishhh.skang ni dah la tayar nak kena tukar, pastu KM plak dah menghampiri servis. Ni nak kena polish kete. Tu pun kalau lepas polish leh ilang...kalau tak boleh? Kena cat baru lah nampaknya... uwaaaaa!

Tapi takpe..aku ingat pesan seseorang tu. "dalam rezeki kita, terselit jugak rezeki orang lain sikit" - Soo.aku nampak dah la rezeki sape tu.harus kedai cat kereta kannnn. 

Dan lebih menambahkan kesedihan aku..meow aku ilang sekor.. ayoooo! malam tdi aku trkenang je meow tu. Nama dia bubu. Kalau korang baca post ni "Kucing Percuma", bubu tu meow yang warna kelabu tu. Skang ni da ilang tak tau ke mana..aku rasa orang rembat...tapi aku doakan kalau betul dia kena rembat..harap org tu jaga meow tu dengan baik. Aku ikhlas halalkan makan minum meow tu selama ni dan halalkan jugak meow tu untuk orang tu bela. 

Tapi apa pun yang terjadi.aku pasti ada hikmahnye. Dan harap, masalah2 yang berlaku ni akan selesai dan dipermudahkan. Amin.



Saturday, November 10, 2012

FB TuTuP!!!!

FB aku ada masalah. Terpaksa dipadamkan seketika. Nak bukak balik tak tau bila. Nyway, thanks kepada mak cik tu yang sudi layan call aku tengah malam. Sesi heart to heart katanya..gitewww~


You know that feeling of disappointment, like ‘ugh’, when something doesn’t go as you’d hoped/expected. And your shoulders sink down, and you become all ‘mopey’ and ‘sullen’, where your face kind of droops and you slouch, and you suddenly feel tired, and frustrated, like you've lost something that you had expected you were going to get, or that you had really wanted, or been looking forward to. 

Yes, that’s ME!


Dah la.takde mood nak hapdet banyak2 - daaaaa :(


Thursday, November 8, 2012

Kucing Percuma Di Malaysia

Salam malam Jumaat semua.redi besenam dah ke korang? Ehhh?!

Ok.jangan nak melalut sangat. Aku hari ni nak buat khidmat komuniti sikit. Bukan apa.asyik menerima je, sesekali nak jugak jadi pemberi kan…

Ok.for the beginning.aku nak tanya korang…minat dengan haiwan tak? Kucing ke? Anjing ke? Ikan ke? Atau tak kisah binatang apa pun? Ok.kalau korang minat pada binatang dan berminat nak pelihara, ini adalah post yang paling sempurna luar dalam untuk korang.

Biasala kan.nak bela haiwan ni bukan keje mudah,..nak kena ada komitmen tinggi..tapi kalau dah minat..smua tu hal kecik je. Nak dipendekkan cerita..kalau korang nak haiwan dan tak nak pusing satu Malaysia menghabiskan masa untuk cari haiwan yang sesuai dengan korang..korang leh masuk laman web

Thursday, November 1, 2012

Skyfall - Review

mengantok - ini yang aku rasa sekarang

Tapi demi semua pembaca tercinta *cinta ke?*, aku gigihkan diri updet blog ni tau. Punca sebab aku mengantok sangat - malam semalam tido pukul 1 - bangun pagi tadi pukul 7 lebih pagi - teman mak pegi pasar - balik umah, bawak kucen pegi klinik - balik klinik ada janji dengan kawan tengok wayang - balik wayang cari baju dan barang sikit2 - dan lepas asar baru ada rehat.

Malam ni masa aku tengah menaip post ni..aku tengah buat part time. Tapi takpe..rezeki aku btambah InsyaAllah ^__^

Hari ni kebanyakan dari yang korang tahu, Skyfall - James Bond adalah hari pertama tayangan. So, ada beberapa kawan aku yang very the eksited nak tengok, dan aku pun join sekali.

Aku tengok kat Jusco Rawang je,. harga tiket macam biasa lah RM 14.00. 

Bawah ni trailer citer Bond. 


Sedikit review pasal cerita abang Bond ni bagi siapa yang belum tengok.

Permulaan cerita agak gempak, dan dia tunjuk yang kawan bond ni kena tembak dan ada satu hard disk (dalam hard disk tu ada maklumat sulit) kena curik! Pastu abang Bond dan sorang kawan dia pempuan tu kejar. Kat situ jalan cerita makin menarik dan saspen. Dan lepas aksi kejar mengejar - kawan dia ada terbuat silap dengan tembak abang Bond. Lepas tu mula jalan cerita dia mcam mana ada pengkhianat dan abang Bond mati hidup semula.

So far, jalan cerita dia agak panjang (3 jam) - tapi takde la bosan mana dan aksi cintan cintun serta aksi 18sx pun kurang.

Cerita kali ni yang menariknya sebab banyak shooting kat area UK(citer sbelum ni rasa dia banyak shooting kat luar kan? ke aku yang kurg tahu?). Maybe sebab dia meraikan 50 tahun umur francais ni kot. Dan yang paling menarik ada babak di mana abang Bond ni guna kereta Aston Martin dari filem Bond Gold Fingers(kalau aku tak silap nama filem tu) dan pertama kali jugak kereta tu abang Bond guna mesin gan dalam tu.

James Bond “Skyfall” : Aston Martin DB5 - James Bond with the Classic Goldfinger Aston Martin
ni lah kereta yang aku cakap tu.

Jalan cerita dia jugak agak komplikated dan takleh jangka apa yang penjahat dia nak buat. Dan crita kali ni semua berkisar pasal Bond nak selamatkan bos perempuan dia tu yang nama M, sebab ada pengkhianat besar nak bunuh bos dia. Dan takde gajet2 yang canggih sangat pun. Kalau korang nak tengok pen leh meletop, cermin mata leh scan orang luar dalam.. HAMPA sangat.

Errmm..setakat ni je kot aku punya review. Takde idea sangat la nak tulis apa. Pape pun, korang enjoy la cerita Bond tu ye. Selamat menonton.