pEnGikOt

Thursday, November 1, 2012

Skyfall - Review

mengantok - ini yang aku rasa sekarang

Tapi demi semua pembaca tercinta *cinta ke?*, aku gigihkan diri updet blog ni tau. Punca sebab aku mengantok sangat - malam semalam tido pukul 1 - bangun pagi tadi pukul 7 lebih pagi - teman mak pegi pasar - balik umah, bawak kucen pegi klinik - balik klinik ada janji dengan kawan tengok wayang - balik wayang cari baju dan barang sikit2 - dan lepas asar baru ada rehat.

Malam ni masa aku tengah menaip post ni..aku tengah buat part time. Tapi takpe..rezeki aku btambah InsyaAllah ^__^

Hari ni kebanyakan dari yang korang tahu, Skyfall - James Bond adalah hari pertama tayangan. So, ada beberapa kawan aku yang very the eksited nak tengok, dan aku pun join sekali.

Aku tengok kat Jusco Rawang je,. harga tiket macam biasa lah RM 14.00. 

Bawah ni trailer citer Bond. 


Sedikit review pasal cerita abang Bond ni bagi siapa yang belum tengok.

Permulaan cerita agak gempak, dan dia tunjuk yang kawan bond ni kena tembak dan ada satu hard disk (dalam hard disk tu ada maklumat sulit) kena curik! Pastu abang Bond dan sorang kawan dia pempuan tu kejar. Kat situ jalan cerita makin menarik dan saspen. Dan lepas aksi kejar mengejar - kawan dia ada terbuat silap dengan tembak abang Bond. Lepas tu mula jalan cerita dia mcam mana ada pengkhianat dan abang Bond mati hidup semula.

So far, jalan cerita dia agak panjang (3 jam) - tapi takde la bosan mana dan aksi cintan cintun serta aksi 18sx pun kurang.

Cerita kali ni yang menariknya sebab banyak shooting kat area UK(citer sbelum ni rasa dia banyak shooting kat luar kan? ke aku yang kurg tahu?). Maybe sebab dia meraikan 50 tahun umur francais ni kot. Dan yang paling menarik ada babak di mana abang Bond ni guna kereta Aston Martin dari filem Bond Gold Fingers(kalau aku tak silap nama filem tu) dan pertama kali jugak kereta tu abang Bond guna mesin gan dalam tu.

James Bond “Skyfall” : Aston Martin DB5 - James Bond with the Classic Goldfinger Aston Martin
ni lah kereta yang aku cakap tu.

Jalan cerita dia jugak agak komplikated dan takleh jangka apa yang penjahat dia nak buat. Dan crita kali ni semua berkisar pasal Bond nak selamatkan bos perempuan dia tu yang nama M, sebab ada pengkhianat besar nak bunuh bos dia. Dan takde gajet2 yang canggih sangat pun. Kalau korang nak tengok pen leh meletop, cermin mata leh scan orang luar dalam.. HAMPA sangat.

Errmm..setakat ni je kot aku punya review. Takde idea sangat la nak tulis apa. Pape pun, korang enjoy la cerita Bond tu ye. Selamat menonton.

0 SAY WHAT??!!!!: