pEnGikOt

Tuesday, February 19, 2013

Cara semakan BR1M - 2013

Semakan BR1M 2.0 : Setakat ini, telah lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) yang telah dihantar dan diterima dan kami jangkakan jumlah permohonan BR1M 2.0 akan bertambah menjelang tahun 2013 kelak : 

Borang BR1M 2.0 Online : KLIK SINI

  • Jika anda masih belum menghantar sebarang permohonan BR1M 2.0 online ataupun secara manual, CEPAT!! Sebelum tarikh permohonan BR1M 2.0 akan ditutup tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, tarikh tutup masih belum diumumkan sehingga ke hari ini.

Semakan BR1M 2.0 : Statistik Permohonan

  • Terdapat 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 yang telah diterima
  • Status permohonan setakat ini menunjukkan lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan 720,000 permohonan daripada isi rumah.
  • 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara BR1M 2.0 online

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos :

Saturday, February 16, 2013

Angin Kemalasan

Selamat berhujung minggu semua! Very the bizi dengan keje dan life  bulan ni. Tapi dalam sibuk kerja dan jaga anak2 bulus kat umah..tak tau dari mana ia datang.. ANGIN KEMALASAN.

Seyes aku takde motivasi langsung nak buat smua keje..aku rasa malas sangat2. Tapi aku gigihkan jugak diri dengan buat2 semua kerja walaupun ada beberapa kerja tu masih dalam ‘list to do’.

Dan dalam kemalasan aku tetiber dapat motivasi dari my love..siapakah?

Errr,..alaaa.malu nak bagitau. *tutup muka pakai tangan

Okhay.stop gedik!

Yang aku masih ingat dia cakap ..dia kata “belum terlambat untuk kamu berpatah balik..jujur pada diri sendiri dan orang lain. Kalau ada benda yang kamu buat dalam hidup ni adalah benda yang tak patut kamu buat. BERHENTI dari membuatnya. Hidup ni terlalu singkat untuk terus berada di laluan yang salah..semakin lama anda berada di laluan yang salah.semakin sedikit masa yang anda ada untuk berada di laluan yang betul”

Aku macam “waahhhh..betul tu!” **tetiber bersemangat balik.

Btw.ayat dia cakap kat aku tu takde la skema macam tu..adalah bahasa pasar sikit..tapi demi untuk membuatnya nampak dramatik(++getik), so aku tulis la ala2 Google translate. gitewwww

And at the end of the day..aku still rasa mcam tak semangat mana pun..tapi disebabkan sapot datang dari smua arah..so.takde la aku rasa mcam lonely sangat.

Papepun juz chill out dan jangan stress sangat!

Thursday, February 14, 2013

4 perkara

Assalam semua. Lama tak hapdet blog ni..dah berhabuk atas bawah..

1st: Aku ucap terima kasih tak terhingga pada semua pelangan aku yang sudi berurus niaga dengan aku sama ada online atau offline.

2nd: Barang2 banyak dah habis.jadi aku terpaksa UTAMAKAN yang offline sebab dorng datang sendiri dan pick-up sendiri. Sedih la dik klau da datang jauh2 tapi barang takde kannn? – So, yang online aku MINTAK HAMPUN banyak2 ye..kena tunggu la sikit..ala.bukan lama mana..2 3 hari je (minggu depan la cter dia)

3rd: Duit akan dikembalikan jika terdapat sebarang lebihan wang yang anda bank-in… tapi pastikan korang sertakan sekali bukti bank-in tu ye.sebab tak gigih la aku nak track sorang2 sape yang terlebih bank-in.

4th: Yang barang makanan seperti kek coklat dan kuih muih segala tu harus la offline uolss..aku tak jual online.sebab harga akan meningkat kalau jual online..nak bagi harga murah..ttup kedai aku lama2… Jadi uolss jangan la segan2 keluar umah dan cari kek atau kuih di kedai yang terdekat ye..

Tuesday, February 5, 2013

Rumpai laut collagen (stok baru)

Salam semua!! Kini aku ada stok bru sampai untuk korang!! Sangat terhad!!! Dan harga masih dalam promosi!!!! Cepat dapatkan!!!!