pEnGikOt

Tuesday, February 19, 2013

Cara semakan BR1M - 2013

Semakan BR1M 2.0 : Setakat ini, telah lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) yang telah dihantar dan diterima dan kami jangkakan jumlah permohonan BR1M 2.0 akan bertambah menjelang tahun 2013 kelak : 

Borang BR1M 2.0 Online : KLIK SINI

  • Jika anda masih belum menghantar sebarang permohonan BR1M 2.0 online ataupun secara manual, CEPAT!! Sebelum tarikh permohonan BR1M 2.0 akan ditutup tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, tarikh tutup masih belum diumumkan sehingga ke hari ini.

Semakan BR1M 2.0 : Statistik Permohonan

  • Terdapat 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 yang telah diterima
  • Status permohonan setakat ini menunjukkan lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan 720,000 permohonan daripada isi rumah.
  • 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara BR1M 2.0 online

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos :

  • Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos
  • Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline :

  • Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja

Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013? 

  • Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya
  • Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut
  • Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara
  • Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.

p/s: aku da dapat semalam! YEZZA!!

1 SAY WHAT??!!!!:

Unknown said...

Sampai bila tempoh sah laku baucer br1m 2.0?