pEnGikOt

Thursday, August 22, 2013

Elysium & Mortal Instruments (personal review)

Salam malam jumaat semua. Hari ni macam biasa lah aku cuti.. sooo.memandangkan ada bnyak citer baru keluar kat wayang..jadi aku pun rajinkan diri ke wayang tengok citer2 tu.. 2 citer je uolssss sempat tengok…sebab malam ni I keje part time.

Citer 1st aku tengok..citer Elysium. Citer dia pasal tahun 2154..masa tu bumi dah nazak..banyak hancur dan pencemaran sana sini. Tapi bagi yang kaya gilerr, dorang bina satu tempat tinggal kat angkasa nama Elysium(tahu dah la kan mana citer dpat nama). Kat Elysium tu segala mcam kmudahan ada..siap ada mesin tu..ko baring je kat mesin tu..nanti dia scan body ko dan mana2 yang sakit ke patah ke reput..mesin tu akan repair..kelasss kan?. Nyway..penduduk bumi ni..idup la dalam keadaan merana dgan pncemaran segala.dan Matt Damon ni..dia keje kilang.dia bekas penjenayah(yang HOT). Satu hari dia eksiden kat kilang dan terkena radiasi tinggi..dia ada peluang untuk idup 5 hari je. Sejak tu..dia terus brenti keje dan cuba sedaya upaya untuk idup dan pegi ke Elysium tu. Sooo.dari situ la mula jalan citer dia.


Pandangan peribadi aku…citer ni sangat menarik dan sangat tersusun jalan citer dia. Dengan CGI yang sangat detail dan cantik.. pastu citer pun tak meleret bagai. Aku bagi 9 bintang la kat citer ni. Dan dalam letup sana sini tu.ada gak dia selitkan romantik and frenship dalam citer ni. Sangat2 berbaloi untuk korang tengok! Adengan 18sx pun tak banyak (cuma ada babak kiss sekali je spanjang citer). Kesudahan citer agak ‘FRESH’ sebab jarang ada citer aksi ni ending macam tu.. Nak tau..tengok sendiri :)

Citer 2nd yang aku tengok..citer Immortal Instrument. Ni citer fantasi dan aksi. Citer pasal sorang pmpuan ni yang ada kelebihan luar biasa. Dia start mula kesan kelebihan dia tu masa dia remaja dan kebetulan dia nmpak ada org kena bunuh kat kelab malam. Since that dia mula jadi bnda pelik kat dia sampai lah mak dia kena kidnap. 



Masa misi dia cari mak dia tu..macam2 la orang yang dia jumpa.. dan macam2 perkara baru dia belajar trmasuk kelebihan yang dia tak pernah tau dia ada…Jalan citer agak meleret dan tak banyak benda2 fantasi yang boleh buat kita ‘WOOWWWW’ dalam citer tu. Juz benda2 yang cliche je ada.mcam vampire, werewolf dan ahli sihir. Untuk tontonan ringan boleh la tengok citer ni..plot citer pun tak berkembang sangat..dan leh agak apa yang jadi untuk babak2 seterusnya. 

0 SAY WHAT??!!!!: