pEnGikOt

Wednesday, October 16, 2013

Masalah kebanyakan kedai makan orang Melayu!

1.Tak mau senyum

2.Malas amik order

3.Pelanggan datang 4 orang,bagi menu 1

4.Time bayar, nak kena ulang dua kali apa kita makan, sepatut terus ada resit

5.Time bagi duit, nak bagi baki tak ada duit pecah

6.Tak mau cakap terima kasih

7.Stall/Kedai/Perkakas/Pakaian tak bersih

8.Bila complaint muka jadi bengis

9.Isnin buka, selasa tutup, rabu buka, khamis tutup

10.Asyik asyik cakap "tunggu jap"


11.Air buah tawar, macam minum air kosong

12.Makanan kalau terlebih masin, atau tak sedap tak nak tukar 
baru dan pekerja salahkan tukang masak untul tolak bahawa bukan salah pekerja amik order

13.Berkira tak boleh bagi diskaun contoh RM50.10, 10sen tu nak juga

14.Isnin buka pukul 10pagi, selasa 11 pagi, rabu 10.30pagi, timing buat menyirap

15.Barang rosak sebelum guna, tak boleh ganti baru.

16.Setiap kali nak order kena pergi kaunter, walhal kedai tak ada orang, sepatutnya boleh je pekerja datang kat meja amik order

17.Tak pernah tanya feedback pelanggan contohnya "macam mana makanan bang? ok semua?"

18.Dekat menu semua ada makanan disenaraikan, bila tanya nak makanan A jawapan "habis", makanan B jawapan "habis", makanan C jawapan "tak ada".

19.Selalu tak alert dan salah amik order,tidur.

20.Kedai buka hanya untuk cukup cukup makan, tak nak maju serta promosikan.

21.Pelanggan 30 orang, pekerja 2 orang.

22.Order pukul 8malam, makanan siap buat pukul 10malam.
23. meja makan lambat kemas...kekadang org datang duduk atas meja penuh pinggan kotor pelanggan sebelumnya...


24. Datang ambek order sambil dukung anak..

25. Ambek order...pastu 10 minit dtg pulak cakap benda yg order tu dah habis..order lain la..

26. Pinggan dan cawan ada yg berkerak dan cawan ada yg dah sumbing..

** sumber DI SINI

0 SAY WHAT??!!!!: