pEnGikOt

Thursday, November 19, 2009

~Bebas Pada Kamu~

Salam.... Selamat hari Khamis semua.... hope you all sihat sejahtera dan bahagia bersama insan tercinta(skemanya ayat!).... Pagi ni nampaknya mendung dan nampak awan tengah sarat membawa takungan air dan rasanya lagi beberapa mnit ia akan memuntahkan segala isi kandungan dia dan membasahi bumi tercinta ini(aku ke ni?!)....



Ok STOP!



Ok,sebelum ak merapu+mengata lebih panjang ak nak bagitau bahwa ini bukan la teks ucapan kutbah Jumaat esok atau slah satu propanganda ak untuk ganti PM, ini adala pandangan ak semata2..... Bukan mahu berkutbah, cuma mahu membetulkan diri jua.....Nak dengar kutbah leh p semayang Jumaat esok dan yang pempuan leh suh pakwe/suami/ayah rekod kutbah pak imam kat masjid yang terdekat ea kalau nak dengar kutbah jugak.

Sekarang kita masuk topik utama kita pulak ea.... BEBAS! apa yang anda faham maksud bebas? Berdasarkan apa yang ak faham dan ak buat selama ak hidup 21 tahun(tua ke?!), bebas ialah aku bebas untuk melakukan apa sahaja pada diri ak dan sekeliling selagi ia tidak menyusahkan orang lain dan mlanggar sebarang etika ak sebagai umat islam.... Itu yang ak faham tetapi agak MALANGNYA bebas ini telah disalah tafsir oleh sesetengah anak remaja kita sekarang ini.

Malam tadi ak tengok la rancangan 360 kat Tv3... Entah apa tajuknya xingat sebab masa ak tengok tu ak tengah main sms skali.... Pastu ak nak tukar channel lain, tapi dah mak ak nak tengok ak pun layan je la.... Dipendekkan cerita...habis.... Uikkk?? Apa ko ni Buk??? mukadimah pun xada cerita da habis??!!! NI leh wat gado ni!!!



Laaa...Rileks rileks..meh kita minum2 dulu....lalala^^... Ok la, jangan nak mrapu la Buk! Sambung balik cerita,crew 360 tu pun interview la budak2 yang tengah melepak kat shopping complex tu(area KL)... Pastu dia tanya la tengah wat apa kat mall petang2 gini... Dia pun kata la tengah melepak sebab nak ilangkan tension baru pas amik paper SPM.... La,bdak skola lagi dorang ni(ati kcil ak berkata)..... Dipendekkan cerita(kali ni xabis,ak janji!) bdak2 tu pun kata la dorang nak bebas dan yang di maksudkan dengan bebas dorang adalah boleh kuar malam, lepak dengan kawan2 24 jam, bebas wat apa sahaja, cuba bnda yang baru(wlupun slah), nak ikut kepala sendiri tanpa mak ayah msok cmpor.... Pastu siap ada salah seorang dari budak skola tu cakap "Mak ayah sekarang ni kena paham anak2 muda macam diorang, jgan la asyik nak kongkong, xkan la nak terperap dalam umah 24 jam, xkan nak kuar sikit xboleh, kami bukan bdak kcik lagi yang xreti jaga diri sendiri".... Lorrr..macam tu plok dah?....



Apa maksud dorang nak bebas sebenarnya? nak buat apa sahaja dengan alasan dorang muda remaja????? apa la singkat sangat pikiran dorang ni! Fikir pasal diri sendiri je.... Bagi ak boleh je kalau diorang ni nak bebas, kalau ada apa2 masalah jangan nak panggil mak ayah tolong,,, Suh la kawan2 ko yang slau ko lepak tu tlong....makan pakai jgan nak mintak duit mak ayah, mntak kat kwan2.... korang bukan bdak kecik? mmang ko bkan bdak kcik, tapi kalau kes rogol, rempit, mati bergadoh, mnum arak, seks bebas....siapa yang buat?! ada budak kcik dalam kes semua tu(mmang ada,sbgai mangsa) kebanyakannya budak skola macam korang la! Sebab tu makbapak korang kena jaga korang macam budak kecik spaya da besar jadi 'orang' bukan 'sampah'!



Pastu si crew 360 ni pun pergi la ke salah sebuah rumah perlindungan remaja2 yg bermasalah, dan interview plak salah seorang penghuninya..... budak pempuan(umur xingat).... Terlanjur dengan teman lelaki(jantan haprak!).... Pastu da 'ter'mengandung, dia pun dihantar ke rumah kebajikan tu..... dia pun cerita la segala yang berlaku dari awal hingga akhir(malas nak tlis dlam ni, pnjang sgat)..... keseluruhan story bdak pmpuan tu tadi memang ak rasa kesian jugak la + sedih(serius dow!)..... ye la, mak bapak penat besarkan ko, tup tup da besar jadi macam tu.... Yang mak ak tengah tengok pun bergenang air mata dia(mak ak ratu air mata kalau korang nak tau)..... Jangan la ada keturunan ak jadi macam tu kan...dan keturunan korang jugak.....

So kesimpulannya adala jadi la anak muda yang menyumbang kpada negara...jangan tanya apa yang da negara sumbang kepada kamu, tapi tanya la apa yang da kamu sumbang kepada negara, agama & bangsa..... And kepada anak2 remaja luar sana yang masih lagi mencari erti kehidupan bebas yang sebenar mari kita tanya dulu beberapa soalan sebelum korang boleh keluar bebas. Ini soalan dia:
1) Selepas habis skola korang nak masuk U mana?
2) Apa cita2 korang?
3) Apa perasaan makbapak korang kalau dia tengok korang buat apa di luar sekarang?
4) Kat akhirat nanti korang leh ke tolong mak ayah korang?
5) Bila da kerja nanti leh ke korang bagi mak ayah korang senang?
6) Bila da tua nanti apa benda yang korang nak bangga kat anak cucu korang?
7) KOMPOM ke korang idop sampai tua?

Ok la, itu je soalan yang ak terfikir sekarang..... Baikla kwan2 ku sekalian, da penat menulis ni sampai kerja ak pun masih ada banyak menunggu kat belakang ni, nanti kita berblog lagi ea.... Sekian



p/s: Macam lapar, apa mak ak masak hari ni ea? nyam nyammmm.....

2 SAY WHAT??!!!!: