pEnGikOt

Monday, September 27, 2010

Kerja Luar~


HARI ISNIN kembali lagi!!!! Urghhh,..malas giler nak p keje. Penat event semalam pun xhabis lagi....

Semalam aku ada majlis pemberian Notebook percuma kat Banting. Alaa, yang broadband 1 Malaysia tu...kalau xtau, memang kuno la korang. So, dipendekkan cerita aku pun terlibat la dalampemberian notebook percuma tu. Bertolak dari sini dengan Manager aku, pukul 7 lebih, pastu sampai sana setelah sesat dan rehat pukul 10++... Perghhh, memang terbaik la Banting! Sign board da la kurang, pastu jalan banyak highway!



Nasib baik la tempat yang kitorang nak p ni duk tepi jalan je,kena masuk dalam kampung ceruk mana, da jenuh nak cari. Masa sampai2 je dah ramai orang, pastu pe lagi, wat muka tebal je la kan. Nasib baik dorang bagi aku masuk bahagian semak borang, so keje xde la tension sangat kan.... Walaupun ada 3 member yang lain, tapi kalau da nak semak 500 penerima notebook tu mau rabun mata sekejap! Da la ada 3 bahagian borang setiap satu orang.... owhhh~ @_@


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami siap dalam pukul 1 lebih. Memang TERBAIK ar semua yang datang tu. YB tempat diorang pun bagi kerjasama yang sangat BAIK!
Dah habis dalam pukul 1 lebih, kitorang rehat jap dan kemas2 pe yang patut... dalam pukul 2 datang lagi penerima notebook yang xdapat pagi tadi punya. Tapi xramai pun, dalam 20 orang je....Dan dalam ramai2 tu, biasala kan ada, msti jumpa macam2 ragam. Ada yang salah isi borang la, ada yang xbawak salinan bil, ic dan macam2 lagi la.


Dan yang paling xtahan makcik2 yang bajet DATIN! Ahh, tolong la faham! Kalau kau rasa diri kau tu TINGGI sangat dan hebat sangat, xpayah la datang amik notebook percuma tu. Tu untuk pelajar2 yang berpendapatan bawah 3000 je.... Ni la nama nya BODO xleh di ajar!




Ada pak cik tu plak kalau kau da lambat dan datang masa orang tengah break lunch, so reti2 la bawak bersabar tunggu orang nak layan kau. Ni x, leh plak dia masuk dalam dan marah2. Kau da la datang nak amik barang percuma, pastu nak marah2 kitorang plak. Ada masalah otak kot pak cik tu.


Dan bila dah habis semua, kitorang pun p lepak kat Morib. Agak majal la lepak kat pantai pakai baju kemeja, tapi nak wat camne. Da masing2 xbawak baju lebih. Nak sedapkan hati, aku pun kata "ala, xpe. nampak sikit kita ni pelopor orang keje weekend!"... hehehe


Habis je jalan2 kat Morib, kitorang pun p makan kat kedai yang ada dekat situ. Makan nasi berlauk la kan dekat nak malam. Da la kedai tu banyak kucin. aku xkisah pun, tapi ada member perempuan aku ni takut kucing. So, agak xselesa la sangat. Habis je makan, balik. Aku sampai rumah dekat nak pukul 10. Alhamdulilla, sempat jugak sampai.


Dan pagi esoknya jangan cerita la penat dia kan....nasib baik bangun awal. tapi kat office memang mengantuk la dan meja pun aku da nampak macam tilam...hahaha





p/s: malas nak upload gambar dalam blog banyak. nak tengok leh p kat FB manager aku ea...hehehe



Saturday, September 25, 2010

Cuma Nak Sampaikan~

Cuma nak sampaikan:

Maaf jika ada terasa,

Yang memberi, akan sesekali menerima,

Sedia jika kehilangan.

Sekian….

Friday, September 24, 2010

Kalau da nama -KAWAN-

Salam Jumaat semua. Biasala kan kalau da hari Jumaat, smua akan mula planning nak buat apa on this weekend. Kalau tanya ak, for sure la aku kena kerja. Hermm, nak wat camne kan, da ‘weekend’ aku Rabu dan Khamis je.


Nampaknya bulan 9 da nak tutup tirai, sama jugak dengan bulan Syawal. Mesti ada yang da habis puasa 6 kan? Aku? Ermmm….belum lagi.hehehe Bukan apa, aku nak buat, tapi coz of demam seminggu yang aku alami masa raya, aku turun 5 kg. Maybe for some of you, xbanyak, tapi bagi aku yang berat hanya 45 kg, kalau da turun 5 kg maunya xnampak macam tulang bergerak. Ramai gak member yang tegur, even my mother pun tegur. Yang xboleh blah nya bila Qayyum tegur jeans yang aku pakai jeans pinjam ke sebab nampak macam besar dan labuh. Uishh, habaq lok sket naa…xmen la nak pnjam jeans orang..beli guna duit sendiri kot…. Levis lagi…. Mana diorang xperasan kalau da muka aku nampak tulang pipi dan seluar da nampak macam seluar pinjam. Xpe xpe, aku pun da mula susun aku punya diet untuk naikkan berat badan aku balik. Harap kali nil eh naik sampai 5o kg plak kan….


Tamat pasal diet or kurus topic,kang ada plak yang nak pinjam badan aku untuk fashion show kan…maklumla saiz ‘0’…hehehe(perasan suda).


Rabu lepas adik aku ada KOKO, alaa aktiviti sukan kat skola tu…. Heran kan? aku ingat da habis aktiviti sukan2 ni bila hujung tahun, rupanya ada lagi. Atau…adik aku yang tipu aku? Hermmm..leh jadi jugak kan? Da la aktiviti koko dia yang hanya 3 jam tu, aku terpaksa bagi 10 henget. Banyak kot! Dulu kalau aku ada kelas tambahan pun, mak aku bagi 2 henget je duit x-tra. Ahhh, biar la dia, bukan leh bawak masuk kubur pun kan duit ni….


Dan masa dia nak p koko tu, dia tanya ak pasal seluar track aku. Aku tanya la mana seluar dia yang 5 helai mak aku beli masa bulan 6 dulu? Ada yang da rosak dan HILANG. Aikkk…? HILANG? Biar betul dia ni? Setahu aku, rumah aku ni dia sorang je la yang selalu pakai sluar track. Aku punya yang masa aku pakai kat kolej dulu pun dia da rembat. Sehelai 70 henget kot aku beli. 3 helai pulak tu aku beli! Nasib baik adik, kalau member, mintak ganti balik!


Dodol(adik aku): weh, pinjam sluar track ko, sluar track aku banyak yang basuh la….

Aku: amik la dalam almari tu…. Eh, where’s ur? I thought mak ada beli masa bulan Jun dlu?

Dodol: Ada yang da rosak dan hilang….

Aku: camne leh hilang? You’re not even in the boarding school pun.

Dodol: member aku rembat. Malas nak bising2 pasal seluar sehelai tu….

Aku: Apsal xdebik je?

Dodol: dulu dia penah baik dgan aku, so now dia da stabbing my back, never ever la aku nak baik dengan dia lagi….. G pun kitorang da lama kenal….

Aku: krukkk krakkk krukkk(kunyah bskut raya)…. Owhhh, maybe dia pinjam je kot, nanti dia pulang la tu sbelum habis skola. Amik la kat dalam almari tu, jaga baik2, mahal tu….

Dodol: K…(berjalan keluar)


Full name adik aku sebenarnya Abdul Quddus(patot la ak rapat dgan org yang dpan nama Abdul kan?), tapi aku panggil dia dodol..hehehe. Hermm….aku xkisah sangat pun dia pakai aku punya seluar, tapi kalau nak pergi koko pakai seluar 70 henget? Ermmm, macam over je. Aku beli dulu pun sebab nak pakai jalan2 petang kat Wang Ulu tu…. Kesnya sebab kaki aku xleh peluh sangat, nanti timbul macam ruam..gatal beb. Sebab tu aku kena pakai seluar 100% cotton. Kan kalau bersukan kaki kita berpeluh(bajet la nak bersukan)….sebab tu macam mahal sikit seluar 100% cotton ni. Mungkin la bagi korang setakat 70 henget pe la sangat, tapi bagi aku yang gaji ciput dan keluarga sederhana, 70 henget tu di kira MAHAL! Nasib manusia xsemua sama kan…..


So, moral of the story adik aku tadi, papehal kalau da melibatkan member memang payahkan? Ye la, bila da..'glukk glukk glukk' (berhenti mnum air coke jap), ermm, mana tadi? Owhh, bila da kenal lama dan baik, mesti ada je dugaan. Sama la macam aku duk Perlis dulu pun. Ye la, bila da duk luar dengan kwan2 cyg semua, macam2 la dugaan. Paling xboleh blah bila nak pnjam meminjam…hahaha… Aku paling suka pinjam baju Fazrie sebab dia high taste sikit. Tapi aku xda la sampai ‘terlupa’ nak pulang kan balik….



Dan nasib baik la semua kawan2 rumah aku BEST IN THE WORLD! Xpernah skali pun barang2 aku terusik tanpa aku mengetahui siapa yang usik. Dan sepanjang aku duk 2 tahun dengan 5 orang tu, xpernah skali pun barang aku hilang. Kecuali bila aku da mula jadi NOMAD. Ye la kalau da letak baju umah lain, tdo umah lain, makan umah lain. Mau x barang aku berpindah ikut aku…. Appreciate sangat2 dorang punya budi kat aku. Bukan senang beb nak jaga aku masa duk Perlis dlu. Kalau aku buat hal, mesti 3 buah rumah(rumah Zaid, rumah Yum dan rumah Wafi) skali susah…hahahaBiasala kan, masa tu macam budak2 lagi, mana nak pk baik buruk sngat,….


Jadi hargaila apa yang anda ada sebelum anda kehilangannya....daaa.xoxo

Monday, September 20, 2010

Terima Kasih Semua

Salam semua. Perghhh, penat gler semalam sebab rumah aku ada open house. Keluarga aku mengucapkan Terima Kasih kepada semua yang datang memeriahkan majlis open house kami dan kami juga ingin Memohon Maaf atas segala kekurangan yang ada sepanjang majlis berlangsung.


Alhamdulillah selesai suda semuanya. Dan semalam for the first time ever Una dan Eton sampai jugak umah aku...hehehe! Hepi gler aku dorang datang. Mira xdapat datang sebab Mr. Buah Hati(ayat Mira) ada hal. Mira plak xda transport... Xpe Mira k, Bu faham. Dan kepada Mr. Bukan Buah Hati aku plak, Qayyum maaf ea sebab datang umah Bu yum basah.... Xsangka plak petang ujan semalam. Da la dia nak balik Shah Alam.huhu~

Malamnya lepas maghrib aku terus menuju ke alam mimpi. Xlarat seh! Nasib baik pukul 3 pagi tu aku terjaga, sempat gak buat Isyak. Terima kasih kat Qayyum la sbab sudi teman aku bangun 3 pagi tadi! hahaha!!! Ni yang sayang lebey ni....



Pagi tadi bangun Subuh dalam kul 6 lebih, terus xtido sebab memikirkan keadaan opis aku yang macam kena tsunami sebab aku semalam xkemas masa nak balik. Dengan wayar segala jenis atas meja aku, pastu duit bersepah.so, pagi ni aku masuk opis je, terus mengemas pe yang patut, pastu lepak main FB sampai lebam!


Xda idea nak tulis panjang2, so sampai sini je la ea....daaaaa.xoxo

Sunday, September 19, 2010

Cerita Aku Part 2!

Mengantok dan penat! Dah dua hari aku xcukup tido dan rehat. Ni semua sebab Zaid yang sibuk ajak aku beraya ke sana sini pas balik keje. Aduhhh....semayang pun ada lagi ni yang xganti, harap la umur panjang dan leh habis ganti solat yang tinggal.



Pagi tadi aku terjaga agak awal(7 a.m) sebab jiran depan umah tepi bahagian kanan aku pasang lagu kuat2. Bukan la aku nak dengki dengan sound sytem dia yang macam nak buat konsert Beyonce tu, tapi kalau kau da duk berjiran, leh xslow kan sikit volume tu xkisah la kalau ko pakai Altec punya speaker pun. Untuk pengetahuan pembaca blog semua, dia ni jenis yang xreti nak bercampur dengan kami di kwasan kejiranan ni. Nama dia pun aku xtau. Dia baru je pindah situ, kalau xsilap aku dalam ptengahan tahun la jugak. Mak aku dan jiran2 yang lain je rajin duk tegur dia. Dia ni jugak(dengar2 kata) sejenis makhluk yang mengamalkan ilmu xberapa nak hitam. Macam takut je kan.....


Dah la xreti nak bercampur dgan jiran, pastu leh lak wat sukati dia. Ko ingat dengan ilmu xbrapa nak hitam ko tu aku takut? Leh jalan la weh! Atas sana lagi kuat!


Aku memang bengang sikit kalau waktu tido aku terganggu. Kalau ak xkerja xpa, ni jap g kat opis mesti aku mengantok dan bad mood. Aku ngadu kat Wafi, tapi hampa....dia kata adat la duk berjiran. Ishh, kalau macam ni la ropenya jiran, baik aku duk dengan monyet.

Saturday, September 18, 2010

Kiranya....

Tak banyak nak tulis sebab aku masih mengantok dan gelong sikit sebab malam tadi balik lambat dengan Zaid. Nasib baik pagi tadi aku xlambat masuk opis, kalau x naya ja....

Kamu.....

Kiranya kamu sedar suatu hari nanti,

Maafkan aku kerana aku tak akan berada di situ.


Sekian


Friday, September 17, 2010

Cerita Aku Part 1!


Pertama sekali aku nak ucapkan TAHNIAH kepada Pejal, kerana sudah selamat melangsungkan majlis pertunangan dia on thr 3rd Raya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan aku bagi pihak kawan2 yang xdapat hadir, mintak maaf banyak2 ea. Xcukup bajet la…. InsyaAllah hujung tahun ni kat majlis kawin ko aku datang k. Aku masih sakit lagi, sakit tekak, asthma dan sakit badan. Aduhhh…sabar2..sakit ni kan menghapuskan dosa2 kecik…. Amin…

Nampaknya, bukan ak sorang je yang xsihat, Wafi pun sama. Yeyyy, baru la namanya sehati sejiwa kan?! hehehe..bajetnya ak ni! >_<>

Isnin petang lepas aku p office sebab saja nak tengok keadaannya yang telah di tinggalkan selama seminggu kan. Sambil tu ak guna WiFi skali..hehehe… Rindu beb kat blog dan FB. So, ak pun online la agak lama, dalam 2 jam lebih. Wahh..nampaknya ramai kawan2 kita da mula kerja dan ada jugak yang baru nak bercuti..xpe xpe. Raya kan sebulan. Huhu. Masih banyak masa lagi nak beraya dengan kawan2 atau insan tersayang.

Pastu, masa tengah online, Qayyum call plak suh cari cara2 nak dapat balik sijil SPM dia yang hilang. Aku pun Google je la dan xsangka most of rakyat MAS ni shared same problem. Hermm, aku pun bkak la ada satu blog ni yang tulis cara2 nak buat sijil SPM ni balik. Yang pastinya nak dapat original semula memang xmungkin la, leh dapat yang ‘xberapa’ nak original je. Dan untuk mendapatkannya kena p Putrajaya sana. Perghhh mcam xnak jauh plak kan, dan Qayyum ni leh cakap “xpe, esok kita p sama2 ea”… Aduhhh, xkan kot. Aku dah la xsihat, nak jalan jauh plak. Kalau dari rumah dia dekat la kan, tapi dari rumah aku dekat nak 2 jam kot. Dan dalam sembang pasal sijil SPM dia yang hilang, aku tanya la pasal niat dia yang nak sambung belajar tu. Nampaknya kalau xda aral melintang, 27 hb ni dia da kena daftar. Aduhhh….xrela nya ak dia sambung belajar. Nasib baik kat Shah Alam je, kena jauh2, xsyok la…huhu. Xpe xpe, nanti kalau confirm dia kena daftar 27 hb ni, ak nak ikut la..Wahhh..macm nak p daftar anak masuk darjah 1 plak kan..hehehe….


So nak dipendekkan cerita, Selasa aku p la Putrajaya dengan dia. Aku jumpa dia kat KL Sentral dan dari sana kitorang naik moto p Putrajaya. Nak naik kereta..ermm….alamatnya memang petang la kitorang smapai dengan keadaan sesaknya jalan KL ni. Agak keliru jugak la dengan jalan nak p sana, so ada la dalam 2 3 kali kitorang pusing jalan yang sama. So, bila sampai je Putrajaya, aku pun ikut la direction based on the blog yang aku baca Isnin lepas. Alhamdulillah, jumpa jugak tempatnya tanpa banyak kali pusing dan salah jalan! Hehehe!!!!


Dan yang xbestnya masa sampai kat sana kitorang kena p beli wang pos sendiri kat Alamanda sebab kerani yang jual wang pos kat opis tu cuti. Nasib baik la dekat je dari tempat kitorang tu. Masalah btmbah bila da sampai sana bila nak cari parking. Urghh!!!! Sudahnya,kitorang parking je kat tempat loading barang tepi Alamanda tu..hahaha

Balik je dari sana, bermula lah aktiviti pengembaraan kami! Horeyyy!!!! Dapat jugak aku mengenali dengan lebih dekat aktiviti dan kampong Qayyum. Malas nak tulis panjang2 sebab dari pukul 12 lebih kitorang gerak, pukul 6 petang baru smpai umah aku. So, dalam masa tu, kitorang pergi 5 tempat dan paling lama kat Sg. Gabai sebab Qayyum dera aku suh naik smpai tgkat paling ats sungai tu guna tangga. Macam nak putus nyawa aku bila naik. Dia leh lak gelak2…dasar kijammm!!! Owhhh….-_-

Ahh..malas nak tulis panjang2 sebab aku ada kerja nak buat ni. Sok je la aku smbung ea… daaa…xoxo



Bersambung.....

Monday, September 13, 2010

Post 1 Syawal dan Xsihat ~

Salam Syawal semua. Masa aku tulis post ni, esok Raya. So, sebelum memulakan apa2 post, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN k…0-0 ea semua.


Ok la, malas rasanya nak cerita pasal raya kat post kali ni, sebab don’t know why, aku xrasa Raya di sambut dengan meriah oleh masyarakat kita. Tengok je la rancangan KEBANYAKAN tv, semua cerita yang xada kena mengena dengan SYAWAL. Dengan cerita award sana sini, pastu cerita ngarut yang lain. FUCK la! Xde sensitivity langsung pasal salah satu hari kebesaran kita ni! Bukan nak emo atau racist, tapi cuba kalau korang bandingkan dengan cara sambutan perayaan lain, macam xnak meriah plak rancangan tv dan promosi iklan diorang kan. So, aku pun malam raya duk dalam bilik main sms dan dengar mp3 guna HP abang kesayangan ak. Bukan HP mahal pun, N95 je. Shopping pun xbanyak tahun ni. Sehelai baju kemeja, dan sehelai baju t-shirt biasa. Tu pun dah habis dekat nak seratus lebih. Urghhh!!! Kenapa la aku hidup di zaman yang serba serbi mahal…. Itu xtermasuk benda2 sampingan yang lain lagi.


Dan masa raya pertama, aku xda plan apa pun untuk raya di mana2, sebab most of kawan terdekat aku ada yang balik kampong. So, aku just beraya kat rumah je bersama ahli keluarga yang lain dan yang paling penting Luqman ada. Biasa la kan budak baru nak ‘dapat’ kaki, mula la berjalan merata dan usik sana sni. Banyak jugak la barang aku yang ‘terkorban’ sepanjang dia duk kat sini. Nasib baik budak, kalau bapak budak, da lama aku tendang laju2 dan mintak ganti. Aku mula cuti mula dari Rabu hingga next Thursday. Boleh tahan la lama dia kan, tapi kalau cuti lama2 pun xde wat pe,bosan jugak. Dan SEMESTINYA la bila masuk opis, keje macam xhengat akan berlambak kan. Aduhhh…pening2….T_T

Dan masa raya kedua, malamnya Qayyum datang umah ak nak beraya. Dia adalah the first person dari golongan kawan(kawan ke) terapat aku yang datang raya. Zaid yang umah sebelah bandar ni je pun xdatang beraya lagi. Mekasih bang sudi datang umah ubi. Habis je dia beraya umah aku, kitorang pun gerak p beraya ke umah Zaid. Agak lewat jugak la masa kitorang beraya kat umah Zaid, dalam kul 10 lebih(malam) baru kitorang sampai. Balik dalam kul 11 macam tu, pastu ingat nak lepak mana2, tapi macam xda privasi plak kan lepak luar, maklum la da lama xjumpa(baru smngu xjmpa), msti la nak gdik2 kan…hehehe. So, kitorang lepak je kat rumah aku. Ingat nak ajak dia tido umah aku je, tapi da dia ada keje lain esoknya dan kebetulan aku pun nak balik kampong esoknya jugak, so dia pun balik dalam kul 1 lebih. Xpe la, nanti2 la abang datang lagi ea dan next time abang datang, ubi bagi duit raya k…huhu:p


Pagi esok nya aku and family aku gerak balik kampong dalam kul 7 lebih(pagi). Kampung ak kat Sabak Bernam je pun. Haa, Qayyum tolong ingat ea kat mana kampong ubi, nanti leh kita balik kampong sama2 next raya…hehehe. Xde apa pun yang menariknya balik kampong ni coz aku xrapat sangat dengan cousin kampong ni. Sabak Bernam ni kampong ayah aku, dan amat la jarang skali kitorang balik sni masa kecik2 dulu. Ramai gak kaum kerabat ayah aku ni rupanya. Campur mak ayah dan family dorang, semuanya ada 50 orang genap. Itu ada lagi yang xbalik. Balik dari kampung dekat pukul 3 lbih dan smpai umah dkat nak kul 9 lebih. Penat nya jangan cakap la, sakit satu badan duk dalam kereta. Dah la jamed gler dari Sabak Bernam sampai ke Damansara. Nasib baik masa kat Damansara kitorang singgah ke rumah adik mak aku dulu. Kalau nak teruskan perjalanan sampai ke rumah, alamatnya ada gak yang mati kering dalam kereta nanti.


Raya kali ni agak berbeza dengan raya sebelum ni. Ini semua sebab aku sakit. Au mengalami sakit tekak+ asthma +demam + sakit tulang. And till now aku masih xsihat dan suara pun dah jadi rock.Cuma demam je dah ok skit. Mak aku dan kakak ak da mula puasa 6, Qayyum pun sama. Aku? Ermmm..nanti dulu kot. Nampaknya tinggal lagi 3 hari je aku akan duk rumah, Jumaat ni aku da mula kerja. So, harap kesihatan aku akan ok mula jumaat ni.



Ok la semua ea, sampai sini je la post aku. Daaaa….xoxo

Tuesday, September 7, 2010

Kesilapan Dan Duit ~

Alhamdulillah, gaji 1st aku da keluar. Walaupun xsebanyak yang aku harap kan, tapi boleh la kalau nak guna untuk raya ni. Biasa la kan, keje pun setengah bulan, gaji dia pun setengah la jugak. Esok CONFIRM kuar cari barang nak raya! hahaha.... Tapi rasanya xda la nak belanja sakan sangat sebab aku banyak hutang, dan separuh dari duit gaji aku ni smuanya bayar hutang. owhhh~


Dan TERIMA KASIH BANYAK2 diucapkan kepada Hafizah Dali kerana menjadi orang pertama bagi aku duit raya, tidak di lupakan juga RIBUAN TERIMA KASIH kepada Diba kerana sudi menegur kesilapan yang aku telah buat kat dalam blog ni. Aku ter 'guna'tulisan webdings! Habis semua tulisan ak dalam bentuk simbol. Dan hari ni ak ada masa lebih sikit, ak da edit semua post ak dan korang leh la membaca nya semula dalam bentuk tulisan manusia normal ea..hehehe


Dan semalam ak xsihat, demam. Abang aku jugak semalam kena masuk wad sebab demam. Alhamdulillah aku da rasa ok sikit hari ni dan jap lagi pas habis buka, aku rasa nak p tengok dia kat hospital. Dan nasib baik ak da sihat sikit hari ni, kalau x, esok aku kena masuk hospital jugak. tapi tekak still sakit lagi...T_T



Xde idea plak nak tulis apa dalam ni, so sampai sini je la post kali ni. Nanti ada cerita lagi, ak update ea. xoxo

Sunday, September 5, 2010

MAKAN Ramai2 Dan Sembang2~

Salam pagi Ahad semua. Perghhh..mengantok gler ah! Mana xnya, malam tadi da la balik 12 lebih, pastu pagi kena bangun g keje plak~ hermmm....

Semalam semuanya succes masa makan malam dengan kwan2! Alhamdulillah walaupun terdapat sedikit masalah iaitu masalah komunikasi antara Zaid dan mereka, tapi kitorang still dapat makan dengan happy-nya. Cter nya macam ni. Semalam Zaid ajak aku p sama2 dengan dia, pastu aku pun kata la ok. dia datang umah aku dalam 5 lebih, pastu kitorang terus gerak ke KL Sentral. Masa dalam perjalanan bleh plak dia kata yang dia xredi lagi tempat untuk kitorang semua. Ak pun kata la kenapa plak yang len xbuat? Mana si Una and Fizah Dali? Leh dia cakap yang kupon makan semua ada kat dia dan kalau nak reserve meja kena bayar deposit. Ya ampun dia ni, siapa la kisah pasal kupon or deposit tu, suh je la sapa yang sampai dulu reserved meja dan nanti kitorang datang, kitorang bayar la balik duit tu.... Aduhaiii.... Sakit otak aku dengan Zaid ni.

Sampai sana dekat nak kul 6, dan da sampai kitorang terus cari Fizah Dali sebab dia da smpai kul 4 lebih tadi dgan Rejab. Pastu kitorang pun kalut la cari tempat makan sampai 5 restoran kitorang keluar masuk nak cari tmpat makan. Akhir skali jmpa la kat Chicken Rice Shop. Yang aku plak xtau si Zaid ni ada ajak member dia yang lain, segan je dengan member dia tu. Xpe la, janji makan kan. Pastu sementara nak tunggu si tuan besar Qayyum sampai, aku danFizah Dali order makanan. Smuanya untuk 9 orang makan RM 110+++. Boleh tahan la kan, kata KL. Lepas je habis order, aku baru teringat yang si Qayyum xmakan daging. ALAMAK! Xpe la, sat g dia datang aku ajak je la dia p tapau makanan lain. Da lagi satu masalah timbul. Aduhhh.... Xpe la, dugaan puasa.....

Sampai je Yum kat KL sntral, aku pun sambut la dgan muka manis sebab takut dia bengang pasal aku bwak p makan nasi ayam...hahaha!!!! Malas nak beramah mesra, aku pun ajak dia jalan2 p cari makanan lain. Siap cakap lagi, "xmo la makan makanan yang depa order, sbab xselera"....hehehe.... Cari pnya cari dan tambah plak dengan perangai yum yang xsuka beratur, kitorang pun p kdai buah. Tapi memang da rezeki yum, kat set yang kitorang order tu, ada 4 jenis sayur. Yeyyyy!!!! Xde la rasa bsalah sangat.


Habis je makan, sembang jap, si Fizah Dali dan Rejab nak balik sbab dpa ada hal lain, so yang tinggal kami ber-7 je, ak, Yum, Zaid, Una, Eton dan kawan dorg laki bini. Sembang pnya sembang, dekat nak kul 9 lebih. Pastu kitorang pun ingat nak gerak balik, tapi sambung sembang lagi trus dkat nak kul 10. Habis je jalan2 dan cari mgazine kat KL Sentral tu, kitorang pun grak nak balik. Tapi masa kat tmpat parking moto smebang lagi sampai dkat nak kul 12 lebih. Nasib baik hujan turun, kalu x, memang lajak ke pagi la sembang.

So, sampai la umah kul 12 lebih dan sampai umah, ak mandi dan semayang pastu terus zzZZZzzzz.....

Saturday, September 4, 2010

::Luqman dan Warden::

Hepi Saturday morning smua! Hari ni aku EXCITED sangat2 sebab Luqman nak balik! hehehe...rindu kat dia sbab da 2 minggu dia xbalik. So, walaupun hari ni aku kerja, tapi aku tetap nak excited jugak!

Pagi2 aku masuk opis da rasa macam xbersemangat. Bukan apa, sebab semalam manager aku da masuk gaji nya, pastu aku pun ingat gaji aku da masuk, rupanya belum. Keciwa suda! Pastu aku pun tanya la si encik HR ak, rupanya dia belum dapat no akaun aku. Aduhh, kalau xsilap aku, aku da sms dia no akaun aku selepas 3 hari au bukak akaun! Rupanya dia kata xada. Bengang gler! Kot ye pun aku xbagi, sms la atau call suh bagi, ni x, snyap je. Pasal benda lain pandai plak kol. Kang kata lebih2 kang dia baca blog aku, hermm jenuh nak menjawab!

Xpe la, benda da jadi. So, kena tunggu next week je la nampaknya. So, tanda protes aku xdapat gaji, aku pakai serba hitam untuk 3 hari ni! BERMULA hari ni! herrmmm!!!!


Semalam kawan adik aku ada datang rumah. Dia tumpang tidur 3 malam kat sini. Dia tumpang sebab tiket bas dia da habis. Yang aku heran bin bengangnya, dia duk asrama. Pastu si pengurus asrama dia leh buat LAWAK BODO dengan suruh budak ni beli tiket masing2. Masalahnya budak2 ni nak beli tiket tu naik apa? Jauh kot KL dengan asrama diorang. Pergi balik skola pun naik bas asrama, habis tu bila masa plak diorang nak keluar ke KL sana beli tiket bas. Jalan ke stesen bas pun belum tentu diorang tau. Da la skang ni smua kena naik bas kat Bkit. Jalil., pjalanan dekat nak 2 jam dari umah aku dan asrama diorang. Tapi kawan adik aku ni nasib baik sebab dia duk Kedah, so bahagian Utara leh naik kat Jalan Duta. xde la jauh sangat dengan asrama dia dan umah aku. Ksian betul budak2 ni dapat pengurus asrama yang macam bangang! Kecik2 xnak mampus, da tua menyusahkan orang! Aku dulu masa duk asrama pun , sebelum kenal apa itu Stesen Bas Kangar, urusan beli tiket balik kampung smua warden yang buat.Terima Kasih Abang On, Jasamu Ku Kenang! Ni kan plak budak2 skola yang nak turun KL setahun skali pun susah. Tau je la duk asrama yang pengurus/ warden dia bekas warden PENJARA. Mau xjadi macam penjara asrama diorang tu! Makan la ko duit haram! Orang suh buat keje, bukannya melepak dalam asrama tu SI TUA BODOH!


Hari ni aku nak keluar berbuka makan dengan kawan2 kolej dulu. Memang CONFIRM la pegi sebab ada pemandu.hehehe.... Alaa,pemandu pun sampai Rawang je dia hantar,pastu kena naik train ke KL. Xpe la, senang jugak kan aku sikit dari nak tunggu train depan rumah yang sejam skali. Tapi...(ada tapi jgak...) hari ni rasanya macam kerja luar, so kalau kerja luar xyah la ak guna khidmat pemandu. Leh terus grak ke KL camni. yes yes!!!! Papepun tunggu dan lihat je la keadaan macam mana. Daaaa..xoxo


Friday, September 3, 2010

Last Friday and Preparation For Raya

Kalau di ikutkan calendar, its been a week before kita akan meninggalkan Ramadhan dan mungkin Jumaat hari ini adalah Jumaat terakhir Ramadhan. Dan hari ni jugak last day sekolah dan last day kepada sesetengah student IPT, so kepada student2 semua balik kampong nanti hati2 ea, jangan lupa beli lah sedikit buah tangan untuk mak ayah korang…. Uikk, sebut pasal cuti skola, kawan adik aku nak datang jap lagi. Nak tumpang lepak 3 hari.... Xpe xpe, jap g aku nak sms adik aku suh kemas skit bilik kitorang tu. Malu la kan da beso pnjang, bilik bsepah macam reban ayam. Bibik aku plak mak ak da brentikan sbagai tanda protes kat Indonesia yang kerek + BIADAP bakar bndera kita. so, from now on, smua keje cuci dan mnegemas kena buat sndiri.. Harap la ada new bibik lepas raya.owhhh....~

Dan bila nak raya, mesti most of us buat macam2 persiapan kan? Same as me and my family. Kakak aku beli kuih, mak aku plak tukar langsir dan ak..da beli kuih last week and unfortunately, dah habis…huhu~ Pasal baju raya dan semuanya, family aku,…adik aku sorang je yang beriya beli baju raya, aku dan yang lain xde pun. Bukan apa, sebab banyak lagi baju tahun lepas yang masih elok. Lagipun, baju2 tu smua pakai baru skali dua, so such a waste kalau nak beli yang baru kan. Adik aku pun xspend banyak sangat, adala dalam 200+++…. Ok la kan, sebab baju pun sekarang ni sehelai da dekat nak 30-40 sehelai, seluar lagi dan tu xtrmasuk kasut. Kalau Tanya aku…ermmm..aku next Rabu baru nak p beli sebab gaji kuar 7 hb. Alahai, xsabarnya nak dapat gaji…. Gaji 1st kot! Hehehe….


Masalahnya sekarang, aku ada 4 pilihan….sama ada nak keluar dengan: 1) Kakak aku
2) Syakir dan Iliyas
3) Qayyum
4) Mark


Hermmm..pening gak nak pilih. Kakak aku xde nak beli apa pun sebab dia dah siap smua, dia nak beli HP baru je, kalau Syakir and Iliyas mungkin diorang nak beli baju raya sama macam aku je kot, Qayyum plak dia mesti xnak shopping, dia just jadi bodyguard@ tukang bawak barang(ni yang sayang lebey ni!), dan last but no least Mark, dia nak shopping jugak…. Hermmmm..dan semuanya aku masih xcnfirm lagi sebab aku nak bagi jawapan Isnin depan…. So, tengok je la nanti camne ea….


Dan esok nampaknya kwan2 kolej aku dulu ada wat jamuan berbuka kat KL sentral..macam nak pegi..tapi….aku keje plak.takut xsempat je. Xnak pegi,da janji dgan mamat tu. Hermm..p je la… papepun kawan2 yg ku kasihi sekalian…jmpa esok ea…. xoxo

Wednesday, September 1, 2010

Post 1st September....

Heppi Merdeka Day Semua. Amacam semalam? Ada x yang p sambut? Ak kalau di tanya, aku sambut atas katil je. Nampaknya kebanyakan dari kita cuti kan semalam? Mesti ada yang keluar beli barang persiapan raya kan? HEHEHE….

Ni merupakan 1st post aku dalam bulan September. Aku pun keluar gak semalam, tapi xlama pun sebab xde apa sangat nak cari. Semalam aku keluar ke Selayang sebab teman Zaid p bank dan cari barang. Pastu yang menyedihkannya sesak nak mampus! Sesak dari rumah aku ke Rawang, pastu sambung plak dari rumah Zaid ke Selayang. Nsib baik masa balik dari bank naik kat area Selayang xsesak sangat. Pastu balik dari bank kitorang ingat nak singgah Giant kat Selayang tu, tapi sampai 4 kali kitorang pusing, xda parking! Da malas nak tunggu lagi, kitorang pun terus gerak ke Tesco Rawang. Nasib baik jalan ke Tesco tu xsesak sangat, kalau xmemang kering aku dalam kereta!

Sampai je kat Tesco, cari parking jugak, tapi nasib kitorang baik sebab jumpa parking dekat dengan pintu masuk. Masuk je dalam Tesco, terus terhidu bau makanan dan roti…. Aduhhhh….menggugat iman betul la…Sabar Bukhari, sabar,… Dan memandangkan orang ramai, kitorang berdua malas nak jalan2 sangat dan terus naik ke tingkat atas untuk cari rak tempat simpan barang. Aku plak ingat nak cari selipar sebab selipar aku yang baru aku beli kat JB dulu da hilang. Pastu kitorang pun jalan2(ak xjalan sangat sebab ak berpaut atas troli dan zaid tolak), pastu tengok2 HP dan notebook baru. Perghhh…aku rasa aku da jatuh cinta dengan N97 Mini la…. Tapi…. Aku dalam mode penyucian dan xleh beli barang mahal2 macam tu…. Xpe xpe, tahun depan mungkin ak dapat sebijik….

Habis je jalan kat bahagian eletrik, kitorang pun pegi kat bahagian selipar dan kasut. Cisss..ingat nak beli selipar yang murah2 je, tapi xda yang berkenan….hermm…xjadi la beli. Aku beli keropok je,tu pun sebab Nampak masa nak masuk tadi. Pastu nak di jadikan cerita, masa kitorang beratur kat kaunter cashier, kitorang ada terbaca advertisement tentang pembelian yang RM 80.00 ke atas dapat free buku recipe, so bajet la dapat sebab rak yang Zaid beli tu da RM 70++, kropok aku plak 4 ringgit genap. Tapi masa kira dekat kaunter, harga total RM 79.90! Alahai, 1o sen lagi nak genap 80! Yang si Zaid ni leh cakap kuat2, “alaa, xdapat la free buku recipe mcam ni! Kurang 10 sen je pun..” Pastu, cashier tu dengar dan cashier tu pun cakap “eh,eh..xpe…amik je.Kitorang bagi nye..jangan la sedey sedey ea”… YA ALLAH!!! Aku da malu da masa tu, and thank God xde orang kat belakang kitorang, kalau x malu besar beb! Hahaha!!!!!

Habis je bayar, Zaid ni leh Tanya aku ‘eh, aku cakap kuat ke tadi? Malunye kat cashier tu!’ Haaa..baru nak tau hg ni loudspeaker! Balik je tu, kitorang pun terus ke Maybank sebab nak isi duit member dia dan aku plak p baiki kasut. And masa nak bayar tu, si tukang kasut ni xda duit pecah, dan aku pun pinjam la duit Zaid….huhu… Thanks Zaid sebab sudi bayarkan duit repair kasut aku tu….

Pastu aku terus balik umah aku, dan sampai je kat umah da dekat nak pukul 4. Habis je semayang aku pun pe lagi..ZZZzzzzZZ…..-_-



So, memandangkan aku update blog pun da lewat, so pasni aku nak semayang Asar dan gerak ke bazar dekat dengan umah aku ni. Sape2 yang nak aku blanje, leh le datang ea...Daaaa...xoxo