pEnGikOt

Tuesday, September 6, 2011

Sahabat :)


                                       
Pernah kita merenung dan memikirkan apa erti persahabatan?  Sahabat, kawan, rakan atau teman semuanya memberi maksud yang sama.  Alangkah beruntungnya kita kalau mempunyai seorang teman yang memahami kita.  Seorang teman yang hanya mengharapkan kejujuran dan keikhlasan sebagai seorang sahabat.
Seorang teman sejati adalah teman yang tidak pernah membuat kita rasa kecewa, sentiasa berada disisi di saat kita memerlukan, sentiasa bersedia untuk  mendengar dan memberi jalan penyelesaian untuk kita.  Pada masa yang sama, apa kah kita mampu untuk menjadi teman sejati kepada mereka.  Adakah pernah kita membuat mereka rasa kecewa, di manakah kita di saat mereka memerlukan kehadiran kita, pernahkah kita meluangkan masa kita untuk mendengar luahan dan cerita mereka.  Kadang-kadang kita asyik bercerita tentang diri kita hingga terlupa bahawa teman kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Apa yang kita lalui demi teman kadang-kadang amat memenatkan dan menyakitkan. Tetapi itulah yang menjadikan persahabatan mempunyai nilai yang indah.  Persahabatan sering dihiasi dengan cubaan. Tetapi persahabatan yang sejati mampu untuk menangani cubaan itu malah akan terus bersama dengannya.
“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari”

0 SAY WHAT??!!!!: