pEnGikOt

Friday, June 29, 2012

Key-ell To Perlis (Pt.1)

Lama dah tak hapdet blog ni..semua mesti rindu kat I kan? **libas2 rambut

Ok ok..semua bertenang. Bukan aku tak nak hapdet.tapi busy lah dengan hidup kais pagi makan sampai malam ni... Stret to the point..mari aku cerita pasal holiday wannabe aku ke Perlis. Ekceli bukan holiday pun, tapi hantar adik aku masuk IKM Beseri. So,sambil tu jalan2 cari makan lah. Memandangkan aku dulu adalah anak jati Perlis, so aku jadi tour guide kat parents aku :)

First to fall...aku nak say many many many many (amik napas jap) many many many thanks to Mak Zahra a.k.a Sue kerana sanggup susahkan diri arrange homestay yang paling best untuk aku sepanjang di Perlis. **tabur2 bunga kat dia. 

Nak dijadikan cerita, aku bertolak hari Sabtu lepas,sebab mak aku kata nak jalan2 di Padang Besar yang tak berapa nak besar tu. Dan macam biasa..ayah aku lah yang bawak kereta. Aku? Koserrrr..sebab aku kan tour guide *wink wink*. 

Sabtu tu.kitorang bertolak lepas Zohor,kiranya dalam pukul 2.00 lah.. Sampai kat Kangar (betul2 depan The Store) pukul 7 lebih. Sampai kat sana, Su dan laki dia + anak dia amik aku dan bawak kitorang ke homestay. Best nyehhhh..besar tau! Tak jauh pun dari bandar Kangar, kira2 10 minit je..

Sampai je kat homestay.aku sempat la sembang2 skejap dengan Sue, dan lepas dia balik..aku kemas2 barang dan get redi nak kuar makan. oyeahhh! Malam tu, aku bawak family aku makan dekat Kuala Perlis. Tu pun atas request dari ayah aku. So, macam biasa.aku bawak ke kedai makan yang aku pernah makan dengan kawan2 ngaji aku dulu. Tapi makan je kat situ..tak jalan2 pun sebab semua dah penat dan masa tu pun dah pukul 10 lebih.... Masa balik dari kola,..aku bawak family aku pusing Kangaq..siap habaq agi apa nama2 tempat kat kangaq tu. **baru feeling2 tour guide

Esok paginya..bangun pagi tu..siap2 terus deret ke Padang Besaq. Fuhhh.sepanjang perjalanan..memang aku rasa mcam nampak je semua kawan2 ngaji dulu duk sama2 dalam prjalanan tu. Nak2 bila aku lalu depan kolej aku... uwaaaaaaaa! T.T

Sampai ke Padang besar, family aku sibuk cari kedai makan untuk b'fast. Biasalakan..aku memang tak pernah langsung makan kat padang besar tu. Bukan apa.aku ragu2 pasal status kebersihan dan kehalalan kedai kat sana~ *awat smua pndang aku pelik ni?
Lepas habis makan apalagi...pusing satu padang besar la. Niat aku pada mula2..juz nak teman family aku je jalan2 dan cari barang kat situ...then ntah nape..tetiber tersangkut shoping sama *pliz pcaya alasan aku ni*

Banyak gak la habis...tapi takpe sebab masa raya nanti aku takde nak beli banyak sangat dah *tak banyak agi ke?

Lepas habis shoping kat padang besar tu..mula lah sesi tangkap2 gambar...aishhh..terasa gak masa nak tinggalkan padang besar tu sebab tak tau bila agi boleh datang dan shoping macam tu...
Balik dari padang besar, kitorang singgah kat ladang burung unta jap. Takde apa pun kat sana sebab nampak macam tak terjaga dan serabut. Tapi takpe lah kan.sebab masuk pun free dan kitorang singgah just nak tangkap gambar dan tumpang toilet dia je..hehehe :) Bersambung.................