pEnGikOt

Saturday, September 15, 2012

Repost: Malu ada anak OKU? Owhh.plizzzz~

Hujung minggu ni kalau dapat lepak di rumah sambil tengok tv dan main game mantap gak kan? Tapi aku tak leh.sebab ada bnyak keje nak buat~ *ehh.aku ikhlas tau keje hujung minggu.mampuuu?*  Tajuk ni aku pernah post pada bulan 7 ritu, dan sebab tu ada ayat "Repost".  Memandangkan kerja aku terlibat dalam masyarakat sekeliling dan banyak la aku jumpa dan tengok anak OKU ni dinafikan hak mereka.



Semuanya dari mak bapak budak tu masing2. Dari banyak kes yang aku tengok.. KEBANYAKAN mak bapak budak OKU ni tak dapat terima keadaan anak diorang. Diorang akan angap anak dorang mcam kanak2 normal yang lain.dan diorang pk anak diorang akan elok dan normal bila da meningkat dewasa walaupun HAKIKATNYA TIDAK! So.diorang pun buat tak tahu dan tak bawak anak dorang ke tempat yang sepatotnya seperti skolah untuk kanak2 khas atau rawatan yang sesuai untuk kanak2 OKU. Jangan nak kata tak tau tempat nak bawak atau tak tau apa keperluan budak OKU tu.. 

Eloooo masa ko bawak anak ko pegi spital.takkan la doktor tu tak bagi tau anak ko cacat! Kalau doktor tak bagitau pun, jangan nak tipu la ko tak tau anak ko cacat. Ko buta ke apa??? Tengok la anak ko tu dan bandingkan dengan budak2 lain. Budak2 normal yang umur macam 6 atau 7 tahun..bila ajar benda2 mudah macam ABC ke apa..bleh faham dan ikut. Tapi anak kau, cikgu duk jerit tepi telinga ajar ABC pun, haram tak tahu apa? Soo..ko tak reti ke nak bawak anak ko ke klinik dan cek dengan doktor? Kos? Pegi je klinik atau hospital kerajaan. Murah je..

Haaa.selain mak bapak yang KURANG ALERT dengan anak2 dia..ada jugak mak bapak yang tak nak terima anak dia tu cacat. atau dengan senang cakap mak bapak tu malu ar anak dia cacat. Kat taman ak ada kes mcam ni. VERY THE HANJENG ok mak bapak itew! Meh aku nak tnya kat parents yang malu dpat anak cacat... ko pk ko malu dengan anak cacat ko.habis anak cacat ko tu tak malu ke dapat parents yang HANJENG mcam ko? Owhhh..pliz la! Jangan gelapkan masa depan budak tu dengan kebangang-an korang ea... Kesian la kat budak tu..walaupun dia OKU, tapi dia ada perasaan jugak.

Ada parents tu siap hantar anak dia yg OKU tu masuk kelas perdana lagi.. Korang faham2 je la kan kalau budak2 yang OKU ni masuk kelas perdana,.mesti jadi bahan ejekan dan kejian dari kawan2 yang lain. Nak salahkan budak2 yang ejek tu tak boleh jugak sebab yelah..budak2 kan.mana panjang akal. So, meh kita sama2 salahkan mak bapak budak tu yang TAKDE AKAL sebab hantar anak2 dia ke kelas perdana. 
Owhh.ya,..pada yang tak tahu apa tu kelas perdana...ia adlah kelas untuk kanak2 yang normal. Kalau untuk budak2 OKU.dia ada kelas dia sendiri dalam skolah dan kelas tu dinamakan kelas Pendidikan Khas. Untuk sekolah menengah pun ada jugak ye kelas pendidikan khas ni. 

Pada sesiapa yang tak tahu mana sekolah yang ada kelas pendidikan khas ni.korang boleh masuk kat web ini ---> Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas Kat situ ada semua senarai kelas pendidikan khas mengikut kategori untuk skola rendah dan menengah bagi setiap negeri. 
salah satu contoh kelas pendidikan khas *ini skola cina punya*
So.pada sesiapa yang terbaca post ni dan ada kenal mana2 parents yang ada anak OKU...pliz advice them wisely supaya jangan nafikan hak anak mereka dan suruh la dorang bawak budak ke tempat yang sepatotnya. Akhir kata..budak2 adalah umpama kain putih, dan mak bapak la yang mencorakkannya. *skema habis ayat aku*



 Kenyataan memang pahit. :)

2 SAY WHAT??!!!!:

Relung Jiwa said...

Alhamdulillah..syukur unit PPKI akak, ibu bapa semua mnerima ketidakupayaan anak2 mereka..

Cik Puan Izan❤ said...

salam kenal... sis follow sini... :)