Sundelsss sangat kan ayat chat tu?
Bagi yang tak faham maksud chat tu..ni adalah terjemahan dia dalam
bahasa pasar:
“Ko ni gay ke? Kalau ko gay, gua tak nak kawan dengan lu.”
Bagi aku la kan…seyes aku takde masalah dengan sebarang jenis manusia.
Dan aku tak faham nape ada lagi orang mcam ni wujud.
Kalau aku tuan FB tu..da lama kena ceramah agama dgan aku. Mmang tak
lah aku nak cakap baik2. Ni bukan isu akhlak ye aku nak ketengahkan..tapi isu
PERIBADI!
Ok mcam ni la aku nak tanya korang smua. Sape2 yang YAKIN sangat Nabi
Muhammad s.a.w akan terima korang sebagai umat dia dan beri syafaat di padang
masyar nanti?
Ada tak? Kalau ada meh contact aku dan bagitau macam mana korang
tau.dan kongsi skali cara2 yang korang tau dan amalan yang korg buat untuk sebegitu
pasti tentang hal tu.
Soo.isu dia kat sini..si hamba Allah tu tak patot judge mental sangat
pasal LGBT ni. sebab kalau ko straight sejati pun..belum tentu nabi ngaku ko
umat dia. Tak yah nak feeling ko tu macam mulia sangat dan penuh kesucian
sampai takde dosa dan LGBT tu penuh dosa dan hina sangat.
Kamon la..ko yakin ke kalau dia LGBT dia terus men bontot? Kompom ke
dia mati sok terus terjun neraka dan nabi tolak dia sebagai umat? Dan ko plak
yang konon2 straight sejati akan terus masuk syurga dan nabi kompom sayang ketat2
dan ngaku umat dia?
Sini ye aku bagitau..itu hak dia nak jadi apa pun..dan sebagai
MASYARAKAT atau kawan orang LGBT tu..korang ada HAK dalam hidup dia..tapi hak
sebagai pemberi nasihat dan semangat supaya dia berubah dan kembali ke norma
kehidupan yang telah ditetapkan.
Bukan nye ko terus terjah FB dia dan hntar chat hanjj mcam tu! Ko hntar
chat macam tu kan..seolah2 LGBT ni hina sangat..jijik sangat. Ok fine,terpulang
pada ko nak pndang dorang mcam mana pun..tapi ko yakin ke LGBT dan bukan LGBT
ni pandang mulia dan suka kat ko? Ko yakin ke dalam semua kawan ko tu suka dan
sayang ko ketat2 serta sanjung ko mcam ko ni penyelamat dunia?
mcam mana kalau salah sorang dari ahli keluarga ko adalah LGBT?
adakah ko akan terus buang dan hina dia? Ko akan terus anggap dia tak
wujud dan abaikan dia?
Dan ada jugak ‘SESETENGAH’ dari kita yang suka buat lawak menghina LGBT
ni. aku mintak sangat2 korang STOP benda lawak menghina tu. Bukan semua kwan
korang yg dalam beratus2 or maybe korang fofulerrr ada kwan beribu itu semuanya
NORMAL!
Tak.tak.tak dan tak ye tuan2 dan puan2… soo.dari korang buat joke pasal
LGBT ni dan mula sentap menyentap kawan2 korang..sila hentikan..korang tak nak
kan kalau orang lain buat joke benda yang PALING SENSITIF dalam hidup korang?
Contoh macam mak kau mati kena langgar masa lintas beli barang dapur..pastu
kwan kau yang kau tak rapat dan kenal gitu2 sahaja dan dia jugak tak tau kisah mak kau mati kena langgar tetiber buat lawak pasal
orang pmpuan tua mati kena langgar masa lintas jalan. Siap bwt muka badut dan gelak
macam nak mati lepas bwt scene tu. Mesti kau akan kata kawan kau tu sangat tak
berperikemanusiaan dan kejam, muka buruk mcam shrek, serta kau akan rasa mcam
nak bagi kawan kau tu jurus siku dan lutut secara kombo….paling tidak pun ko
akan carut kawan ko tu luar dalam pastu ko akan membenci dia spanjang hayat ko…kannnnn?
itu baru satu contoh..ada yang nak aku bagi contoh lain?
Sudah bukk sudahhhhhh..! aku tak sangup nak dengar contoh2 ko yang
menyayat hati tuuu….
Jadi..takde alasan untuk kita semua judge mental pasal LGBT ni. Kalau
ko tak suka.cuba ‘kembali’ kan mana2 orang LGBT ni kembali ke pangkal jalan.
Dan kalau ko rasa jijik dan hina sangat org LGBT ni..ko muhasabah diri tu. Ko
tak pernah buat dosa ke? Kau ke yang mnentukan taraf amal seseorang tu? So..jadilah
sebahagian daripada medium perubahan. Ubah mind set tu dan usahakan agar org
LGBT ni kembali normal. Bagi aku.takde sapa nak hidup mcam LGBT tu.hanya dorang
je faham perasaan dorang sendiri.
p/s: FAKTA – kebanyakan LGBT ni adalah dari golongan
PROFESIONAL..soo.renung2 la bos sbelah korang tu kannnn…ehhhhh!
p/s 2: kepada reader non-muslim, you all boleh get more info pasal Nabi
dan syafaat tu pada rakan muslim anda. Saya tak gigih nak terangkan kat
sini..hahahha
p/s 3: aku bukan pnyokong LGBT, ini adalah pndapat peribadi sahaja
0 SAY WHAT??!!!!:
Post a Comment