pEnGikOt

Saturday, October 20, 2012

Kereta kena tarik!

Tajuk nak saspen kan... sebenarnya semalam kete aku rosak..bukan rosak apa.. bateri + ada sesetengah komponen kereta aku tu rosak atau jadi pe ntah sampai kete aku takleh idup.

Agak neves dan saspen la sebab  kete aku tak sampai 2 tahun pakai..takkan da rosak kan? - So.pagi tu aku pegi keje naik kereta ayah aku..dan dalam tengah hari tu aku siap2 call insuran dan proton i-Care.

Alhamdulillah - segalanya dipermudahkan lepas tu.. Towing kereta sampai ke bengkel dan abg2 mekanik yang berwibawa kat Proton Centre tu jalankan tugas membaiki dengan sempurna...perfectooo!

Ok.meh aku bagi tips klau korang kene mcam aku.. 

1st: korang jangan pandai2 nak godek segala macam wayar
dalam kete tu.sebab apa..kalau kereta korang under warranty, takot nanti klau korang usik mana2 part kereta tu..ia akan membatalkan warranty korang *abaikan tips ini jika kereta korg da takde waranty*

2nd: korang kena call pusat khidmat pelangan kereta korang,.. macam aku pakai proton.soo, aku call Proton i-Care di talian 1800 888 398 (yang ini 24 jam servis) - bila korang call..pastikan korang ada di kereta ye sebab nanti org proton tu akan ajar korang cara nak idupkan kereta atau dia akan suh korg buat something utk tahu pe yg rosak - tapi INGAT! klau dah lebih 3 kali korang call dan org proton tu masih nak suh buat itu ini.. sila ckap dengan sopan dan baik yg korang tak nak dah cuba smua tu.korang nak dia bgtau mana bgkel yg trdekat dan tnya lagi apa yg dia boleh buat utk memudahkan urusan korang.

3rd: korang call insuran dan tanya jika perkhidmatan towing kereta percuma free ke tak. Sebab takot la klau towing kereta kena bayar kan..dan korang pulak masa tu ada duit tak berapa nak cukup. Kalau free tanya agi berpa KM yang free. Contoh macam aku..insuran etiQa - towing kereta percuma untuk 50km pertama - dan dia kira kilometer tu adalah dari rumah aku (sebab kete rosak kat umah) - dan lagi satu..kalau msa dlam pjalanan dari tmpat kereta korang rosak tu ke bengkel ada tol.korang akan kena bayar sndri tau duit tol.


4th: bagi yg perempuan..korang msti call sumone yang leh dtang tolong atau temankan korang smentara nak tunggu proton i-Care atau kete towing datang - mksud aku klau kereta korg rosak kat tengah jalan la kan. Sebab ye la.dengan zman skang ni rmai perogol dan pembunuh tak berapa nak bersiri..harus keselamatan diutamakan~


5th: pastikan korang keluarkan semua barang yg beharga dari dalam kereta sbelum bagi kat abg towing atau bengkel. Sebab ini bukan nak pk jahat atau buruk sgka..tapi demi kebaikan bersama.

6th: mencegah lebih baik dari mengubati - sila lah rajinkan diri korang servis kereta ikut tarikh atau KM yang telah ditetapkan. dan apa yang berlaku di tengah jalan jangan panik - pk slow2 atau call rakan2 trdekat untuk dpatkan bantuan


kene towing kat depan umah.sngat cermat abg towing buat keje tau :)

kete kat bgkel :)

2 SAY WHAT??!!!!: