pEnGikOt

Thursday, October 25, 2012

wahai bakal-bakal Jenazah~


Semalam petang kakak aku dikejutkan dengan satu berita kematian suami kawan dia. Innalillah~

Untuk lebih mendramatikkan ceirta ni..dia dan arwah laki dia baru sebulan dapat anak (depa amik anak angkat) - dan baby tu pun masih baru usia sebulan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya dan Dialah penguasa alam. Dan dalam kemeriahan kita nak sambut Aidiladha, jangan lah kita lupakan pada yang telah tiada. Di malam Jumaat yang penuh barakah dan basah(sebab ujan), marilah kita mensedekahkan pada yang telah tiada bacaan ayat suci Al-Quran setakat mana yang mampu. Berikut adalah sedikit ayat-ayat puitis untuk kita semua yang bakal bergelar jenazah. 
Wahai bakal-bakal jenazah,

Tidak sedarkah kita?

Tetapi mengapa kita masih melakukan kemungkaran?
Sedarlah wahai saudara saudari seIslamku,
Jadilah hamba

Allah yang bertaqwa,
Yang tidak putus-putus meningkatkan keimanan kepadaNya,
Yang tidak putus-putus beribadah dalam mencari keredhaanNya,

Biarlah di dunia, kita dihina,
Digelar ketinggalan zaman,
Bersikap zuhud, tidak mengikut perkembangan fesyen,
Tidak bersosial, tidak mengikut sahabat-sahabat melakukan maksiat,

Bersabarlah,
Orang-orang yang beriman kepada Allah,
Yang ikhlas mengabdikan diri kepadaNya,
Kerana balasan syurga pasti menanti,
Dan ini juga bakal berlaku,
Kepada bakal jenazah seperti kita,
Jika kita benar-benar bertaqwa kepada Allah,
Inilah janji-janjinya,
Seperti yang termaktub di dalam Al-Quran.
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya."
(Surah Al-Baqarah ayat 25)
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera."
(Surah Al-Hajj ayat 23)
"Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah)."
(Surah Al-Furqan ayat 10)


Sama-sama kita renungkan, hakikatnya kita semua akan kembali ke "kampung halaman" kita. Tanyakan diri, bisikkan pada hati, bersediakah kita?


0 SAY WHAT??!!!!: